Penceraian Bukan Gimik, Fattah Amin Tak Tahu Single Duet Bersama Fazura Akan Dilancarkan
Menurut pengurus Fattah Amin dikenali sebagai Acha, lagu tersebut sudah lama dirakam dan sudah digunakan dalam drama bersiri Hero Cinderella 2.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak kebelakangan ini, tular di media sosial tentang penceraian di antara dua selebriti terkenal Fattah Amin dan juga Nur Fazura. Sementara perkara tersebut menjadi topik hangat, lain pula yang menjadi tumpuan.
Semalam (8 Oktober) kecoh pula mengenai hebahan tentang pelancaran single duet terbaharu daripada kedua-dua pelakon tersebut dengan lagu bertajuk ‘Bertahan Demi Cinta’ pada 10 Oktober ini.
Pelancaran lagu duet tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh syarikat label rakaman Indonesia iaitu Hits Records menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram (@hits_records).
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Kena Timing” – Fazura & Fattah Amin Bakal Lancar Lagu Baharu, Ramai Beri Reaksi
Fattah Tak Tahu Single Duet Bersama Fazura Akan Dilancarkan Esok
Pengurus kepada pelakon, Fattah Amin iaitu Sakirin Acha atau dikenali sebagai Acha kemudiannya mendedahkan bahawa pihak mereka tidak tahu mengenai pelancaran single duet di antara Fattah bersama bekas isterinya, Fazura.
Malah Acha juga menepis sebarang dakwaan orang ramai yang mengatakan bahawa Fattah menggunakan isu penceraiannya sebagai taktik serta gimik dalam mempromosikan lagu berkenaan.
“Saya baru saja menghubungi Fattah untuk mengetahui perkara ini dan dia maklumkan tidak tahu-menahu mengenai pelancaran single duet ini.
“Saya ingin tegaskan perceraian ini bukan satu gimik untuk mempromosikan single duet atau dibuat main. Saya orang pertama yang akan melarang Fattah sekiranya dia mahu mempromosikan single itu pada waktu sekarang,” ujar Acha, lapor Harian Metro.
Lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ Dah Lama Dirakam
Tambah Acha, lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ itu sudah lama dirakam dan sudah pun digunakan salah satu runut bunyi drama bersiri Hero Seorang Cinderella 2 yang dibintangi oleh Fattah dan Fazura.
“Lagu ini pernah dimainkan dalam drama Hero Seorang Cinderella 2. Malah proses penggambaran muzik video juga sudah lama dibuat di Indonesia.
“Cuma tak sangka pula single ini dilancarkan sekarang hingga mengundang pelbagai fitnah yang tidak benar. Jadi, saya harap netizen berhenti membuat spekulasi tak betul,” jelasnya.
Fattah Tertekan & Terkejut
Berbicara tentang keadaan Fattah pada ketika ini, pengurusnya menjelaskan bahawa aktor itu dalam keadaan yang baik, namun tidak menafikan dia sedikit stres selepas prosiding penceraian tersebut.
“Insya-Allah Fattah baik-baik saja. Saya yakin dia kuat untuk menghadapi ujian ini. Cuma apa yang berlaku ini membuatkan dia sangat tertekan dan terkejut, tapi saya harap dia reda,” katanya.
Untuk info, Fattah dan Fazura telah berkahwin pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
Namun pada 13 September lalu industri hiburan dikejutkan dengan berita mengenai Fazura yang memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Pada 7 Oktober pula, kedua-dua pelakon tersebut disahkan cerai selepas Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.
Kurang sejam berlangsungnya prosiding kedua kes penceraian tersebut, Fazura mencuri tumpuan selepas dia mendedahkan kepada media punca penceraian dia dan aktor tersebut antaranya curang dan tidak memberikan nafkah.
Baca Artikel Berkaitan: Selepas 7 Tahun Di Alam Perkahwinan, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin
Baca Artikel Berkaitan: Fazura Boleh Dikenakan Tindakan Jika Buka Aib – Peguam Bela Fattah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram