Now Reading
[Video] Ramai Terkedu Lihat Akaun KWSP Anak Muda Cecah Ratusan Ribu Ringgit

[Video] Ramai Terkedu Lihat Akaun KWSP Anak Muda Cecah Ratusan Ribu Ringgit

Rata-rata mereka mengakui agak sukar untuk menyimpan wang sebanyak itu jika tiada akaun KWSP kerana berpotensi menggunakan duit tersebut untuk berbelanja sakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap syarikat wajib mencarum pembayaran ke dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik pekerja mengikut beberapa peratus daripada gaji mereka.

Wang KWSP itu kemudiannya dapat dikeluarkan selepas seseorang itu pencen di usia tua untuk kegunaan bagi menjalani kehidupan.

Sekiranya seseorang itu belum pernah mengeluarkan duit dari akaun KWSP, tidak mustahil mereka akan memiliki jumlah wang melebihi enam angka.


Akaun KWSP Pekerja Muda Dikatakan Berjumlah Lebih Enam Angka

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@mrmoneytvchannel), sekumpulan pekerja yang dipercayai terdiri daripada golongan muda telah mendapat perhatian ramai selepas mereka mendedahkan jumlah keseluruhan simpanan dalam akaun KWSP.

Ketika temu bual tersebut, pekerja-pekerja muda ini memberitahu bahawa jumlah simpanan KWSP mereka adalah sekitar puluhan hingga ratusan ribu ringgit.

Namun apa yang lebih memeranjatkan lagi adalah apabila wujud individu yang dikatakan memiliki jumlah KWSP sebanyak enam angka iaitu dalam linkungan RM300,000 sehingga RM500,000.

Sumber: TikTok @mrmoneytvchannel

Siap ada yang benar-benar membuktikannya dengan menunjukkan baki akaun KWSP mereka menerusi paparan di telefon bimbit.

Pemilik video juga sempat bertanya sama ada mereka mampu atau tidak untuk menyimpan wang dengan jumlah sedemikian sekiranya tidak memiliki akaun KWSP.

Rata-rata mereka mengakui agak sukar untuk menyimpan wang jika bukan disebabkan oleh KWSP kerana duit yang dimiliki berkemungkinan digunakan untuk berbelanja mengikut kehendak.

https://www.tiktok.com/@mrmoneytvchannel/video/7422261582773718280?refer=embed

Masyarakat Terkejut Selepas Tahu Jumlah Simpanan KWSP Milik Sekumpulan Anak Muda Itu

Ruangan komen video berkenaan dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui jumlah simpanan yang dimiliki oleh sekumpulan pekerja muda itu.

Sesetengah netizen turut mempersoalkan bagaimana simpanan mereka itu boleh mencecah lebih daripada RM100,000.

Malah, mereka juga bertanya tentang tempoh pengalaman sekumpulan pekerja tersebut sehingga mampu mencecah simpanan KWSP dengan jumlah sedemikian.

Namun, ada pula pihak yang berpendapat bahawa mereka mungkin mempunyai baki akaun simpanan KWSP yang tinggi kerana memiliki gaji yang besar sekaligus ia menyumbang peratusan yang banyak ke dalam ‘tabung’ berkenaan.

Sumber: TikTok

Berapa Wang Simpanan KWSP Yang Mencukupi Untuk Hidup Selesa Selepas Bersara?

Memetik laporan Malay Mail, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Nurhisham Hussein berkata rakyat Malaysia yang merancang untuk bersara 20 hingga 30 tahun dari sekarang memerlukan ‘nest fund’.

Simpanan tersebut perlulah mempunyai jumlah antara RM900,000 dan RM1 juta jika mahu bersara dan menjalani sisa hidup dengan selesa.

Jelas beliau lagi, individu yang mahu bersara di Kuala Lumpur, mereka perlu sekurang-kurangnya memiliki RM600,000 dalam simpanan KWSP.

Sumber: MalayMail

Walau bagaimanapun, isu simpanan KWSP yang tidak mencukupi kini berada pada tahap serius apabila 6.3 juta ahli berumur bawah 55 tahun atau 48% pekerja yang hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 sehingga 30 September 2023.

Dengan simpanan yang kurang daripada RM10,000 itu, ahli dijangka akan mempunyai pendapatan persaraan bulanan kurang daripada RM42 sebulan bagi tempoh 20 tahun.  

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), jumlah itu meningkat berbanding hanya 4.7 juta ahli atau 37% yang direkodkan pada April 2020 iaitu sebelum pengenalan pengeluaran khas berkaitan COVID-19.

Baca Artikel Berkaitan: Baki Simpanan 6.3 Juta Ahli KWSP Bawah 55 Tahun Kurang RM10,000

Baca Artikel Berkaitan: Perlu Ke Bayar Zakat Bila Keluarkan Duit KWSP? Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: KWSP Seru Rakyat Jadi Jutawan Untuk Bersara Dengan Selesa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd