Now Reading
Video Kucing Ini ‘Redha’ Disolek Budak Perempuan Raih 2 Juta Tontonan!

Video Kucing Ini ‘Redha’ Disolek Budak Perempuan Raih 2 Juta Tontonan!

Kucing jantan berwarna kelabu itu disolek dengan gincu merah dan blusher bewarna pink di pipinya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kucing sememangnya seekor haiwan yang bermacam kerenahnya. Yang peliknya dengan si bulus ni, kadangkala mereka tidak mahu dibelai oleh orang dewasa. Namun boleh ‘bersabar’ pula jika bermain dengan seorang kanak-kanak!

Sesetengah kanak-kanak perempuan pula mestilah gemar bermain dengan anak patung yang dilengkapi alat solek.

Namun bagi seorang budak perempuan, dia telah berlatih ‘skill’ mekapnya ke atas kucing peliharaannya!

Baca Artikel Berkaitan: “Tinggal Nak Masak Je” – Aksi Kucing Hitam Golek Pada Serbuk Kunyit Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: Video Kucing Sahut Selawat Sebelum Tidur Raih 4.2 Juta Tontonan!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Geli Hati Tengok Gelagat Kucing Suka ‘Disikat’ Guna Kulit Durian


Kucing ‘Redha’ Disolek Oleh Kanak-Kanak

Satu video yang tular di TikTok, Dhia Mirza, menyaksikan seekor kucing gebu ‘redha’ menadahkan muka saat disolek oleh seorang kanak-kanak perempuan.

Bukan sekadar bermain berus mekap yang kosong, tetapi kucing yang digelar Tobby itu benar-benar dipakaikan gincu dan blusher. Sampai merah menyala bibir dan pink pipinya!

Walaupun kucing itu berwarna kelabu dan agak gelap, namun solekan pada mukanya jelas kelihatan. Siap dengan cermin mata pink lagi kat atas kepala.

Dapat dilihat juga kanak-kanak perempuan yang menjadi ‘make-up artist’ turut mengenakan gincu dan blusher yang sama.


Latar Belakang Suara Dari Filem Sutun Bikin Geli Hati

Menurut Dhia dalam satu hantaran lain, Tobby merupakan seekor kucing jantan, yang menimbulkan rasa lucu melihat si bulus itu disolek.

Lebih menggelikan hati lagi apabila video tersebut disertakan dengan suara latar belakang daripada filem Sutun, “Kau akan terkenal dekat KL nanti. Satu Bukit Bintang kenal kau.”

Video yang tular itu telah meraih 2.1 juta tontonan dengan lebih 200 ribu komen setakat artikel ini ditulis.

@jajacomelcantikmanis

Entahlah dekk. hakak keliru sekarang. kau rosak ke dek🤦🏻‍♀️ #kucingrosak

♬ original sound – AWEYTEMPEL – AWEYTEMPEL

Orang Ramai Teringat Pada Filem Sutun

Melihat kepada perkara tersebut sememangnya mengingatkan orang ramai kepada filem Sutun yang mengisahkan tentang seorang remaja lelaki lembut.

Watak utama itu gelar memakai pakaian dan hiasan berwarna merah jambu, sama dengan cermin mata pink yang dipakai kucing itu!

Ada juga yang teringat kepada filem Cun, yang mana seekor kerbau disolek oleh seorang kanak-kanak perempuan sehingga merah jambu pipinya.

Dalam masa sama, ramai individu merasakan kucing redha sahaja apabila diperlakukan sedemikian oleh kanak-kanak, tetapi lain pula hal jika seorang dewasa yang melakukannya. Macam kena dera!

“Aku rasa kucing tu memang saja tadah muka. Sebab aku masa make up pun rasa nak tertidur bila orang mekap muka,” kata seorang wanita.

Dalam pada itu, beberapa wanita lebih tertarik kepada blusher tersebut yang amat terang warnanya!


Alat Solek Biasa Tidak Selamat Digunakan Ke Atas Kucing

Walaupun video di atas mencuit hati orang ramai, namun harus diingat bahawa kucing tidak sepatutnya disolek, apatah lagi dengan alat mekap yang tidak selamat.

Ini adalah kerana kucing menjilat bulunya ketika membersihkan diri dan mungkin akan termakan alat solek yang dipakaikan padanya. Perkara ini seterusnya boleh menyebabkan gangguan pada perut seperti muntah dan cirit-birit.

Namun begitu, terdapat juga alat solek atau cat yang selamat digunakan ke atas haiwan peliharaan.

Sama juga bagi kanak-kanak, mereka tidak seharusnya dibiarkan memakai alat solek orang dewasa kerana mungkin mengandungi bahan toksik yang berbahaya buat kulit mereka yang masih sensitif.

Sumber gambar: Pexels

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd