“Tak Kena Timing” – Fazura & Fattah Amin Bakal Lancar Lagu Baharu, Ramai Beri Reaksi
Pelancaran lagu duet oleh Fattah Amin dan Nur Fazura berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’ itu dimaklumkan oleh syarikat label rakaman Indonesia, Hits Records.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Nama selebriti tempatan iaitu Nur Fazura dan Fattah Amin kini menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat selepas mereka berdua mengumumkan bahawa tidak lagi bergelar suami isteri.
Talak perceraian itu telah dilafazkan oleh Fattah kepada bekas isterinya semalam (7 Oktober) di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.
Ketika disoal oleh media, Fazura mendedahkan antara punca perceraian mereka adalah disebabkan oleh bekas suaminya yang dikatakan culas dalam pemberian nafkah, tiada persefahaman dan mendakwa Fattah berlaku curang.
Baca Artikel Berkaitan: Fattah Amin & Fazura Sah Bercerai Talak Satu Selepas 7 Tahun Bina Rumah Tangga
Baca Artikel Berkaitan: Fazura Boleh Dikenakan Tindakan Jika Buka Aib – Peguam Bela Fattah
Fattah Dan Fazura Lancar Album Baharu Nyanyian Bersama
Namun belum reda isu perceraian mereka ini, nama mereka berdua kembali menjadi topik orang ramai selepas dilihat bakal melancarkan lagu duet nyanyian bersama yang bertajuk ‘Bertahan Demi Cinta’ pada 10 Oktober ini.
Pelancaran lagu duet tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh syarikat label rakaman Indonesia iaitu Hits Records menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram (@hits_records).
Difahamkan, lagu yang mendapat sentuhan dari komposer Ippo Hafiz itu sudah lama dirakam oleh Fattah dan Fazura semasa mereka masih sah bergelar suami isteri.
Dalam hantaran itu juga, Hits Records turut dilihat memberi sedikit ‘teaser’ dengan memainkan muzik dipercayai milik lagu ‘Bertahan Demi Cinta’.
Orang Ramai Anggap Pelancaran Lagu Baru Tak Kena Dengan Masa
Pengumuman tentang Fattah dan Fazura yang bakal melancarkan lagu baru nyanyian mereka bersama itu pastinya mengejutkan orang ramai selepas dua selebriti berkenaan baru sahaja bercerai.
“Lah annouce pula harini. Memang tak kena langsung,” luah seorang pengguna media sosial.
Malah, sesetengah netizen turut terkejut melihat lagu yang akan dikeluarkan ini kerana dikatakan seolah-olah tidak bersesuaian dengan situasi yang dihadapi oleh mereka pada saat ini.
“Lewat sangat release. Tak tertahan sudah. Doa yang baik-baik untuk merreka berdua,” ujar pengguna Instagram.

Perkahwinan Fattah Amin Dan Nur Fazura
Untuk info, Fattah dan Fazura telah berkahwin pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
Sebelum ini, wujud desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pasangan terbabit sehingga ada yang mendakwa mereka tidak lagi meninggalkan komen mahupun ‘like’ dalam hantaran akaun media sosial masing-masing.
Fazura pada 22 Julai lalu turut menafikan spekulasi mengenai rumah tangganya yang dikatakan bergolak dan memaklumkan hubungan mereka berada dalam keadaan baik.

Namun pada 13 September lalu industri hiburan dikejutkan dengan berita mengenai Fazura, 41, yang memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah, 33, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Rumah tangga mereka hanya bertahan sehingga tempoh tujuh tahun sahaja selepas disahkan bercerai semalam (7 Oktober).
Baca Artikel Berkaitan: Selepas 7 Tahun Di Alam Perkahwinan, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin
Baca Artikel Berkaitan: Elak Ungkit Aib & Kekurangan Pasangan, Terutamanya Lepas Berpisah – Dr Zulkifli
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



