Pemandu E-hailing Sediakan ‘Buku Diari’ Buat Penumpang, Boleh Pilih Lagu Sendiri Guna Tablet!
Pada muka hadapan buku yang disediakan untuk penumpang e-hailing itu, terdapat nota yang menyatakan bahawa para penumpang bebas untuk menulis apa sahaja di dalam buku berkenaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap pemandu e-hailing pastinya mahu memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada para penumpang agar diberikan reviu terbaik sekaligus dapat menaikkan ‘rating’ servis mereka.
Antara inisiatif yang dilakukan oleh sesetengah pemandu untuk memberi keselesaan kepada pelanggan adalah dengan menyediakan ruangan untuk mengecas telefon, menyediakan snek, memasang kipas mini di bahagian belakang dan sebagainya.
Best betul kalau dapat pemandu yang baik macam ini. Kita sebagai penumpang pun rasa selesa dengan servis mereka.
Pemandu E-hailing Sediakan Buku Diari Untuk Penumpang Bebas Menulis
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@iramira97), wanita ini berkongsi pengalaman menarik ketika menaiki sebuah kenderaan e-hailing yang hanya mengambil masa selama 20 minit untuk destinasi.
Dalam video tersebut, kelihatan tempat duduk penumpang di bahagian belakang itu dipenuhi dengan pelbagai jenis barangan termasuklah dua buah buku serta beberapa batang pen.

Pada muka hadapan buku itu, terdapat nota yang menyatakan bahawa para penumpang bebas untuk menulis apa sahaja di dalam buku berkenaan.
Kalau gelap dan tak nampak untuk menulis, terdapat lampu kecil yang disediakan untuk menerangi tempat duduk tersebut.

Ketika menyelak halaman pada buku berkenaan, kelihatan ramai penumpang lain yang pernah meninggalkan nota di dalamnya.
Jadi, pelanggan wanita ini juga mengambil peluang sama untuk menulis di dalam buku nota yang disediakan.

Bukan itu sahaja, penumpang juga boleh memilih lagu yang mahu didengari mereka menerusi tablet yang dipasang di bahagian tempat duduk belakang.
Memang healing betul dapat tulis diari di kala hujan sambil mendengar lagu kegemaran.
Masyarakat Teruja Lihat Keselesaan Yang Ditawarkan Oleh Pemandu E-hailing Itu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai teruja melihat barangan yang disediakan oleh pemandu e-hailing itu kepada para penumpangnya.
Ketika ditanya oleh salah seorang netizen, pemilik video ini menjelaskan bahawa perkhidmtan e-hailing itu ditempah dari pusat membeli belah MyTown Cheras ke rumahnya.
Siap ada yang minta maklumat mengenai pemandu tersebut, mana tahu boleh terserempak katanya.
Pada masa yang sama, akaun syarikat GrabMY juga berharap agar penumpang wanita berkenaan mendapat pengalaman yang menyeronokkan ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing mereka.

Kalau anda terserempak dengan pemandu e-hailing yang baik, apa salahnya kalau berikan mereka ‘rating’ lima bintang kan? Mesti mereka pun gembira.
Baca Artikel Berkaitan: Ceddy Beri Tip RM50 Kepada Pemandu E-Hailing Lepas 2 ‘Ride’ Dari KLIA Ke Shah Alam Ditolak
Baca Artikel Berkaitan: “Pemandu E-Hailing Beragama Islam Tak Boleh Hantar Penumpang Ke Tempat Maksiat” – Dr Zulkifli Al Bakri
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



