Now Reading
“Hilang Selera!” – Lelaki ‘Kembang Tekak’ Jumpa Banyak Ulat Dalam Bungkusan Nasi Lemak

“Hilang Selera!” – Lelaki ‘Kembang Tekak’ Jumpa Banyak Ulat Dalam Bungkusan Nasi Lemak

Menerusi video tular, ulat-ulat itu bukan sahaja dilihat bergerak pada telur rebus tetapi juga pada sambal dalam pek nasi lemak tersebut.

pelanggan jumpa ulat dalam bungkusan nasi lemak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain memastikan makanan sedap, para peniaga juga perlulah mengutamakan kebersihan dan keselamatan juadah yang dijual. Hal ini kerana, makanan yang tidak bersih boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan pelanggan.

Seperti sebelum ini, beberapa orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) mengalami keracunan makanan selepas makan telur rebus ‘buruk’ yang dihidangkan kepada mereka dalam dewan selera.

Ibu bapa kepada salah seorang murid terlibat juga mendakwa bahawa para pelajar selalu dihidangkan dengan makanan yang kurang berkualiti.

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar MRSM Alami Keracunan Makanan Lepas Makan Telur Rebus ‘Buruk’ Di Dewan Selera


Pelanggan Jumpa Banyak Ulat Dalam Bungkusan Nasi Lemak

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook apabila seorang lelaki dikenali sebagai Princelee Huat berkongsi keadaan makanan yang dibeli di sebuah kedai makan.

Menerusi video perkongsian, kelihatan beberapa ekor ulat dilihat berada pada telur rebus dalam bungkusan nasi lemak berlauk ayam goreng itu. Lebih menjijikkan adalah ulat-ulat tersebut dilihat masih hidup dan bergerak-gerak dalam juadah berkenaan.

Jika anda lihat klip tersebut dengan teliti, terdapat juga beberapa ekor ulat dalam sambal nasi lemak itu.

Sumber: Facebook Princelee Huat

Difahamkan, pelanggan berkenaan menyedari kewujudan ulat-ulat itu sebelum sempat menikmati makanan tersebut memandangkan hidangan itu dilihat masih belum luak.

“Kalau nak jual makanan, jual yang anda boleh masak. Berhenti jika tidak reti,” ujar lelaki itu menerusi ruangan kapysen.

Princelee bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi kedai makan dan waktu makanan tersebut dibeli olehnya.


Ramai Rasa Jijik Lihat Ulat Bergerak-gerak Pada Makanan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa jijik melihat nasi lemak yang tercemar dengan ulat itu.

Malah segelintir individu turut mendakwa bahawa makanan yang dijual di sesetengah kedai makan adalah tidak berkualiti.

“Kebanyakan makanan di warung mamak dijual semalaman. Dapur pula kotor,” dakwa seorang pengguna Facebook.

Sementara itu, ramai juga dilihat menasihati Princelee agar mengambil tindakan lanjut dengan melaporkan perkara tersebut kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tak segar, kedai mana tu? Pergi lapor kedai tu dekat KKM. (Risau) nanti ramai jadi mangsa,” jelas seorang wanita.

Sumber: Facebook Princelee Huat

Laporkan Kepada KKM Jika Kualiti Makanan Dibeli Tak Elok

Untuk makluman semua, anda boleh salurkan aduan kepada pihak berkuasa iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) KKM sekiranya makanan yang dibeli di mana-mana premis tidak berkualiti, tamat tarikh luput, tercemar serta rosak.

Platform dan cara-cara membuat aduan adalah seperti berikut:

  • Membuat aduan di Pejabat BKKM atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
  • Hubungi talian BKKM atau 1 Malaysia One Call Centre (1MOCC): 03-8885 0797 atau 03-8000 8000.
  • Facebook BKKM.
  • Aduan menerusi surat kepada Pejabat BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Kembang Tekak”- Pelanggan Temui Ulat Dalam Nasi Goreng Buat Ramai Geli

Baca Artikel Berkaitan: “Patutlah Lembut & Manis” – Lelaki Ini ‘Kembang Tekak’ Jumpa Ulat Dalam Kurma Premium


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd