Now Reading
Aurora Di Amerika Syarikat Berwarna Merah & Hijau, Ramai Kaitkan Dengan Bendera Palestin

Aurora Di Amerika Syarikat Berwarna Merah & Hijau, Ramai Kaitkan Dengan Bendera Palestin

Pemandangan aurora tersebut telah dirakam pada 7 Oktober, iaitu tarikh yang dikatakan bermulanya genosid ke atas Palestin tahun lalu.

https://twitter.com/Azfarovski/status/1843328202745544825

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Serangan dan genosid ke atas Palestin yang dikatakan bermula pada 7 Oktober 2023 kini telah mencecah lebih setahun.

Setakat semalam (7 Oktober), AlJazeera melaporkan sekurang-kurangnya 42,612 rakyat Palestin terkorban, termasuk 16,919 kanak-kanak.

Lebih menyedihkan apabila penduduk Gaza didakwa sudah tiada lagi tempat selamat untuk berteduh walaupun tentera rejim Israel mengeluarkan ‘arahan pemindahan’ ke tempat selamat.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila Israel turut melancarkan serangan ke atas Iran dan Lubnan, sehingga mengorbankan beberapa pemimpin penting seperti Ismail Haniyeh, Abbas Nilforoushan, dan Hassan Nasrallah.

Dalam pada itu, masyarakat dunia tidak henti mengadakan tunjuk perasaan sebagai langkah solidariti bersama penduduk Palestin.

Baca Artikel Berkaitan: Genosid Di Palestin: MAPIM Ajak Rakyat Malaysia Sertai Tunjuk Perasaan 11 Oktober Ini

Baca Artikel Berkaitan: “Zon Selamat Palsu & Mengelirukan” – UNRWA Dakwa Tiada Lagi Tempat Selamat Di Gaza

Baca Artikel Berkaitan: Iran Lancar Hampir 200 Peluru Berpandu Balistik Terhadap Israel Untuk Balas Kekejaman IDF


Warna Aurora Menyerupai Warna Pada Bendera Palestin

Dalam satu fenomena alam baru-baru ini di Amerika Syarikat, warna langit kelihatan menyerupai warna tembikai yang sinonim dengan bendera Palestin.

Fenomena aurora yang berlaku di Watertown, South Dakota menghasilkan warna merah, putih dan hijau dengan berlatar belakangkan langit hitam.

Dari pengamatan ke atas corak aurora itu, ia sebenarnya menyerupai bendera Hungary serta Iran jika diterbalikkan.

Menurut ‘aurora hunter’, Alex Resel, yang merakamkan gambar kejadian tersebut, dia berkata warna merah itu adalah yang paling pekat pernah dilihat olehnya pada aurora.

https://twitter.com/aresel_/status/1843122057359564831

“Even Nature Said Free Palestine” – Pengguna X

Melihat pada warna merah aurora yang jarang-jarang berlaku itu, orang ramai memuji keindahan tersebut. Ada juga yang berkata mereka tidak pernah melihat warna tersebut pada aurora.

Di samping itu, fenomena yang berlaku semalam kebetulan jatuh pada tarikh 7 Oktober yang dikatakan sebagai bermulanya genosid Israel ke atas Palestin tahun lepas.

Perkara ini membuatkan banyak pengguna media sosial melihat fenomena itu sebagai suatu bentuk ‘solidariti’ daripada alam terhadap Palestin.

“Even the sky saying free Palestine on October 7th,” kata seorang pengguna X.

Namun ada juga yang mendapati bahawa warna aurora tersebut menyamai bendera Iran apabila diterbalikkan, yang juga sedang mengalami konflik dengan negara haram itu.


Warna Aurora Bergantung Pada Aktiviti Solar & Kandungan Gas

Untuk info, warna yang dihasilkan oleh aurora sebenarnya bergantung pada aktiviti solar dan kandungan dalam gas.

Berdasarkan perkongsian oleh Resel, warna merah yang boleh dilihat pada ketinggian lebih 241.4 km hanya timbul apabila terjadinya aktiviti solar kuat dengan kepekatan oksigen rendah di altitud tinggi.

Sebaliknya warna hijau dapat dilihat pada ketinggian kurang 241.4 km dan dihasilkan kerana kepekatan oksigen yang tinggi.

Aurora berwarna hijau adalah yang paling biasa dilihat. (Sumber gambar: Unsplash)

Menurut Space, aurora dihasilkan daripada partikel bertenaga dari matahari yang melanggar lapisan atas atmosfera Bumi pada kelajuan mencecah 72 juta km/j. Partikel tersebut kemudiannya dibawa oleh medan magnetik Bumi ke kutub utara dan kutub selatan.

Apabila partikel memasuki atmosfera Bumi, atom dan molekul gas akan melalui proses ‘excitation’, seterusnya menghasilkan aurora. Tenaga yang dihasilkan dalam proses ini akan dilepaskan dalam bentuk foton (cahaya) dengan warna berbeza bergantung kepada kandungan gas.

Fenomena semula jadi ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu aurora borealis di kutub utara dan aurora australis di kutub selatan.

Selain daripada warna hijau yang biasa dilihat, terdapat juga aurora berwarna merah, biru dan ungu, serta kuning dan merah jambu yang jarang berlaku.

Jadi kombinasi hijau dan merah ini, sememangnya satu fenomena yang tidak kerap terjadi.

Aurora kuning dan merah jambu terhasil daripada gabungan warna merah dengan hijau atau biru. (Sumber gambar: Unsplash)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd