Wanita Ini Kongsi Itinerari Ke Pulau Phu Quoc Di Vietnam, Modal RM2,300 Je Untuk 5H4M!
Antara tempat menarik yang dikunjunginya sewaktu di Phu Quoc ialah Sanato Beach, Kiss Bridge, VinWonders dan Vin Safari.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Percutian di tepi pantai atau pulau menjadi salah satu pilihan sebagai spot ‘healing’ bagi orang ramai, terutamanya mereka yang menyukai alam sekitar.
Jika sebelum ini ramai yang memilih untuk ke Semporna di Sabah, Krabi di Thailand, atau Bali di Indonesia, satu lagi pulau di Asia Tenggara kini menjadi pilihan utama.
Pulau Phu Quoc, Vietnam terletak di Gulf of Thailand dan berhampiran pantai Cambodia.
Seperti mana-mana pulau terkenal lain, Phu Quoc turut dikelilingi air laut berwarna biru-kehijauan dan menyediakan pelbagai aktiviti buat para pengunjung.
Yang lagi best, orang ramai boleh menaiki kapal terbang terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Quoc!
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Itinerari Ke Bali Dengan Bajet RM1,500 Seorang Untuk 8H7M
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Itinerari 7 Hari 5 Malam Di Kashmir, Siap Singgah Ke Taj Mahal!
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok, Sesuai Untuk Shopping & Jalan-jalan!
Itinerari 5 Hari 4 Malam Di Phu Quoc, Vietnam
Menerusi hantaran dimuat naik oleh pengguna X (@anisaniesa), dia berkata bahawa dia telah ke pulau tersebut selama lima hari, empat malam bermodalkan RM2,300 sahaja.
Dengan bajet tersebut, dia dapat berkunjung ke banyak tempat tarikan di Phu Quoc, malah termasuk duit belanja RM500. Tambahnya lagi, bayaran masuk ke tempat tarikan di sana percuma bagi kanak-kanak bawah 100cm.
Bagi umat Islam, memandangkan sukar untuk mendapatkan makanan halal di sana, Anisa mencadangkan agar membawa sendiri makanan bungkus dari Malaysia.
Jika anda nak tahu itenarari penuh Anisa selama lima hari empat malam di Phu Quoc, jom baca di bawah!
Day 1
Perjalanan Anisa bermula dengan penerbangan selama dua jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Quoc, di mana Anisa tiba pada jam 2.15pm waktu Vietnam.
Hanya dengan RM760 sahaja sudah cukup untuk Anisa dapatkan tiket kapal terbang pergi-balik termasuk bagasi check-in 20kg dan makanan dalam penerbangan.

Setibanya di Phu Quoc, dia check-in ke Rova Hotel yang teletak di Sunset Town, hanya 30 minit dari lapangan terbang. Kalau anda tak book driver, jangan risau sebab banyak Grab yang menunggu di hadapan lapangan terbang itu.
Pada jam 4.30 petang, dia telah ke Sanato Beach dengan bayaran masuk sekitar 90 ribu dong (RM15). Kata Anisa, matahari terbenam di situ cantik, tapi sayang dia tidak dapat menyaksikannya kerana cuaca mendung ketika itu.
Bagi umat Islam, mestilah nak merasa juga makanan tempatan di sana kan? Anisa kata terdapat satu-satunya kedai halal di Phu Quoc iaitu Restoran Sri Mutiara.
Dia yang telah mencuba makanan di situ berkata ia tidaklah terlalu mahal dan mempunyai portion yang besar, tapi rasanya biasa sahaja. Yang penting, anda jangan lupa cuba kopi susu ais di sana.


Sekitar 8.30 malam, Anisa telah berkunjung ke Night Market Sunset Town. Katanya terdapat macam-macam buah tangan yang boleh dibeli, tetapi kebanyakan makanan yang dijual adalah tidak halal.
Anisa juga berkata terdapat bunga api yang dimainkan pada jam 9.30pm setiap hari di Sunset Town. Kalau nak senang, anda boleh naik buggy berharga 10 ribu dong (RM1.70) ke sebuah cawangan Starbucks. Lepas itu, jalan kaki sahaja ke pantai untuk menyaksikan persembahan bunga api itu.
Day 2
Pada hari kedua, Anisa meluangkan masa dengan menaiki kereta kabel yang beroperasi seawal jam 9 pagi. Sekali lagi anda hanya perlu menaiki buggy (RM1.70) dari hotel jika menginap di Sunset Town.
Tambahnya lagi, terdapat taman tema dan taman air selepas menaiki kereta kabel tersebut. Jadi jangan lupa pula untuk membawa baju mandi dan baju ganti sekali apabila ke sana.
Namun Anisa berkata mereka tidak mandi di sana dan telah balik semula ke Sunset Town menaiki kereta kabel pada jam 11.30 pagi.


Dia bagaimanapun mencadangkan orang ramai untuk bermandi di sana, dan bukan di VinWonders seperti perancangannya.
Di Sunset Town, pengunjung boleh menaiki buggy dengan bayaran RM35 untuk dibawa jalan sekeliling pekan itu. Banyak betul tempat-tempat bergambar yang cantik, macam kat Eropah!
Selain daripada menaiki buggy, anda juga boleh sewa skuter dengan harga 80 ribu dong (RM14) sejam.


Sekitar jam 4 petang, Anisa telah singgah ke kafe Runam, yang menyediakan hidangan fusion Vietnam dan Eropah, sementara menunggu matahari terbenam di Kiss Bridge.
Pada sebelah malam jam 8.30pm, dia menyaksikan persembahan Kiss of the Sea yang menceritakan tentang kedatangan mahkluk asing ke Bumi. Bunga api yang dapat dilihat setiap hari itu sebenarnya sebahagian daripada persembahan inilah.


Menurut Anisa, dia telah membeli tiket bagi kereta kabel dalam satu pakej bersama kunjungan ke Kiss Bridge dan Kiss Show ‘dancing water’ memandangkan ia lebih murah. Namun ketiga-tiganya perlu digunakan dalam hari yang sama.
Bagi mereka yang menggunakan khidmat pemandu peribadi, Anisa menyarankan agar tidak menggunakannya pada hari ini kerana anda akan berada di Sunset Town sahaja seharian.
Day 3
Siapa sangka pulau yang kecil ini juga mempunyai taman tema yang seakan-akan Disneyland! Pada hari ketiga, Anisa telah meluangkan masa di taman tema VinWonders.
Katanya, perjalanan dari Sunset Town ke VinWonders memakan masa selama satu jam dengan harga Grab sekitar RM100 sehala.
Anisa berkata VinWonders adalah sangat besar sehingga dia tidak sempat untuk menyertai kesemua tarikan. Sebab besar sangat, anda tak perlu beratur lama pun untuk menaiki satu-satu permainan.

Lain daripada taman tema lain, anda dibenarkan untuk membawa makanan masuk ke sini. Jadi tiada masalah untuk menyediakan makanan halal lebih awal.
Selain tarikan permainan, terdapat juga persembahan ikan duyung pada jam 2pm dan sebuah persembahan utama pada 7pm.
Anisa berkata dia telah membeli pakej tiket VinWonders, Vinpearl Safari dan Teddy Bear Museum bagi dua hari kerana tidak dapat menyertai kesemuanya dalam masa satu hari.


Day 4
Pada hari keempat, Anisa tiba di Vin Safari sekitar jam 9.30 pagi. Macam biasa, safari mestilah ada pelbagai jenis haiwan liar termasuk singa dan badak sumbu. Pengunjung juga dapat menonton persembahan yang menarik.
Selepas selesai di Vin Safari, Anisa menaiki bas percuma untuk ke Teddy Bear Museum di Grand World.
Selain itu, dia juga sempat menaiki ‘water taxi’ atau bot di sekitar Grand World yang terasa seolah-olah berada di Venice, Itali!


Anisa kemudiannya pulang ke Sunset Town sebelum berjalan-jalan di Night Bazaar dan menyaksikan persembahan bunga api buat kali terakhir.
Kat Sunset Town ada banyak tepat urut juga tau. Anisa berkata harganya sekitar 300 ribu dong (RM50) bagi urutan kaki selama satu jam.
Day 5
Pada hari terakhir, Anisa telah check-out dari hotel pada jam 10.30 pagi sebelum berlepas ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air.
Buat anda yang ingin melancong ke Phu Quoc, ini beberapa tips penting yang dikongsikan oleh Anisa:
- Beli buah tangan di lapangan terbang kerana murah dan cantik.
- Kopi Vietnam dengan tanda halal boleh dibeli di Dugong Mart.
- Perlu sediakan wang kertas kerana tidak banyak tempat boleh menggunakan kad debit. Di hotelnya, penggunaan kad akan dikenakan cas sebanyak 4%.
- Tidak perlu upah pemandu peribadi kerana terdapat Grab.
- Boleh gunakan buggy atau skuter sahaja untuk berjalan di kawasan Sunset Town.
Bajet perjalanan seorang ke Phu Quoc yang dibelanjakan oleh Anisa pula adalah seperti berikut:
- Tiket penerbangan: RM760
- Pakej tiket kereta kabel, Kiss Bridge dan Kiss of the Sea: RM170
- Pakej tiket VinWonders Theme Park, Vin Safari Park dan Teddy Bear Museum: RM270 (2 days pass)
- Water taxi Grand World: RM40
- Hotel: RM130 seorang bagi empat malam
- Driver dan airport transfer: RM150
- Duit belanja: RM500
- Makanan travel: Sekitar RM200
- Insurans perjalanan: RM28
- Roaming Celcom Digi: RM80 (sharing hotspot)
Selain daripada tempat-tempat yang telah dikunjungi Anisa, anda juga boleh ‘explore’ tempat lain termasuk:
- Starfish Beach
- Aquatopia Water Park
- Red Limestone Cliff
- Island hopping
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.