Now Reading
[Video] KPDN Melaka Dedah Kedai Runcit Simpan Sayur Jualan Dalam Tandas Bikin Ramai Loya Tekak

[Video] KPDN Melaka Dedah Kedai Runcit Simpan Sayur Jualan Dalam Tandas Bikin Ramai Loya Tekak

Dalam serbuan oleh KPDN Melaka itu, terdapat banyak teguran yang dilakukan oleh pihak mereka selepas mendapati pemilik kedai runcit itu tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak kiralah hidangan yang dijual itu sedap mana sekalipun tetapi jika aspek kebersihan tidak dijaga, pastinya ia tidak dapat menarik lebih ramai pelanggan.

Bukan sahaja di ruangan premis yang dapat diakses oleh pelanggan, malah lokasi penyimpanan barangan juga perlu diambil berat bagi menjamin kualiti serta keselamatan hidangan yang dijual.

Sekiranya perkara ini tidak diambil serius, ia berisiko untuk mengakibatkan masalah dari segi kesihatan seperti keracunan makanan kerana terdedah dengan persekitaran yang kotor.


KDPN Melaka Terjah Kedai Runcit, Lokasi Simpanan Sayur Jadi Perhatian

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@kpdnmelaka), pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Melaka telah menerjah sebuah kedai runcit dipercayai diniagakan oleh warga asing.

Dalam serbuan tersebut, terdapat banyak teguran yang dilakukan oleh pihak mereka selepas mendapati pemilik kedai runcit itu tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan.

Ia termasuklah aspek kebersihan, tanda harga, tarikh luput barangan, papan harga yang tidak betul dan sebagainya.

Sumber: TikTok @kpdnmelaka

Ketika melakukan tinjauan di lokasi penyimpanan sayur-sayuran, pegawai yang bertugas itu turut mempersoalkan pemilihan tandas untuk menyimpan barangan jualan itu.

“You tak rasa ke nak bagi makanan yang bersih dekat orang lain? Kalau tak ada tempat simpan, tandas bukanlah tempat yang sesuai untuk simpan,” tegas pihak berkuasa terbabit,” tegas pihak berkuasa terbabit.

Bukan itu sahaja, peniaga tersebut turut didapati menjual barangan yang sudah tamat tempoh pada 1 Jun 2024 iaitu kira-kira empat bulan lalu.

Malah, alat penimbang digunakan untuk mengira berat ikan yang dibeli oleh pelanggan turut dikatakan telah melebihi tarikh ia boleh digunakan.

“Penimbang ni, bukan saja-saja ditampal. Pelekat yang ditampal ini menunjukkan sampai bila boleh guna. Tiap-tiap tahun kena stamping baru. You punya ni last ditentusahkan tahun 2021, sekarang dah 2024. Dah tiga tahun,” ujar pihak berkuasa KPDN Melaka.

Sumber: TikTok @kpdnmelaka

Mereka turut menegaskan bahawa undang-undang yang diperkenalkan oleh KPDN itu perlu dipatuhi bagi memastikan keselamatan pengguna yang membeli barangan jualan dari peniaga.

“Semua tindakan kami, ambil sebagai pengajaran. Kalau tak sampai bila you takkan dapat pengajaran. Dalam bidang kuasa kami, kami akan tegas untuk jaga pengguna,” katanya lagi.

@kpdnmelaka

Kebersihan kan separuh dari iman?. Kenapa barangan nak dijual simpan dalam toilet?. Patuh lah undang-undang. #kpdnkita #kpdn #kpdnmelaka

♬ original sound – KPDN Melaka – KPDN Melaka

Masyarakat Puji Ketegasan KPDN Melaka

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memuji ketegasan pihak KPDN Melaka yang mengambil tindakan terhadap peniaga warga asing itu lebih-lebih selepas mendapati mereka tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan.

Bukan sahaja memantau dari segi kebersihan, malah tindakan pihak berkuasa berkenaan yang turut menegur tentang kesalahan ejaan sesetengah barangan yang dipamerkan pada papan tanda juga menjadi tumpuan.

“Cikgu tatabahasa, cikgu agama, cikgu disiplin turut bersama dengan encik pegawai ni, salute sir,” ujar netizen.

Malah, sesetengah masyarakat turut mempersoalkan aspek kebersihan melibatkan sesetengah warga asing bukan sahaja di kedai runcit terbabit.

“Tak masalahnya, teruknya kebersihan,” luah pengguna TikTok.

Sumber: TikTok

Aduan Kepada Pihak KDPN

Sebagai pengguna, anda berhak untuk membuat laporan kepada pihak KPDN sekiranya mendapati terdapat peniaga yang melanggar undang-undang dan tidak mengikuti piawaian ditetapkan.

Salah satu cara yang dilakukan adalah menerusi aplikasi ezAdu yang dikeluarkan oleh pihak KPDN.

Dalam aduan tersebut, ia merangkumi 26 kategori aduan termasuk berkenaan harga barangan, iklan mengelirukan, perihal halal dan barang kawalan.

Aduan yang dilakukan akan melalui enam proses seperti berikut:

  1. Pengadu menerima makluman hasil siasatan.
  2. Aduan diterima oleh pihak KPDN.
  3. Aduan ditapis untuk menentukan ia di bawah seliaan KPDN atau agensi lain.
  4. Pelantikan Pegawai Penyiasat.
  5. Proses penyiasatan.
  6. Penyelesaian aduan dan kemaskini maklumat dalam sistem e-Aduan 2.0.
Sumber: KPDN

Selain daripada aplikasi ezAdu, anda juga boleh mengemukakan aduan melalui cara-cara di bawah.

  • Portal e-Aduan
  • Talian hotline 1-800-88-6800
  • Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC)
  • E-mel KPDN: e-aduan@kpdn.gov.my
  • Surat dihantar ke Ibu Pejabat atau mana-mana Pejabat KPDN
  • Bilik Gerakan Penguatkuasaan Negeri
  • WhatsApp KPDN: 019-279 4317

Baca Artikel Berkaitan: Harga Bayar Tidak Sama Dengan Yang Dipamerkan? Lakukan Aduan Menerusi ezAdu KPDN

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Warga Asing Di Pulau Pinang Simpan Sate Mentah Dalam Peti Sejuk Berkulat Buat Ramai Loya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Pekerja Kedai Mamak Didakwa Basuh Pinggan Dalam Tong Sampah Jadi Bualan Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd