[Video] Anak Kucing Didakwa Dicampak Keluar Dari Kereta Bikin Ramai Sebak
Menerusi video tular, kelihatan anak kucing itu dibuang dalam satu beg sangkar haiwan di sebuah taman perumahan sekitar Gombak.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kes pembuangan haiwan di merata tempat dilihat semakin berleluasa terutamanya kucing dan juga anjing.
Sebelum ini, empat individu dilihat sedang membuang dua ekor kucing di sebuah kawasan terbiar. Walaupun sudah dimaklumkan bahawa kucing yang dibuang di lokasi tersebut berisiko untuk diracun atau dilanggar oleh kenderaan lain, namun mereka didakwa seakan tidak kisah dengan info itu.
Bahkan, kesemua individu terlibat turut mengaku bahawa mereka tidak larat membela haiwan berkenaan hingga menyebabkan mereka bertindak sedemikian.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Bengang Lihat Individu Buang Kucing Atas Alasan ‘Tak Larat Nak Bela’ [Video]
Anak Kucing Dicampak Keluar Dari Kereta
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Sue Mayang (@sue.mayang) menunjukkan situasi sebak melibatkan seekor anak kucing yang dibuang oleh tuannya sekitar sebuah taman perumahan di Gombak.
Menerusi video perkongsian, kelihatan Sue sedang menghampiri anak kucing yang berada dalam sebuah beg sangkar haiwan yang terjatuh di tepi jalan.
Dakwa wanita berkenaan, si bulus telah dicampak keluar dari sebuah kereta dipercayai milik tuannya. Mujur anak kucing itu berada dalam keadaan selamat.

“Dicampak ke keluar dari kereta dengan pet carrier. Nasib baik tak cedera. Tolong jangan buang kucing macam ni,” kata Sue.
Difahamkan, Sue telah mengambil si bulus yang bersendirian itu dan membawa ia pulang ke rumah.
@sue.mayang ♬ Gundah by Ernie Zakri – CERITA CINTA
Buang Kucing Adalah Satu Kesalahan
Kalau anda nak tahu, tindakan membuang kucing boleh menyebabkan seseorang itu dikenakan hukuman penjara.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Kesihatan Veterinar), Datuk Dr Muhammad Safaruddin Md Dawam berkata tindakan membuang atau meninggalkan kucing, walaupun dengan alasan haiwan berkenaan bukan milik mereka merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Seksyen 29(1)(p) di bawah akta terbabit menjelaskan bahawa meninggalkan haiwan di suatu tempat sehingga menyebabkan trauma, kesakitan atau penderitaan atas sebab penempatan semula, kebuluran, dahaga, kecederaan atau penyakit merupakan satu kesalahan.
Manakala Seksyen 29(1)(r) pula menetapkan pemilik sama ada sengaja ataupun tidak, telah melakukan kesalahan jika membiarkan haiwan yang berpenyakit, tidak berupaya atau cedera, mati di mana-mana lokasi.
Individu boleh dikenakan denda RM20,000 sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.
Dari sudut Islam pula, hukum haiwan dibuang di kawasan yang boleh membahayakan nyawa adalah haram.
Namun, hukum membuang haiwan seperti kucing bertukar menjadi harus seandainya tindakan itu tidak menimbulkan bahaya dan memusnahkan haiwan peliharaan tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Buang Kucing? Ini Penjelasan Pegawai Agama
Ramai Sebak Lihat Si Bulus Dibuang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa sebak melihat si comel dibuang dengan keadaan sebegitu.
“Tergamaknya. Kita ni tengok kucing lapar pun tak sampai hati inikan lagi sampai sanggup buat macam tu,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ramai juga mengingkatkan golongan masyarakat untuk tidak berkelakuan kejam terhadap haiwan yang juga makhluk Allah.
“Patut bersyukur sebab lahir sebagai manusia bukan haiwan. Tolonglah jangan zalim dekat haiwan,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ada yang berpendapat bahawa kucing terbabit dibuang kerana telah melakukan sesuatu di rumah hingga menyebabkan pemilik bertindak sedemikian.
“Biasa kucing kecil-kecil ni akan berak merata. Pemilik kena rajin ajar. lama-lama dia tahu tempat membuang. Tapi kalau tak suka, tak payah la buang macam ni,” jelas individu tersebut.








Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Tak Suka Binatang, Jangan Zalim” – Kucing Disimbah Cat Putih Undang Kecaman Netizen [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram