Now Reading
Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya Bakal Adakan 3 Hari Istiadat Perkahwinan Oktober Ini

Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya Bakal Adakan 3 Hari Istiadat Perkahwinan Oktober Ini

Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah akan melangsungkan perkahwinannya pada Oktober ini bersama pasangannya YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 22 Ogos lalu, anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh wakil Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Mufti Pahang Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim dengan dua kali lafaz di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Pada tahun ini juga, seorang lagi anakanda Sultan Pahang akan bertukar status menjadi seorang suami kepada pasangan pilihannya.

Baca Artikel Berkaitan: Tengku Afzan & FD Idzham Selamat Diijabkabul, Kini Sah Bergelar Suami Isteri


Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Bakal Bernikah Hujung Oktober Ini

Perkara ini mula menjadi perbualan dalam kalangan masyarakat selepas beberapa hantaran dimuat di laman Facebook Kesultanan Pahang.

Menerusi hantaran berkenaan, seorang lagi anakanda kepada Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah iaitu Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini bersama pilihan hatinya YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.

Istiadat perkahwinan itu dijadualkan bakal diadakan selama tiga hari pada 24, 25 dan 27 Oktober di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Dalam hantaran sama, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah telah bercemar duli berangkat ke Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal di Taman Duta, Kuala Lumpur semalam (6 Oktober).

Sebagai info, Majlis Adat Midodareni merupakan salah satu acara sempena Istiadat Perkahwinan Putera Diraja.

Sebelum berangkat ke Majlis Adat Midodareni, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Siraman pada hari yang sama.

Turut berangkat ke majlis sama adalah:

  • Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  • YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
  • YHM Che Puan Panglima Raja Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moiz
  • YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah
  • YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah
  • YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera
  • YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana

Latar Belakang Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Dan Tengku Natasya

Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah diputerakan pada 3 Ogos 1997 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang dan merupakan anak ketiga daripada sembilan beradik.

Baginda juga bakal menjadi pewaris takhta kedua dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang selepas Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang merupakan Tengku Mahkota dan Pemangku Raja Pahang.

Sebagai info, pasangan piilhan Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah iaitu Tengku Natasya Adnan merupakan anak kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Wanita ini yang mempunyai kacukan Melayu dan Indonesia ini dilahirkan pada tahun 1995 dan kini berusia 29 tahun.

Meskipun mempunyai jarak umur dua tahun, namun ia tidak menjadi penghalang buat mereka.

Selain itu, Tengku Natasya dikurniakan lima adik-beradik termasuk dirinya iaitu:

  • Tengku Iqbal
  • Tengku Hafiz
  • Tengku Najwa
  • Tengku Nabila

Selain daripada adik-beradik yang lahir daripada perkahwinan ini, Tengku Adnan juga mempunyai anak-anak dari perkahwinan sebelumnya iaitu Tengku Daud, Tengku Balqish, Tengku Yazir, dan Tengku Nadiah.

Baca Artikel Berkaitan: “No Wedding, Tak Ada Kahwin” – Tengku Hassanal Mohon Rakyat Malaysia Hormati Kehidupan Peribadi

Baca Artikel Berkaitan: Kenali 6 Anakanda Kepada Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd