Now Reading
Selipar Kena Kencing Anjing, Perlu Sertu Atau Samak? Ini Penjelasannya

Selipar Kena Kencing Anjing, Perlu Sertu Atau Samak? Ini Penjelasannya

Menerusi video tular, kelihatan seorang jemaah masjid dikenali sebagai Pakman sedang menjelaskan kepada si rakan tentang perkara apa yang perlu dilakukan selepas seliparnya terkena kencing anjing.

anjing kencing pada selipar

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang bergelar Muslim, anda dituntut untuk menjaga kebersihan dan kesucian diri. Hal ini kerana, terdapat jenis kekotoran atau najis yang boleh memudaratkan ibadah seseorang.

Seperti yang anda tahu, najis terbahagi kepada tiga jenis iaitu mughallazah, mukhaffafah dan mutawassitah.

Untuk najis jenis mughallazah, terdapat cara penyucian dan langkah-langkah khusus yang perlu diketahui orang ramai sekiranya ia terkena pada pakaian, badan atau sesuatu tempat.

Baca Artikel Berkaitan: Telan Kahak Boleh Batalkan Solat? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Perlukah Wanita Check Keputihan Setiap Kali Sebelum Solat Walaupun Ada Wuduk?


Jemaah Masjid Terangkan Beza Samak & Sertu

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@masjidbspofficial) menyaksikan dua jemaah dikenali sebagai Pakman dan Hajiman sedang menunjukkan satu senario ketika berada di masjid.

Menerusi video perkongsian, kelihatan Pakman memberitahu bahawa selipar milik rakannya itu telah terkena air kencing anjing. Oleh disebabkan itu, Hajiman membuat keputusan untuk ‘menyamak’ seliparnya.

Sumber: TikTok (@masjidbspofficial)

Namun istilah yang digunakan oleh Hajiman iaitu samak adalah kurang tepat. Sebaliknya, perkataan yang betul adalah sertu.

Menurut Pakman, samak adalah aktiviti membersihkan kulit yang najis seperti daripada bangkai menjadi suci. Manakala sertu pula membasuh sesuatu yang terkena najis mughallazah.

Untuk pengetahuan semua, najis mughallazah adalah anjing dan babi serta apa-apa sahaja yang keluar atau diperbuat daripadanya.

Cara menyertu adalah mencuci sesuatu benda menggunakan air bercampur tanah sekali dan diikuti dengan air mutlak sebanyak enam kali.

Hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

“طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ”

Maksudnya: “Sucinya bekas salah seorang dari kamu apabila seekor anjing menjilat padanya (bekas tersebut) adalah dengan cara kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali, dan basuhan pertama bercampur dengan tanah.”

[Riwayat Muslim (279)]


Contoh Perbuatan Samak

Mengulas lebih lanjut mengenai samak, Pakman telah memberikan satu contoh yang mudah difahami oleh orang ramai.

Sebagai contoh, seseorang ternampak ada bangkai lembu yang mengalami kemalangan di tepi jalan. Bangkai lembu tersebut dikira najis dan tidak boleh dimakan.

Namun, kulitnya boleh digunakan untuk menghasilkan pakaian. Oleh itu, kulit berkenaan boleh diambil dengan membasuhnya terlebih dahulu serta buang lemak, darah dan kekotoran pada kulit berkenaan.

Maka, itulah perbuatan yang dinamakan sebagai samak.

@masjidbspofficial Kekeliruan masyarakat dari segi istilah, apakah beza Samak dan Sertu. Selipar @Fipper anda terkena najis anjing? Jangan dibuang, kita sertu saja. #fipper #masjidbandarseriputra #samak #sertu #najismughalazah #anjing #babi ♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra

Ramai Baru Tahu Beza Samak & Sertu

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang baru tahu bahawa perbuatan yang dilakukan oleh mereka selama ini adalah sertu.

“Terima kasih atas konten yang bermanfaat ni. Baru faham samak dengan sertu. Selalu nak sertu tapi panggil samak pula,” kata seorang lelaki.

Malah ada yang berpendapat masyarakat kini lebih terdedah dengan istilah samak sahaja.

Sumber: TikTok (@masjidbspofficial)

Baca Artikel Berkaitan: Penduduk Tegur Individu Bawa Anjing Main Gelongsor Di Taman Permainan


Adakah Sertu Boleh Dilakukan Oleh Orang Bukan Muslim?

Menerusi semakan kami, Jabatan Mufti Negeri Selangor pernah menjelaskan bahawa penyucian najis melalui sertu hanya boleh dilaksanakan oleh orang Islam sahaja.

Hal ini kerana kaedah penyucian tersebut merupakan satu bentuk ibadah yang dilakukan atas dasar keyakinan kepada perintah Allah SWT.

Ia juga merupakan satu langkah ihtiyat (berhati-hati) supaya perkara itu dititikberatkan selain memastikan tidak berlaku sebarang ketidakpatuhan dan kecuaian dalam melaksanakan prosedur sertu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd