Pelajar USIM Belajar Bahasa Isyarat Ketika Minggu Orientasi, Mahu Rai Rakan-rakan OKU
Minggu orientasi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu digelar Minggu Taaruf Pelajar Baharu Sarjana Muda.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada awal Oktober lalu, kebanyakan Universiti Awam (UA) telah mengadakan minggu orientasi bagi menyambut kehadiran pelajar-pelajar baharu bagi sesi 2024/2025.
Kebiasaannya, aktiviti tersebut akan dikendalikan oleh beberapa mahasiswa senior atau dipanggil sebagai fasilitator memandangkan mereka lebih berpengalaman dalam mengetahui selok-belok di universiti.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah dengan memperkenalkan sistem di universiti selain ditugaskan untuk membawa para pelajar mengelilingi kawasan universiti dan kolej kediaman.
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Poket Doraemon” – Aksi Fasilitator UiTM Keluarkan Barang Dalam Vest Buat Ramai Ternganga
USIM Ajar Bahasa Isyarat Kepada Pelajar Sebagai Aktiviti Minggu Orientasi
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@umarwady), minggu orientasi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang digelar Minggu Taaruf Pelajar Baharu Sarjana Muda telah mendapat tumpuan ramai melalui aktiviti bermanfaat yang dilakukan.
Dalam video berkenaan, antara aktiviti tersebut adalah dengan mengajar pelajar-pelajar baharu di sana mengenai bahasa isyarat.
Difahamkan, ia dilakukan bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar baharu Orang Kurang Upaya (OKU) yang turut mendaftar di sana.
Walaupun ia aktiviti yang ringkas, namun mereka kelihatan teruja untuk mempelajarinya sambil memahami bahasa berkenaan dengan menggunakan pelbagai isyarat tangan.
Selain itu, antara pengisian yang dijalankan semasa minggu berkenaan adalah persembahan lagu-lagu islamik dan pertandingan bacaan taranum.
Masyarakat Puji Aktiviti Minggu Orientasi Di USIM
Rata-rata masyarakat berpendapat aktiviti mempelajari bahasa isyarat ketika minggu orientasi itu adalah satu perkara yang bermanfaat bagi membolehkan penuntut universiti itu berkomunikasi dengan pelajar OKU.
Malah, mereka turut berharap agar aktiviti yang dilakukan itu boleh dijadikan contoh kepada universiti lain dalam merancang minggu orientasi pada masa akan datang.
Jelas netizen, bahasa isyarat ini merupakan salah satu pembelajaran yang perlu diterapkan kerana ia secara tidak langsung membolehkan mereka membantu golongan OKU.
“Hebat! Sepatutnya bahasa isyarat ini memang perlu diterapkan dalam pembelajaran sebab penting juga dapat bantu orang lain yang kurang upaya,” kata netizen.
Minggu Orientasi Universiti Di Segamat Tular
Sebelum ini, kecoh di media sosial melibatkan aktiviti minggu orientasi di sebuah universiti di Segamat, Johor.
Ia mula menjadi perhatian ramai apabila sekumpulan fasilitator yang terlibat dikatakan melakukan ‘prank’ sempena sambutan hari jadi salah seorang rakan mereka di hadapan pelajar baharu.
Namun, perbuatan mereka itu dikecam kerana ia dilihat tidak sesuai dengan intipati yang sepatutnya lebih menyambut mereka dengan memberi pengenalan mengenai kehidupan di menara gading.
Walau bagaimanapun, individu yang merupakan fasilitator di universiti berkenaan telah memohon maaf di hadapan pelajar baharu berikutan aktiviti tersebut yang dilakukan tanpa mengikut kesesuaian masa.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Prank Sambut Birthday Rakan Ketika Minggu Orientasi, Fasilitator Tampil Mohon Maaf
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelajar Berang, Dakwa Sistem Ambil Kupon Makanan Di IPTA Ketika Orientasi Tak Teratur
Baca Artikel Berkaitan: “Pantas Siswa Pantas!” – Ramai Throwback Lihat Pelajar Baharu Beratur Panjang Ketika Minggu Orientasi
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.