Now Reading
“Boleh Jadi Penyakit Kalau Tak Jaga” – Ramai Bimbang Lihat Kanak-kanak 2 Tahun Cecah Berat 26KG

“Boleh Jadi Penyakit Kalau Tak Jaga” – Ramai Bimbang Lihat Kanak-kanak 2 Tahun Cecah Berat 26KG

Menerusi video tular, kelihatan kanak-kanak dengan berat 26kg itu sedang menikmati hidangan nasi bersama ayam goreng di sebuah kedai makan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang ramai tahu, semakin banyak makanan unik dan viral boleh didapati di Malaysia. Pun begitu, bukanlah semua di antara hidangan tersebut adalah sihat untuk tubuh badan manusia.

Untuk pengetahuan semua, pengambilan makanan kurang berkhasiat yang tidak terkawal itu merupakan antara punca mengapa Malaysia dilaporkan sebagai negara dengan kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara.

Kes obesiti bukan sahaja melibatkan golongan dewasa malah kanak-kanak juga tidak terkecuali. Memetik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 29.8% kanak-kanak di bawah umur 5-17 tahun mengalami masalah berlebihan berat badan dan obesiti.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Kuah Banjir’ Punca Berat Badan Naik, Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara


Berat Kanak-kanak Lelaki Usia 2 Tahun Cecah 26KG

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter) menyaksikan gelagat seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun sedang menikmati juadahnya di sebuah kedai makan.

Dalam hantaran tersebut, kelihatan kanak-kanak berkenaan sedang menjamah sebungkus nasi bersama ayam goreng. Menerusi video perkongsian, anak itu dilihat berselera menikmati makanan yang berada di depan matanya.

Namun perkara yang mengundang perhatian adalah berat anak tersebut dikatakan mencecah 26kg walaupun pada usia semuda itu.

Dalam masa sama, orang ramai yang turut berada di sana juga kelihatan geram dengan kecomelan si kecil.

Sumber: X (@ricxxxkiddo)

Orang Ramai Bimbang Lihat Berat Si Kecil Yang Begitu Tinggi

Perkongsian ini kemudian mendapat pelbagai reaksi dari pengguna X. Segelintir menyifatkan kanak-kanak tersebut adalah comel.

“Geramnya, tolong delivery kejap adik ni,” ujar seorang wanita.

Namun rata-rata orang ramai meluahkan kebimbangan mereka melihat BMI (body mass index) si kecil yang tidak ideal mengikut usianya.

“Saya membesar dengan berat badan yang berlebihan sedikit. Kesian, kenapa mak ayah biar anaknya jadi macam tu? Tak comel okay. Pergerakan terbatas, nak buat apa-apa pun ada halangan,” ujar seorang individu.

Malah ada yang berkata bahawa anak berbadan besar berisiko dipandang rendah serta dibuli oleh rakan sebaya yang lain.

“Waktu kecil memang best, nanti bila dah masuk sekolah kena ejek, yang lain tak mahu berkawan,” kata seorang pengguna X.

Dalam pada itu, ramai juga bersetuju bahawa ia berisiko mengundang penyakit berbahaya dan kronik jika berat badan si kecil dibiarkan begitu sahaja.

Sumber: X (@ricxxxkiddo)

Tular Kanak-kanak Habiskan Sepinggan Nasi & Semangkuk Gulai Ayam

Mengikut WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), berat normal bagi kanak-kanak berusia 2 tahun adalah 11-14 kg dengan tinggi 85-90 cm. Ini menunjukkan bahawa berat badan si kecil sebentar tadi melebihi paras normal bagi seorang kanak-kanak.

Terdahulu, seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Kenneth Wong turut meluahkan kerisauannya melihat seorang anak kecil menghabiskan semangkuk lauk gulai ayam bersama sepinggan nasi putih.

“Tak faham kenapa ayah dia bangga sangat anak dia yang kecil macam ini habiskan satu mangkuk besar gulai kaki ayam dan juga sepinggan nasi yang besar,” ujar beliau.

Doktor tersebut berasa sedih kerana corak pemakanan sebegitu ketika usia muda adalah berbahaya. Dr Kenneth Wong juga menjelaskan bahawa berat badan yang berlebihan berpunca daripada pengambilan makanan tidak berkhasiat, berminyak serta berproses.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Bimbang Si Kecil Habiskan Semangkuk Gulai Ayam, Boleh Undang Obesiti

Baca Artikel Berkaitan: 11 Juta Dewasa Di Malaysia Alami Masalah Berat Badan Berlebihan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd