Now Reading
[Video] Coldplay Dedah Vinyl Album Terbaru Dibuat Dari Botol Plastik Dalam Sungai Di Malaysia & Indonesia

[Video] Coldplay Dedah Vinyl Album Terbaru Dibuat Dari Botol Plastik Dalam Sungai Di Malaysia & Indonesia

Vokalis Coldplay, Chris martin mendedahkan bahawa setiap piring hitam (vinyl) album terbaharu mereka berjudul ‘Moon Music’ itu dihasilkan daripada sembilan botol plastik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selepas 27 tahun bertapak dalam industri muzik, sehingga kini masih ramai yang meminati kumpulan British, Coldplay ini tanpa mengira lapisan umur.

Malah, rakyat Malaysia sendiri turut menjadi peminat Coldplay sehingga telah mencatatkan kehadiran penonton konsert mereka paling ramai sepanjang siri jelajah di seluruh dunia.

Bukan itu sahaja, konsert Coldplay di Malaysia itu turut mencapai keuntungan kedua paling banyak iaitu sekitar RM51 juta (AS$ 10,904,369) meskipun hanya membuat persembahan selama satu malam sahaja iaitu pada 22 November lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Konsert Coldplay Di Malaysia Terima Jumlah Penonton Paling Ramai Sepanjang Siri Jelajah Dunia

Sumber: Instagram @coldplay/ X @OfficialJoannaJ

Piring Album Terbaharu Coldplay Diperbuat Dari Sampah Di Malaysia & Indonesia

Baru-baru ini, Coldplay telah melancarkan album terbaharu mereka berjudul ‘Moon Music’ dan telah dijemput dalam suatu rancangan televisyen di luar negara untuk mempromosikan karya tersebut.

Menerusi video dimuat naik di laman Instagram (@coldplaymalaysia), vokalis kumpulan tersebut iaitu Chris Martin mendedahkan bahawa piring hitam (vinyl) album terbaharu mereka itu dihasilkan daripada plastik.

Lebih terperinci lagi, Chris memberitahu bahawa sampah-sampah berkenaan diambil dari pelbagi lokasi sungai di Malaysia dan Indonesia.

Difahamkan, plastik sampah itu diambil menggunakan sebuah bot berteknologi tinggi dikenali sebagai ‘River Cleanup Boat’ di mana mesin ini ditaja sendiri oleh Coldplay.

“Setiap piring hitam ini menggunakan sembilan botol plastik. Sampah ini kami dapatkan ketika proses pembersihan sungai menggunakan mesin yang kami taja di sana,” kata Chris.


Pelbagai Reaksi Diterima Dari Masyarakat

Inisiatif yang dilakukan oleh Coldplay ini pastinya mendapat pujian ramai kerana kumpulan ini dilihat cuba untuk menggunakan bahan kitar semula dalam usaha bagi mengurangkan pencemaran plastik.

Walau bagaimanapun, wujud juga segelintir pihak yang menganggap perkara ini sebagai satu perkara yang agak memalukan kerana mendakwa ia seolah-olah menunjukkan bahawa Malaysia memiliki sampah yang banyak di dalam sungai.

Seorang netizen berkata,”Ia tidak membanggakan, maksudnya sungai kita ada banyak sampah.”

Sumber: Instagram

Coldplay Pernah Beri Tajaan Untuk Bersihkan Sungai Malaysia

Memetik Kosmo, Coldplay pernah menaja RM3.2 juta untuk membersihkan Sungai Klang di Malaysia dengan menggunakan mesin memerangkap sampah yang dikenali sebagai ‘Interceptor 005’ pada tahun 2021.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Ocean Cleanup Boyan Slat, Malaysia merupakan negara pertama yang menerima Interceptor 005.

Usaha yang dilakukan dengan kolaborasi bersama pertubuhan tidak berasaskan keuntungan Belanda, The Ocean Cleanup adalah untuk mencegah lebih banyak sampah dan pencemaran daripada masuk ke dalam laut.

Sumber: The Ocean Cleanup

Difahamkan, usaha sama juga telah dilakukan pada Ogos 2019 dengan menggunakan  ‘Interceptor 002’.

Menurut penyelidikan oleh The Ocean Cleanup, Sungai Klang berada dalam 50 sungai paling tercemar di dunia meskipun ia bukan sungai yang paling tercemar di Malaysia.

Kajian Jabatan Alam Sekitar (Jabatan Alam Sekitar) pula menunjukkan bilangan sungai tercemar meningkat dengan ketara daripada 36.4% kepada 89.3% daripada 473 sungai yang diperhatikan dalam tempoh empat tahun.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd