[Foto] Design Vape Seakan Marker Pen Bikin Ramai Keliru & Cetus Kebimbangan
Selain dilihat hampir sama dengan pen marker, ia turut direka bentuk seperti gam UHU dan pensel 2B.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kegiatan menghisap rokok elektronik atau vape dalam kalangan anak muda semakin merisaukan lebih-lebih lagi apabila ia mudah untuk dibeli sama ada secara atas talian atau di kedai fizikal.
Pengambilan bahan bernikotin ini berisiko untuk menyebabkan penyakit kesihatan seperti masalah paru-paru, sesak nafas, batuk yang kronik dan sebagainya,
Meskipun menyedari kesan buruk daripada aktiviti ini, namun masih wujud pihak yang mahu menjual kepada individu bawah umur termasuklah pelajar sekoalh dengan pelbagai cara licik.
Design Vape Telah Diubah Reka Bentuk Seperti Pen Marker
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@health_malaysia), tular beberapa rokok elektronik yang dijual dengan reka bentuk seolah-olah pen marker dan gam UHU.
Jika dilihat sekali imbas, memang anda tidak akan perasan ia adalah sebuah vape kerana ‘design’ yang hampir sama seperti pen marker yang dijual di pasaran.
Selain itu, ia juga dikeluarkan dengan reka bentuk seperti pensel 2B yang banyak digunakan oleh murid sekolah.
Oleh kerana bimbang sekiranya ada golongan pelajar bawah umur yang mencubanya, ibu bapa dinasihati untuk memantau tingkah laku dan aktiviti anak-anak mereka di rumah.
Malah, para guru juga diminta untuk membuat ‘spot check’ barangan yang dibawa oleh murid-murid ke sekolah.
‼️Mohon ibu bapa dan guru guru tolong alert dengan design v*pe
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) October 3, 2024
Sekali pandang memang nampak macam pen marker dan gam uhu. Rekabentuk pensil 2B pun ada! pic.twitter.com/CTeMjBGlks
Ramai Bimbang Dengan ‘Inovasi’ Vape Ini
Perkongsian itu membuatkan rata-rata masyarakat meluahkan rasa risau dengan perubahan yang cuba dilakukan untuk menarik lebih ramai pengguna dari kalangan anak muda.
Malah, mereka turut meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung perkara ini daripada semakin tersebar meluas.
“Minta pihak berwajib memandang serius, banned kedai tak guna yang jual ni atau seller,” ujar netizen.
Pada masa yang sama, masyarakat turut mempersoalkan mengapa aktiviti menghisap vape ini digemari dalam kalangan remaja.
“Kenapa ramai suka hisap vape? Apa yang best sangat dengan benda ni? Remaja ramai betul yang ambil,” luah seorang pengguna X.
Design Hanya Sekadar Pelekat Sahaja
Sebagai info, design vape yang tular seperti pen marker, gam UHU dan pense 2B itu hanyalah pelekat (sticker) semata-mata dan bukanlah dibentukkan seperti barangan tersebut.
Malah, pelekat berkenaan juga dijual di atas talian menerusi platform e-dagang.
Akta Kawalan Rokok Dikuatkuasa Mulai 1 Oktober Ini
Akta Kawalan Produk Rokok (Akta 852) telah mula dikuatkuasakan pada 1 Oktober lalu dengan beberapa aspek yang dijalankan serta-merta serentak dengan Peraturan-Peraturan serta Perintah di bawahnya.
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan berkata selepas memandang serius terhadap kesan buruk amalan merokok yang berleluasa.
Ini termasuklah aktiviti pemasaran dan promosi tidak beretika yang disasarkan kepada individu bawah umur.
Baca Artikel Berkaitan: KKM Kuat Kuasa Akta 852 Berkaitan Kawalan Produk Rokok Mulai Hari Ini, 1 Oktober
Baca Artikel Berkaitan: 30% ‘Kaki’ Vape Di Malaysia Berumur 12 Hingga 15 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: Rokok Elektronik Atau Vape Haram Buat Umat Islam – Menteri Agama
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.