Now Reading
[Video] Coach Nutrisi Kongsi Cara Pilih Mentega Terbaik, Jangan Tertipu!

[Video] Coach Nutrisi Kongsi Cara Pilih Mentega Terbaik, Jangan Tertipu!

Menurut coach nutrisi dan kecergasan dikenali sebagai Natalie, banyak mentega di pasaran mempunyai kandungan tambahan tidak diperlukan sebagai contoh minyak.

cara pilih butter

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mengambil makanan sihat dalam rutin harian adalah antara aspek yang perlu dititikberatkan oleh semua kalangan masyarakat tidak kira golongan muda atau dewasa.

Ramai juga telah mendapat kesedaran tentang perkara ini dan mula membeli makanan yang berkhasiat sahaja di kedai runcit.

Namun segelintir di antara kita masih tertipu dengan helah pemasaran sesebuah jenama hingga menyebabkan mereka terbeli makanan atau minuman yang tidak sihat sekaligus boleh memudaratkan kesihatan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Manis & Lembut, Ini Khasiat Golden Garlic Yang Anda Perlu Tahu


Coach Tunjuk Cara Betul Pilih Mentega Yang Sihat

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang coach nutrisi dan kecergasan dikenali sebagai Natalie berkongsi tentang fakta-fakta mengenai mentega yang ramai perlu tahu.

Menurutnya, mentega yang sihat sepatutnya mempunyai tiga bahan sahaja iaitu krim, garam dan laktik. Ianya ringkas dan tidak rumit.

Pun begitu, banyak pula jenis mentega dilihat di pasaran sekarang. Jika anda tinjau di bahagian kandungan nutrisi, banyak jenis butter yang ada melebihi tiga kandungan seperti dinyatakan di atas.

Sumber: Unsplash

Spread Banyak Kandungan Tambahan Tak Diperlukan

Antara jenis mentega yang mendapat sambutan hangat pelanggan pada masa kini adalah mentega dipanggil sebagai ‘spread’. Kebiasaannya spread mempunyai rasa yang lebih unik berbanding mentega biasa.

Namun perlu diingatkan bahawa mentega jenis ini mempunyai khasiat yang kurang.

“Tolong selalu baca senarai kandungan! Sebab mentega dan spread adalah tidak sama,” kata Natalie.

Banyak jenama yang mengeluarkan blok mentega dan spread dalam bekas. Namun jika dibandingkan nutrisinya, ia adalah jauh berbeza. Spread kebiasaannya mempunyai minyak dan banyak kandungan tambahan yang tidak diperlukan.

Sebagai contoh spread yang mempunyai banyak kandungan adalah minyak sayur-sayuran, susu lembu, susu tepung, emulsifier (bahan pengstabil dan pelembut adunan), bahan pengawet, perisa tambahan dan pewarna makanan.

“Mentega ni banyak bahan tambahan. Jadi jangan hanya fokus dengan jenama yang utamakan ‘sihat’ untuk tujuan pemasaran,” jelas Natalie.


Jangan Terpedaya Dengan Taktik Pemasaran

Bukan itu sahaja, ada juga label spread yang mempunyai gambaran imej ala-ala berkhasiat bagi menunjukkan bahawa ia sesuai dimakan.

Contoh yang ditunjuk oleh Natalie adalah spread dengan minyak zaitun. Namun apabila diperiksa kandungan di belakangnya, hanya 14% minyak zaitun yang terkandung dalam spread berkenaan.

Sumber: TikTok (@natalie.ljy)

Jangan Tertipu Dengan Blok Mentega

Sementara itu, Natalie juga mendedahkan bahawa bukan semua blok mentega adalah asli. Selalunya mentega jenis ini tidak menunjukkan lemak sebenar yang terkandung di dalamnya.

“Jangan terpedaya dengan jenama dan harga,” kata Natalie di akhir perkongsian.

@natalie.ljy BUTTER or Vegetable Spread Definitely butter. It is minimally processed and free of artificial additives, unlike some processed spreads. It’s important to look into the ingredients list, some might be tricky so don’t fall for the marketing claims! Avoid seed oils as much as you can for better health. #healthylifestyle #nutritioncoach #nutritiontips #healthyliving #healthyeating #healthmatters #fitnessmotivation #wholefoods ♬ original sound – Natalie | Nutrition & Fitness

Ada Yang Akan Tukar & Beli Mentega Lain Lepas Dengar Penjelasan Natalie

Menjengah ke ruangan komen, ada individu berkata isterinya akan menukar jenis mentega pilihan selepas mendengar penjelasan Natalie.

“Saya tunjuk ni dekat isteri saya. Dia adalah butter lover tetapi selalu beli jenis spread dengan minyak Canola. Sekarang dia akan tukar,” ujar suami tersebut.

Malah ada juga yang mengingatkan bahawa mentega dan marjerin adalah berbeza.

Sumber: TikTok (@natalie.ljy)

Baca Artikel Berkaitan: Snek Kurma & Mentega Kegemaran Rasulullah SAW – Dr Zulkifli

Baca Artikel Berkaitan: 5 Khasiat Air Rendaman Kurma Untuk Kesihatan Diri Ketika Berpuasa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd