Now Reading
[Video] 2 Individu Berbangsa Cina Bertikam Lidah Guna Bahasa Melayu Curi Perhatian Ramai

[Video] 2 Individu Berbangsa Cina Bertikam Lidah Guna Bahasa Melayu Curi Perhatian Ramai

Kedengaran mereka turut saling berkomunikasi dalam dialek Hokkien, namun lebih banyak bercakap dalam bahasa Melayu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selalunya apabila bertengkar dengan seseorang yang berbangsa sama, pasti kita akan menggunakan bahasa ibunda agar lebih senang berkomunikasi dan lebih ‘puas’ hati.

Namun kadangkala ada juga yang memilih untuk menggunakan bahasa ibunda apabila bertikam lidah dengan individu yang tidak memahami bahasa tersebut seperti pelancong dari luar negara.

Di Malaysia, bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan seringkali digunakan dalam pertuturan harian oleh rakyatnya yang berbilang kaum, termasuklah ketika bertengkar!


Wanita & Warga Emas Cina Bertikam Lidah Dalam Bahasa Melayu

Dalam satu video tular di X (@update11111), kelihatan sebuah kereta dan motosikal berhenti di tepi jalan dipercayai akibat sedikit perlanggaran.

Penunggang motosikal terbabit merupakan seorang warga emas berbangsa Cina, manakala pemandu kereta pula wanita dipercayai bangsa sama berdasarkan kepada pertuturannya dalam dialek Cina.

Apa yang menarik perhatian ramai bukanlah cara mereka berdua menyelesaikan konflik tersebut, tetapi bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi.

Walaupun kedua-duanya berbangsa Cina, namun mereka kedengaran bertengkar dalam Bahasa Melayu!


Boleh Cakap Dialek Hokkien, Tetapi Guna Bahasa Melayu

Wanita itu menegaskan bahawa penunggang motosikal yang salah dalam insiden berkenaan kerana dia membawa kenderaan melawan arus lalu lintas.

Dia juga berkata warga emas itu ingin melarikan diri selepas melanggar kenderaannya. Namun kedua-duanya akhirnya bersetuju mereka masing-masing akan melaporkan perkara itu sebelum penunggang motosikal itu berlalu pergi.

Insiden tersebut disyaki berlaku di Pulau Pinang, melihat kepada kedua-dua nombor plat kenderaan itu yang bermula dengan huruf ‘P’.

Kedengaran juga mereka saling berkomunikasi dalam dialek Hokkien, namun lebih banyak bercakap dalam bahasa Melayu. Perkara ini sememangnya menimbulkan tanda tanya memandangkan kedua-duanya boleh memahami dialek sama.

https://twitter.com/update11111/status/1841377012101116032

“Bahasa Jiwa Bangsa” – Pengguna X

Selain pergaduhan yang bersifat sementara dan tidak menjadi lebih serius, masyarakat turut memuji penggunaan bahasa kebangsaan oleh kedua-dua pengguna jalan raya itu.

Mereka berkata hanya di Malaysia kita dapat melihat dua orang berbangsa Cina bertengkar dalam bahasa Melayu.

“Utamakan bahasa kebangsaan walaupun dalam pergaduhan. Respect!” kata seorang pengguna X.

Ada juga yang berkata bahawa penduduk di Pulau Pinang sama ada Cina atau India sememangnya fasih berbahasa Melayu. Malah dikatakan mereka lebih memilih untuk menggunakan bahasa Melayu apabila bergaduh sesama sendiri. Ya ke?

Apa-apapun, memang bagus kedua-dua wanita dan warga emas ini kerana memilih untuk tidak mengeruhkan keadaan dan fasih bercakap dalam bahasa kebangsaan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd