Now Reading
“Tak Pernah Rasa Sedih Macam Ni”- Nabila Huda Menangis, Kongsi Detik Kehilangan Kucing Belaannya

“Tak Pernah Rasa Sedih Macam Ni”- Nabila Huda Menangis, Kongsi Detik Kehilangan Kucing Belaannya

Kucing peliharaan Nabila Huda bernama Aoki itu disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap empat sebelum meninggal dunia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mesti ramai di kalangan anda yang membela kucing di rumah kan? Maklumlah si bulus ini menjadi kesayangan orang ramai kerana kecomelan dan kelincahan mereka yang agak menghiburkan.

Gelagat mereka inilah yang menceriakan lagi suasana kediaman lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal berseorangan.

Walaupun mereka tidak boleh berbicara, namun pastinya ketiadaan mereka pada suatu hari nanti akan meninggalkan kesan yang amat mendalam seperti mana yang berlaku kepada pelakon popular, Nabila Huda.


Nabila Huda Kongsi Detik Sedih Apabila Kucing Kesayangan Meninggal Dunia

Baru-baru ini menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram pelakon terkenal itu (@kupu_kupu), Nabila Huda berkongsi detik yang dikatakan paling menyedihkan dalam hidupnya apabila kehilangan kucing kesayangan bernama Aoki.

“Tak pernah lah rasa sesedih ni dalam hidup. Air mata saya tak berhenti mengalir setiap kali saya ingat awak. Sayang saya kat awak ni Aoki, tiada tandingan. Perit nak telan tapi ini lah takdir yang tertulis,” luah Nabila.

Sumber: Instagram @kupu_kupu

Dalam video tersebut, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil dilihat tidak dapat menahan air mata apabila melihat kucingnya menghembuskan nafas terakhir semalam (2 Oktober) sekitar jam 10:05 pagi.

Kucing tersebut telah bertemu ajal selepas dibawa ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan Aoki telah menghidap penyakit buah pinggang yang kronik tahap empat sehingga mengakibatkan bahagian mulutnya berdarah.

Sebelum dijemput ajal, keadaan Aoki dilihat agak tenat di mana keadaannnya agak lemah dan tidak begitu aktif.


Nabila Huda Sudah ‘Hidup’ 14 Tahun Dengan Kucingnya, Aoki

Kucing berwarna oren itu dipercayai sudah dibela olehnya sejak tahun 2010 dan pada tahun ini sudah genap 14 tahun si bulus itu hidup bersamanya.

Malah, pelakon ini juga menjelaskan bahawa Aoki telah dibesarkan olehnya sejak anak perempuannya, Keisha masih berada dalam kandungan

Oleh kerana mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan kucingnya itu, Nabila sudah menganggap Aoki seolah-olah anak pertamanya.

“Aoki anak pertama saya dan saya sayang sangat pada dia. Jangan siapa-siapa sakitkan dia. Nanti mummy babab you,” ujar Nabila dalam hantaran di Instagram.

Sumber: Instagram @kupu_kupu

Nabila turut memberitahu bahawa kucingnya itu memiliki personaliti yang manja dan sangat ‘clingy’.

“Dia selalu clingy la dan tetap nak berkepit bawah ketiak mummy. Saya selalu bagitahu Aoki yang saya akan selamanya sayang pada dia sehingga ke akhir hayat saya. Tapi sekarang nampak gaya macm Aoki pula yang sayang mummy sampai ke akhir hayatnya,” kata pelakon tersebut.


Orang Ramai Turut Bersedih Dengan Pemergian Kucing Aoki

Perkongsian tersebut membuatkan masyarakat turut bersimpati dan meluahkan rasa sedih selepas mengetahui pemergian kucing peliharaan Nabila Huda itu.

Orang ramai turut mengucapkan salam takziah kepada Nabila atas kehilangan Aoki dan berharap agar mereka dapat berjumpa semula di syurga kelak.

Selain itu, mereka yang membela kucing juga seolah-olah dapat merasai kesedihan yang dialami oleh Nabila kerana memahami perasaan apabila kucing kesayangan sudah ‘pergi’.

“Sakit perit kehilangan kucing hanya pencinta kucing je yang tahu. Bertitisan air mata akan jatuh bila teringat kucing-kucing yang telah pergi,” luah seorang netizen.

Sumber: Instagram

Semoga kuat ya Nabila! 🤍


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd