[Video] Lelaki Ini Dakwa Minuman Jenama Terkenal Terkandung 25 Sudu Teh Gula. Whoa!
Semakan menerusi meter gula mendapati bahawa terdapat 23.8% gula bagi setiap 100ml minuman itu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak kebelakangan ini, sebuah jenama kedai aiskrim dari luar negara telah menjadi terkenal di dalam negara sehingga banyak cawangan dibuka di Malaysia bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Jenama sedemikian bukan sahaja terkenal dengan produk aiskrim vanilanya yang rasa seperti susu, tetapi juga pelbagai minumam. Malah, harganya yang murah juga menjadi tarikan buat orang ramai.
Baru-baru ini, jenama tersebut telah melancarkan produk terbaharunya iaitu minuman kopi bersama aiskrim.
Lelaki Semak Kandungan Gula Dalam Kopi, Ada 25 Sudu Teh Kecil Gula
Seorang jurulatih peribadi berkongsi di TikTok (@rexfitness_) bahawa dia telah mencuba minuman tersebut dan berkata minuman kopi itu terasa sangat ‘kaw’.
Dia kemudiannya menyemak kandungan gula di dalam minuman tersebut menggunakan meter gula.
Menerusi meter tersebut, dapat dilihat bahawa terdapat 23.8% gula dalam 100ml minuman itu. Katanya, memandangkan minuman yang dibeli itu bersaiz 500ml, ini bermakna terdapat sekitar 119 gram gula di dalamnya.
Dia kemudiannya menimbang jumlah gula berdasarkan kepada berat tersebut dan terkejut apabila mendapati ia bersamaan dengan 25 teh sudu gula!
Walaupun begitu dia berpendapat tidak salah untuk mengambil minuman itu seminggu sekali. Malah, orang ramai juga boleh meminta agar kadar gula dikurangkan.
Orang Ramai Saran Minta ‘No Sugar’
Orang ramai berkata bahawa minuman yang dijual di kedai tersebut sememangnya manis. Namun ada yang memaklumkan pelanggan boleh meminta ‘no sugar’, lebih-lebih lagi bagi minuman yang dicampur dengan aisrkim yang sudah manis.
Malah, mereka berkata minuman kopi yang dijual itu sememangnya kaw dan sedap diambil tanpa gula.
Dalam pada itu, beberapa individu turut memuji video TikTok tersebut kerana dapat memberi kesedaran dalam kalangan masyarakat agar tidak selalu mengambil minuman sedemikian.
“Nanti buat content macam ni lagi. Sekarang baru tahu berapa banyak gula,” kata seorang pengguna TikTok.
WHO Saran Tak Lebih 7.5 Sudu Teh Gula Sehari
Walaupun gula merupakan komponen penting untuk tubuh badan memandangkan ia menghasilkan tenaga, namun ia haruslah diambil secara berpatutan.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan tidak lebih 7.5 sudu teh gula diambil dalam sehari. Ini termasuklah gula yang diambil dalam bentuk makanan (karbohidrat) dan bukannya minuman sahaja.
Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah mengumumkan pengharaman penggunaan gula di Parlimen pada setiap hari Rabu.
Baca Artikel Berkaitan: Parlimen Haramkan Gula Setiap Rabu Mulai 14 Oktober, Mahu Budayakan Gaya Hidup Sihat
Jumlah Penghidap Kencing Manis Di Malaysia Ke-5 Tertinggi Dunia
Sebagai info, jumlah penghidap kencing manis di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara.
Bukan itu sahaja, data yang dikeluarkan oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) turut mendedahkan bahawa jumlah penghidap kencing manis di negara ini adalah yang kelima tertinggi di dunia.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kencing manis atau diabetes mellitus merupakan satu daripada 10 punca kematian utama di dalam negara.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni sebelum ini pernah memaklumkan terdapat seramai lima juta rakyat Malaysia berisiko menghidap pradiabetes dan diabetes. Kebanyakannya tidak menyedari keadaan itu kerana tidak menjalani pemeriksaan kesihatan.
Baca Artikel Berkaitan: “Diabetes Malaysia Tertinggi Di Asia Tenggara Bukan Perkara Membanggakan” – Perdana Menteri
Baca Artikel Berkaitan: Kerap Bersenam, Banyak Minum Air & 7 Lagi Tips Sihat Untuk Kurangkan Gula Dalam Darah
Baca Artikel Berkaitan: Coach Diet Beri 2 Tips Untuk Potong Gula Dalam Pemakanan Harian. Penting!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.