“Macam Poket Doraemon” – Aksi Fasilitator UiTM Keluarkan Barang Dalam Vest Buat Ramai Ternganga
Antara barang yang disimpan oleh fasilitator tersebut di dalam vest miliknya adalah botol air, tablet elektronik, bungkusan makanan, botol air dan kipas mini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pelajar-pelajar yang menerima tawaran untuk menyambung pengajian di Universiti Awam (UA) pada tahun ini pastinya sedang menjalani minggu orientasi.
Kebiasaanya, aktiviti tersebut akan dikendalikan oleh beberapa pelajar senior atau dipanggil sebagai fasilitator bagi memperkenalkan sistem di universiti selain ditugaskan untuk membawa para pelajar mengelilingi kawasan universiti dan kolej kediaman.
Disebabkan masih baru di universiti, fasilitator yang bertugas sentiasa terbuka dan bersedia untuk membantu setiap pelajar yang memerlukan sebarang pertolongan.
Vest Dipakai Oleh Fasilitator UiTM Ini Penuh Dengan Barang
Berbicara tentang fasilitator, baru-baru ini gelagat seorang pelajar senior yang bertugas pada minggu orientasi di salah sebuah cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menjadi perhatian ramai.
Boleh dikatakan setiap fasilitator di sana akan memakai vest berwarna ungu bagi membezakan antara mereka dan pelajar-pelajar yang baru mendaftar.
Namun siapa sangka vest tersebut dijadikan sebagai ruang untuk menyimpan pelbagai jenis barang. Senang kata, macam poket Doraemon. Semua benda ada!
Dalam video dimuat naik semula di laman X (@cikgu_anep), gadis tersebut telah mengeluarkan beberapa barangan daripada vest tersebut. Antaranya:
- Telefon
- Tablet Peranti Siswa
- Bungkusan makanan
- Bekas minuman
- Powerbank
- Botol air
- Kipas mini
- Dompet
- Lipstik
- Kunci bilik
Di akhir video, gadis itu memberitahu agar vest tersebut perlu dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
Weh biar betul weh. Part dia keluarkan tablet tu dah rasa terkejut dah. Sekali keluar barang lain, terus jem kepala aku😭 pic.twitter.com/NjUmzXzWZE
— Cikgu_Anep (@Cikgu_Anep) September 30, 2024
Ramai Anggap Vest Fasilitator Itu Seperti Poket Doraemon
Rata-rata masyarakat terkejut melihat bagaimana vest yang dilihat nipis itu boleh memuatkan pelbagai jenis barangan yang bersaiz agak besar.
Malah, sesetengah netizen turut berseloroh kononnya lebih banyak barang yang akan dibawa jika saiz vest tersebut lebih besar berbanding kebiasaan.
“Labuh sikit lagi, habis segala isi rumah dia letak dalam tu,” kata seorang pengguna media sosial.
Namun, ada juga yang mempersoalkan sama ada gadis tersebut tidak berasa rimas dengan adanya barang-barang pada badannya.
“Mihun dengan sampah tu, tak berkicap ke vest tu?” soal netizen.
Pada masa sama, wujud juga segelintir individu yang dikatakan berminat untuk memiliki vest tersebut kerana dianggap sangat praktikal untuk kegunaan harian.
“Alumni UiTM boleh dapat tak vest ni? Nak satu la. Senang keluar rumah tak bawa beg,” kata pengguna media sosial.
Bagi adik-adik yang akan menjalani kehidupan baharu di universiti, kami mendoakan agar segalanya urusan anda dipermudahkan.
Yang penting jaga solat, ingat ibu bapa dan pilih kawan yang baik okey?
Baca Artikel Berkaitan: “Pantas Siswa Pantas!” – Ramai Throwback Lihat Pelajar Baharu Beratur Panjang Ketika Minggu Orientasi
Baca Artikel Berkaitan: “Young Sheldon Malaysia” – Pelajar 12 Tahun Jadi Penuntut Universiti Malaya Termuda Sejak 1962
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Bawa Beg Guni Waktu Daftar Di UMS Raih Perhatian Menteri Pendidikan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.