“Ingat Cop Duit?” – Cikgu Tegur Ibu Bapa Asyik Guna Ayat Negatif, Anak Boleh Alami ‘Scarcity Mindset’
Keadaan Scarcity Mindset ini membuatkan anak-anak kurang keupayaan menyelesaikan masalah selain menyebabkan mereka berfikir secara tidak logik.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap daripada golongan ibu bapa, sudah tentu mempunyai cara mendidik anak yang tersendiri. Ada yang belajar daripada pakar, malah ada juga menggunakan rujukan internet bagi mendapatkan cara pendidikan sempurna.
Pun begitu, mungkin segelintir penjaga tidak menyedari bahawa kelakuan atau perbuatan mereka mampu memberi kesan buruk kepada cara pemikiran anak-anak.
Anak-anak ini kemudian akan menunjukkan tingkah laku yang tidak baik jika pemikiran negatif mereka tidak dibendung.
Guru Kongsi Ayat Yang Tak Sepatutnya Dicakap Kepada Anak-anak
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang guru pendidikan awal kanak-kanak dikenali sebagai Cikgu Saleha (@teachersaleha) berkongsi beberapa ayat yang perlu dielakkan oleh ibu bapa ketika berkomunikasi dengan anak.
Antara ayat biasa atau senario yang didengar daripada golongan ibu bapa adalah seperti berikut:
- “Ayah kena kerja. Kalau tak kerja kita tak ada duit.”
- “Tak boleh, benda ni mahal sangat. Ayah tak mampu.”
- “Ibu dan ayah ni bukannya ada banyak duit sangat, bukannya mampu. Ingat, kita ni bukan anak orang kaya.”
- “Amboi, kau ingat ayah ni cop duit ke? Kau ingat ibu ni apa? Ingat tanam duit dekat pokok lepas itu kutip je?”
Menurut Cikgu Saleha, ayat-ayat berunsur negatif seperti dinyatakan di atas mampu memudaratkan cara anak-anak berfikir. Si kecil juga berkemungkinan mengalami keadaan ‘Scarcity Mindset’ atau juga dipanggil dengan gelaran ‘Scarcity Mentality’.
Memetik WebMD, Scarcity Mindset boleh mengurangkan keupayaan untuk menyelesaikan masalah atau menyimpan sesuatu maklumat selain menyukarkan kanak-kanak berfikir secara logik.
@teachersaleha Ada ke anak2 yang dah pernah terkena ayat2 macam ni ? Takpe,jangan terasa hati, pastinya ibu ayah kita sudah banyak berkorban untuk kita #tiktokguru #kongsibersama #learnontiktok ♬ Sedih Galau – Ercandra
Mentaliti Anak Zaman Dulu & Sekarang Berbeza
Dalam satu lagi hantaran lain, Cikgu Saleha menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai keadaan ini. Jelasnya, ramai di antara kita yang sudah terbiasa mendengar ayat-ayat negatif seperti itu dari ibu bapa.
Malah ramai juga beranggapan bahawa ia merupakan satu perkara yang biasa. Namun dakwanya, mentaliti kanak-kanak zaman dahulu adalah berbeza dibandingkan dengan masa kini.
“Anak zaman sekarang dia orang punya pemilikiran dah terlampau ekstrem dan ke hadapan sangat dengan adanya teknologi serta gadget,” ujarnya.
Pilih Kata-kata Sesuai Ikut Situasi
Bagi mengelakkan anak-anak mengalami gejala Scarcity Mindset, ibu bapa perlulah memilih ayat yang positif serta bersesuaian dengan situasi.
Di bawah kami kongsikan contoh ayat berunsur postif yang boleh ditutur oleh ibu bapa kepada anak:
- “Ayah kena kerja, ayah kan ketua keluarga.”
- “Mainan ni ayah tak mampu lagi nak beli, nanti kalau ada rezeki lain, gaji ayah masuk insya-Allah ayah belikan.”
Perbezaan ayat berunsur negatif dan positiflah yang akan membentuk cara pemikiran seseorang anak.
Scarcity Mindset Tak Terkawal Megundang Tingkah Laku Negatif
Kata Cikgu Saleha, dia telah jumpa ramai golongan anak bertindak menyalahkan dan menuding jari kepada ibu bapa kerana tidak dapat memberikan apa yang diminta.
Pemikiran Scarcity Mindset yang tidak terkawal juga boleh mengundang anak untuk melakukan perkara terlarang sebagai contoh mencuri di sekolah dan mengambil duit rakan.
Hal ini kerana, si anak mungkin beranggapan ibu bapa akan menengking atau marah sekiranya meminta sesuatu.
@teachersaleha Replying to @Aidehazz jangan gunakan ayat ini kalau tak mahu anak kita terkena penyakit SCARCITY MINDSET,tapi sebenarnyer bukan tak boleh,cuma ini sebabnya #kongsibersama #tiktokguru #learnontiktok ♬ Sedih Galau – Ercandra
Individu Anggap Ayat Positif Buatkan Anak Lebih Memahami
Menjengah ke ruangan komen, ramai dilihat setuju dengan pandangan Cikgu Saleha mengenai Scarcity Mindset.
“Betul la cikgu ni cakap. Nak jadi ibu ayah kena ada ilmu. Kata-kata ni satu doa, jadi kena bertutur dengan betul,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah, ada yang berpendapat pertuturan yang positif membuatkan golongan anak lebih memahami.
“Aku memang ajar anak-anak aku ayat ni. Alhamdulillah tak ada meraung-raung dekat kedai mainan. Aku selalu cakap ‘Insya-Allah ada rezeki lebih ibu belikan’. Bab barang sekolah anak aku minta, aku bagi. Yang tu penting,” ujar seorang ibu.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Ini Kongsi Tips Paling Win Bapa Di Korea Ajar Anak Jadi Genius
Baca Artikel Berkaitan: “Ibu Bapa Perlu Tahu Batas Sentuhan Dengan Anak-Anak Semasa Bergurau” – Jurulatih Parenting
Baca Artikel Berkaitan: Beri Pujian, Tidur Awal & 5 Lagi Tips Untuk Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram