Now Reading
Hasrat Bapa Daftar Anak Ke UMK Tercapai, Jiran Kumpul Dana RM3,000 Dalam Masa 2 Jam

Hasrat Bapa Daftar Anak Ke UMK Tercapai, Jiran Kumpul Dana RM3,000 Dalam Masa 2 Jam

Menurut bapa kepada pelajar baharu Universiti Malaysia Kelantan itu, dia tidak mempunyai simpanan mencukupi bagi menghantar anaknya untuk sesi pendaftaran.

terima bantuan untuk daftar ke UMK

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, kini sudah tibanya musim pendaftaran dan kemasukan baharu bagi sesetengah universiti awam di Malaysia.

Buat pelajar baharu, sudah tentu mereka sedang bersiap menyediakan segala kelengkapan bagi menempuh alam di pusat pengajian tinggi. Pun begitu, bukanlah semua di kalangan penuntut yang mampu.

Seperti sebelum ini, sebuah keluarga sanggup berjalan kaki memasuki pintu utama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sambil menolak beberapa beg bagasi.

Difahamkan, mereka telah berjalan dalam keadaan panas terik dari stesen bas berdekatan sekitar Pahang selepas terbang dari Sarawak.

Baca Artikel Berkaitan: “Belajar Rajin-rajin Adik” – Sekeluarga Sanggup Jalan Kaki, Berpanasan Hantar Anak Ke Universiti Undang Sebak


Bapa Tak Mampu Bayar Yuran Pendaftaran Universiti Anak

Semalam (1 Oktober), seorang pesara kerajaan Chinnakaruppan A/L Muthu, 67 telah menyentuh hati jiran tetangga selepas meluahkan perasaan tentang berita mengenai anak perempuannya.

Menurut perkongsian di laman Facebook Universiti Malaysia Kelantan (UMK), anaknya Kalaimagal, 20 telah berjaya menempatkan diri bagi melanjutkan pelajaran di pusat pengajian itu.

Namun jelas si bapa, dia tidak mempunyai simpanan mencukupi bagi menghantar dan mendaftar puterinya ke universiti tersebut. Tangkap layar perkongsian Chinnakaruppan kemudiannya tular selepas dimuat naik di group WhatsApp penduduk kampung.


Orang Ramai Kumpul RM3,000 Untuk Bantu Bayar Yuran Kalaimagal

Oleh disebabkan berasa simpati dengan nasib anak muda yang mahu melanjutkan pelajaran, orang ramai telah bertindak melancarkan sebuah tabung sekaligus berjaya mengumpul RM3,000 untuk yuran pendaftaran Kalaimagal. Lebih mengharukan jumlah itu dikumpul dalam masa dua jam sahaja!

Hasil kutipan berkenaan kemudian membuatkan pelajar itu mampu mendaftar sesi pendaftaran bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) di UMK.

Sumber: FB Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi)

Si Bapa Terima Pendapatan RM700 Sebulan

Kata si bapa yang berpendapatan RM700 sebulan itu, dia tidak menyangka orang ramai tampil membantu memberikan sumbangan tersebut.

“Sejak tular di media sosial mereka berjaya kumpul duit sebanyak RM3,000 dan mereka menyerahkan wang kepada kami untuk perbelanjaan di universiti,” kata si bapa yang juga sedang menghidap penyakit saraf dan asma.


Pengerusi MARA & Pihak UMK Tampil Beri Bantuan

Prihatin mengenai kisah ini, pihak Bahagian Kebajikan Pelajar dan Tatatertib (BKTP) Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMK telah mengambil tindakan segera melalui Program UMK Cakna untuk membantu Kalaimagal.

Pelajar kemasukan baharu itu diberikan sumbangan kecemasan sebanyak RM1,000 (one-off), sumbangan komputer riba dan bakul keperluan asas.

Kesusahan ditanggung oleh keluarga Kalaimagal juga mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Raya (MARA) Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi yang mana beliau turut tampil membantu pelajar itu untuk menyambung pelajaran di UMK.

@drasyrafwajdi KEMISKINAN BUKAN ALASAN BERHENTI BELAJAR Pagi ini saya terima whatsapp daripada sahabat saya En Ganesan Pengerusi MIC Gerik yang mengkhabarkan perihal sedih seorang anak yatim India di Pengkalan Hulu, Adik Kalaimagal a/p Chinnakarruppan yang berjaya dapat sambung pengajian ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tapi tidak punya cukup wang untuk daftar pengajiannya di UMK 1 Oktober ni. Terus saya hubungi sendiri Naib Chanselor UMK Prof Datuk Dr Razli Che Razak dan alhamdulillah pihak universiti memaklumkan untuk membantu pelajar tersebut dan menangguhkan bayaran yuran pendaftaran. Saya juga meminta Pegawai Khas saya Mohd Salehuddin Md Isa merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik untuk segera menziarahi dan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi kepada pelajar dan keluarganya. Saya selalu tekankan jangan jadikan kemiskinan sebagai halangan untuk sambung belajar. Ikhtiarlah sebaik mungkin kerana ilmu sahaja boleh merubah kehidupan kita dan keluarga. #HidupBiarBerjasa #BantuTanpaKiraKaum #DAWD #UMK #fyp ♬ original sound – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Kalaimagal Janji Akan Belajar Dengan Bersungguh-sungguh

Sementara itu, Kalaimagal juga tidak melepaskan peluang untuk meluahkan rasa syukurnya pemberian bantuan terbabit. Dia turut berkata kekangan kewangan keluarga membuatkannya buntu untuk mencari wang bagi melunaskan yuran kemasukan sesi 2024/2025 ini.

Sumber: FB Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi)

“Bantuan yang dihulurkan ini dapat meringankan beban saya dalam membuat persediaan untuk menyambung pengajian nanti. Kami terhutang budi dengan ihsan orang ramai.

“Saya berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh demi mengejar impian untuk mengubah kehidupan kami sekeluarga,” ujarnya.

Semoga bantuan diberikan kepada pelajar perempuan ini sedikit sebanyak boleh membantu dirinya untuk belajar dalam keadaan selesa di UMK. Good luck Kalaimagal!

Baca Artikel Berkaitan: Tular Bawa Beg Guni Ketika Daftar Masuk Universiti, Ini Kisah Sebenar Dari Tuan Punya Badan

Baca Artikel Berkaitan: Demi Hantar Cucu Ke Universiti, Nenek Sanggup Tempah Teksi [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd