Hasil Seni Batik Malaysia Muncul Dalam Video Promosi Karnival Kaligrafi Dunia. Bangganya!
Wanita dikenali sebagai Farah Mohan itu meluahkan rasa tidak sangka apabila dirinya diberi peluang untuk berkolaborasi bersama ahli kaligrafi profesional Daniel Tham (Tham Hoe Yean).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai adat dan budaya yang diterapkan sejak dari zaman nenek moyang dahulu.
Meskipun ia sudah berusia puluhan tahun, tetapi sebagai masyarakat yang bertamadun, warisan tersebut perlulah dipelihara dengan baik agar ia tidak dilupakan oleh orang ramai.
Selain makanan dan pakaian tradisional, hasil seni serta kraftangan Malaysia juga menjadi simbolik negara kita kepada pelancong luar negara.
Seni Batik Malaysia Muncul Dalam Video Promosi Karnival Kaligrafi Dunia
Menerusi hantaran dimuat naik oleh seorang pengguna di pelukis batik di akaun X miliknya (@FarahMohan), wanita ini menunjukkan penglibatannya bersama ahli kaligrafi Cina bagi mempromosikan Karnival Kaligrafi Dunia.
Wanita dikenali sebagai Farah Mohan itu meluahkan rasa tidak sangka apabila dirinya diberi peluang untuk melakukan kolaborasi itu dengan ahli kaligrafi profesional Daniel Tham (Tham Hoe Yean).
“Kolaborasi yang kami tak tahu ia sangat diperlukan,” kata Farah.
Katanya walaupun video terbabit hanya berdurasi satu minit tetapi ia mengambil masa sehinga sehari untuk dirakam.
Dalam video terbabit, ia telah mengangkat seni batik Malaysia dengan turut menjelaskan tentang kraftangan tersebut di samping memaparkan cara bagaimana yang dihasilkan.
Selain itu, karya kaligrafi oleh Daniel Tham turut dipaparkan sebagai sebahagian daripada promosi karnival berkenaan.
Chinese Calligraphy x Batik 🤝
— farahmohan | Batik Artist (@FarahMohan) October 1, 2024
A collab we never knew needed! pic.twitter.com/USE7P2oG3e
Rakyat Malaysia Tumpang Bangga Dengan Kejayaan Pelukis Batik Itu
Perkongsian itu meraih banyak reaksi positif dari masyarakat Malaysia apabila mereka turut menumpang bangga dengan pelukis batik terbabit yang berjaya mengangkat darjat hasil seni berkenaan.
Siap ada yang meremang bulu roma katanya selepas melihat kehebatan video promosi tersebut.
Seorang netizen pula berpendapat gabungan kaligrafi Cina dan batik Malaysia itu seolah-olah menjadi simbol kepada keharmonian antara dua budaya.
“Gabungan budaya yang menakjubkan! Kedua-dua bentuk seni mempunyai akar sejarah yang mendalam dengan kaligrafi Cina melambangkan keharmonian dan disiplin manakala batik mencerminkan kekayaan tradisi Asia Tenggara. Kerjasama ini benar-benar meraikan perpaduan dalam kepelbagaian,” kata pengguna X.
Namun begitu, wujud segelintir masyarakat dari Indonesia yang dikatakan cuba untuk ‘claim’ bahawa seni batik berasal dari negara mereka.
Malah, sesetengah netizen dari negara tersebut juga mendakwa penggunaan kosa kata batik itu juga adalah milik Indonesia.
Latar Belakang Farah Mohan
Buat anda yang tidak mengenali Farah Mohan atau nama sebenarnya Farah Hanim Mohd Mohan Shah, wanita ini merupakan pemilik kepada jenama Novak Batik yang diasaskan pada tahun 2015.
Memetik sumber BASKL, Farah mula mendapat tempahan pertama pada tahun 2015 termasuklah pakaian batik seperti baju, kain lilit dan skirt.
Farah yang merupakan graduan seni beni dari Universiti Malaya (UM) pada tahun 2014 juga pernah menganjurkan ‘workshop’ pada 2019 untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai seni tersebut.
Kemudian, karya wanita ini mula mendapat perhatian di media sosial ketika Malaysia dilanda pandemik Covid-19 pada tahun 2020.
Karnival Kaligrafi Dunia
Kepada anda yang mahu melihat sendiri hasil karya batik dihasilkan oleh Farah, bolehlah berkunjung ke Karnival Kaligrafi Dunia yang melibatkan pameran 500 karya kaligrafi daripada 48 negara.
Ia bakal berlangsung pada 1 hingga 30 November bertempat di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.