Wanita Dedah Boleh Dengar Lagu Kereta Berdekatan, Hanya Guna Teknik Ini
Wanita ini memberitahu dengan menggunakan dua tetapan frekuensi pada radionya, dia boleh mendengar lagu yang dipasang pada bluetooth dalam kereta berhampiran ketika berada di jalan raya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali sebelum memulakan pemanduan, mesti ada di antara anda yang akan membuka siaran radio terlebih dahulu untuk menceriakan suasana dengan pelbagai jenis lagu yang diputarkan.
Setiap siaran radio ini mempunyai frekuensi yang berbeza di negeri berlainan. Sebagai contoh, siaran radio Fly FM di Lembah Klang adalah 95.8MHz manakala di Seremban pula adalah 98.6MHz.
Berbicara tentang frekuensi, tahu tak sebenarnya gelombang radio ini juga membolehkan anda mendengar lagu yang sedang dimainkan di dalam kereta berhampiran, terutamanya semasa jalan sedang sesak.
Eh, macam mana tu?
Wanita Dedah Taktik Guna Frekuensi 87.5MHz & 87.6, Boleh Dengar Lagu Yang Dipasang Dalam Kereta Lain
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@epinephrineeeee), wanita ini menceritakan pengalamannya yang berjaya mendengar lagu yang dipasang pada bluetooth dalam kereta berhampiran ketika berada di jalan raya.
Dakwa individu tersebut, ia boleh dilakukan dengan memasang frekuensi 87.50 atau 87.60 di siaran radio kereta masing-masing.
“I baru tahu yang kalau you buat frekuensi 87.50MHz atau 87.60 kat radio, you akan dapat lagu apa yang kereta lain pasang pada bluetooth. I dah cuba waktu dekat lampu isyarat dan menjadi. Menarik betul,” ujar pengguna X tersebut.
i just learned that kalau you buat frequency 87.50 or 87.60 kat radio, you akan dapat lagu apa yang kereta lain pasang kat bluetooth. so i tried dekat traffic light and jadi doh????? HAHAHHAAH THIS IS SO FUN!!!! pic.twitter.com/iEtDmMPxQ3
— rénjana (@epinephrineeee) September 30, 2024
Jelas wanita itu, dia mengetahui tentang ‘trick’ tersebut menerusi sebuah video yang dijumpai di TikTok (@nzkri).
Dalam video berkenaan, pemandu wanita tersebut mendedahkan sudah beberapa kali berdepan situasi di mana dia dapat mendengar lagu daripada kereta lain.
Malah, dia juga mendedahkan pernah terdengar perbualan telefon oleh pemandu lain yang disambung pada bluetooth mereka.
Ramai Yang Tak Percaya Perkara Ini Boleh Berlaku
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat. Rupa-rupanya, ramai juga yang pernah melalui perkara sama seperti wanita ini.
“Patutlah tak ada iklan. Haritu pelik dengan kakak kenapa tak ada iklan radio dia. Dah la lagu sedap-sedap,” luah seorang pengguna X.
Namun, ada juga yang berpendapat seseorang itu tidak sepatutnya ‘mencuri’ lagu dari kenderaan berhampiran kerana menganggapnya sebagai suatu perbuatan yang tidak beretika.
“Tak berkat. Kereta sebelah bayar Spotify Premium mahal-mahal, korang sedap je curi dengar ya,” kata netizen.
Sementara, seorang pengguna media sosial pula menyangkal dakwaan kononnya frekuensi tersebut membolehkan seseorang mendengar lagu yang dipasang kerana dikatakan gelombang radio dan bluetooth tidak sama.
Macam Mana Ia Boleh Terjadi?
Mesti ramai yang terfikir, macam mana boleh terjadi perkara seperti ini?
Seorang netizen tampil memberi penjelasan bahawa situasi yang berlaku itu adalah disebabkan oleh aksesori bluetooth luaran (FM modulator) yang membenarkan ia untuk dihubungkan dengan radio bukan bluetooth.
“Anda hanya perlu menyambung dengan penyesuai (adapter) dan memadankan nombor frekuensi antara penyesuai dan radio anda,” katanya.
Seorang lagi pengguna memberitahu bahawa kebanyakan frekuensi bluetooth sudah ditetapkan pada frekuensi 87.5 dan ia boleh diubah bagi mengurangkan gangguan seperti bertindih gelombang dengan kenderaan lain.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.