[Video] UAI Kongsi Jenis Dosa Yang Boleh Sebabkan Ibadah Kaum Muslim Tak Diterima
Ustaz Azhar Idrus berkata, antara perbuatan dosa yang membuatkan ibadah seseorang tidak diterima adalah makan makanan haram.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebagai seorang manusia biasa, adalah satu fitrah bagi setiap daripada kita melakukan kesilapan. Seperti yang selalu diperkatakan, bukan semua individu adalah sempurna.
Namun bagi umat beragama Islam, terdapat beberapa aspek perlu dititikberatkan iaitu dengan tidak melakukan dosa dan melanggar perintah Allah SWT.
Hal ini kerana sesetengah dosa yang dilakukan boleh mengganggu pahala ibadah harian anda.
UAI Perjelas Dosa Apa Yang Tak Diterima Ibadahnya
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus sedang memberikan sebuah tazkirah.
Menerusi majlis ilmu tersebut, UAI telah membahaskan mengenai dosa-dosa manusia yang membuatkan ibadah mereka tidak diterima Allah SWT.
“Ada dosa yang kita buat, ibadah tetap diterima. Dan ada dosa kalau kita buat, ibadah kita tidak diterima,” ulas beliau.
Antara jenis dosa yang boleh memudaratkan ibadah anda adalah seperti berikut:
#1. Ambil Sumber Harta Haram
Salah satu dosa yang menyebabkan amalan ibadah tidak diterima Tuhan Yang Maha Esa adalah mengambil sumber harta yang haram.
“Allah SWT tak terima sembahyang seseorang dari kamu yang ada makan harta haram. Itu jelas,” ujar UAI.
#2. Jumpa Tukang Tilik Untuk Ramal Nasib
Perbuatan seterusnya yang membuatkan ibadah seorang Muslim itu tidak diterima adalah apabila mereka berjumpa dengan tukang tilik atau ahli sihir bagi meramal masa depan dan nasib yang tidak pasti.
Sebaik sahaja anda berniat untuk berjumpa dengan ahli sihir, ia sudah dikira berdosa walaupun tidak mempercayainya.
“Tidak diterima sembahyangnya selama 40 hari walaupun dia tak percaya. Dia jalan (jumpa tukang sihir) saja-saja, 40 hari tak diterima (ibadahnya),” tegas pendakwah tersebut.
#3. Makan Makanan Haram
Bukan itu sahaja, terdapat juga perbuatan dosa yang semakin dipandang rendah oleh segelintir umat Islam pada hari ini iaitu makan makanan haram seperti minum arak.
Sama seperti yang sebelumnya, individu yang melakukan dosa ini juga tidak diterima ibadahnya selama 40 hari.
Hadis diriwayatkan daripada Abdullah Bin Amru, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“لَا يَشْرَبُ الخَمْرَ رَجُلٌ مِنْ أمَّتِي فَيَقْبَلُ اللهُ مِنْهُ صَلَاةً أَرْبَعِينَ يَوْمًا”
Maksudnya: “Tidaklah seseorang dari umatku yang meminum arak kecuali Allah tidak menerima solatnya selama 40 hari.”
#4. Hasad Dengki
Amalan dosa terakhir adalah bersifat hasad dengki dengan individu lain.
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ”
Maksudnya: “Hendaklah kalian menjauhi sifat hasad dengki, kerana ia menghapuskan kebaikan, sepertimana api menghanguskan kayu.”
Sunan Abi Dawud (4903)
@soal.jawab.agamau #uai #ustazazharidrus #soaljawabagama #ceramah #dakwah_islam#fypシ゚viral #fyp ♬ bunyi asal – SOAL JAWAB AGAMA(UAI)
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ustaz Wadi Annuar Kongsi Amalan Agar Sentiasa Murah Rezeki
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Rukun Qauli Yang Wajib Dilakukan Setiap Kali Menunaikan Solat, Jangan Sia-Siakan Ibadah Anda [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Betul Ke Balasan Berzina Akan Turun Kepada Keturunan? Ustaz Adnin Beri Penjelasan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram