[Video] “Tunggu Masa” – Individu Dakwa Wujud Lubang Benam Di Sri Petaling
Seorang pengguna TikTok (@zoulbs) mendakwa wujudnya tanah mendap berhampiran sebuah kondominium di Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada 23 Ogos, negara dikejutkan dengan berita seorang wanita warga India, Vijaya Lakshmi Gali, yang terjatuh ke dalam lubang benam di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Malah beberapa minggu kemudiannya, beberapa kejadian tanah mendap yang dilaporkan termasuklah di Masjid India berhampiran insiden pertama dan longkang runtuh di Kampung Kerinchi.
Walaupun insiden-insiden ini terpencil, namun sesetengah masyarakat tetap berasa risau dengan sebarang kebarangkalian yang tidak diingini.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Terjerlus Di Masjid India: Suami Dedah Dengar Jeritan Isteri Sebelum Senyap
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Satu Lagi Kejadian Tanah Mendap Di Masjid India
Baca Artikel Berkaitan: Punca Tanah Jerlus Di Kampung Kerinchi Bukan Disebabkan Oleh Paip Pembetungan Awam – IWK
Dakwa Wujud Lubang Benam Di Sri Petaling
Terbaharu, tular satu video di TikTok (@zoulbs) yang mendakwa wujudnya lubang benam berhampiran sebuah kondominium di Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Video tersebut menunjukkan bahawa terdapat satu lubang didakwa sebagai lubang benam di kawasan kaki lima tepi jalan dan berhampiran sebatang pokok.
“DBKL sila ambil perhatian. Jangan sampai dah tenggelam baru nak bertindak,” katanya.
Dakwa Lubang Besar Sehingga Ke Bawah Jalan Raya
Menurut Zoul, lubang tersebut kelihatan dalam dan besarnya sehingga sampai ke kawasan bawah jalan raya, namun ianya tidak begitu jelas di dalam video yang dirakam.
Melihat kepada video yang dikongsi, lubang terbabit sememangnya kelihatan agak dalam. Malah, terdapat sampah sarap yang dibuang ke dalamnya.
Malah dia turut mendakwa bahawa pokok yang berada di tepi lubang itu berpotensi tumbang.
Orang Ramai Gusar Dengan Kewujudan Lubang Itu
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai merasakan hanya menunggu masa sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku disebabkan oleh kewujudan lubang itu. Malah, seorang individu turut mendakwa terdapat banyak lagi lubang sedemikian di kawasan berhampiran.
Ada juga yang merasakan lubang itu sendiri sudah mendatangkan bahaya terutamanya kepada kanak-kanak kecil yang boleh terjatuh ke dalamnya.
Dalam pada itu, beberapa pengguna turut mendakwa bahawa lubang tersebut sudah lama wujud, malah sejak tahun 2011 lagi.
Di samping itu, seorang individu meminta agar kewujudan lubang itu dilaporkan kepada pihak berkuasa atau bomba.
Masyarakat turut mempersoalkan tindakan meletakkan meja dan kerusi makan di kaki lima tersebut yang sebenarnya bertentangan dengan undang-undang.
Seorang pengguna TikTok meminta agar perkara itu dimaklumkan kepada peniaga supaya mereka tidak lagi meletakkan meja makan di situ.
Kes Lubang Benam Di Kuala Lumpur Adalah Terpencil
Sebelum ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif pernah berkata kajian awal pihak Geosains Malaysia (JMG) mengesahkan tanah di Masjid India adalah selamat dan sesuai untuk aktiviti pembangunan.
Malah, satu hantaran mengenai bencana geologi menjelaskan bahawa lubang benam yang terbentuk adalah bersifat lokaliti dan kecil.
Tambahnya, ia tidak seharusnya diperbesarkan dan menyebabkan ketakutan umum kerana setiap pembangunan yang berlaku melibatkan kajian-kajian yang teliti.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Wanita Terjerlus Di Masjid India: Datuk Bandar Nafi Dakwaan KL Tak Selamat
Baca Artikel Berkaitan: Ahli Geosains Jelaskan Tentang Formasi Batu Kapur Di Kuala Lumpur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.