Now Reading
[Video] Singa Di Zoo Johor Tidur Hingga Meleleh Air Liur & Terkangkang Bikin Ramai ‘Geram’

[Video] Singa Di Zoo Johor Tidur Hingga Meleleh Air Liur & Terkangkang Bikin Ramai ‘Geram’

Beberapa individu lain yang pernah berkunjung ke Zoo Johor berkata mereka turut melihat singa di sana sering tidur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Salah satu aktiviti yang menjadi pilihan rata-rata keluarga, terutamanya ketika musim cuti sekolah atau pada hujung minggu adalah berkunjung ke zoo.

Biasanya cuma dapat tengok dalam skrin telefon atau dalam kartun animasi, anak-anak pasti teruja melihat haiwan liar seperti harimau, singa dan gajah secara depan-depan.

Namun ibu bapa diingatkan agar mengawal anak-anak apabila berkunjung ke zoo atau ‘petting zoo’ agar tidak mencederakan atau dicederakan oleh haiwan yang ada di sana.


Singa Membuta Sehingga Meleleh Air Liur & Terkangkang

Seorang pengguna TikTok, Syariliza, berkongsi keadaan di salah satu kandang haiwan apabila berkunjung ke Zoo Johor baru-baru ini.

Video yang tular menyaksikan dua ekor singa yang berada di kawasan tempat tinggal mereka di zoo tersebut.

Namun harapan menyaksikan singa yang bergaya, garang dan ‘handsome’ tidak menjadi. Sebaliknya, pengunjung disajikan dengan dua ekor singa betina yang sedang tidur!

Realiti tak sama dengan apa yang diharapkan 😹

Bukan itu sahaja, video tersebut turut menunjukkan seekor singa tertidur sehingga meleleh air liurnya, manakala seekor lagi tidur di bahagian bawah dalam keadaan terkangkang. Tak senonoh betul!

Walaupun kedua-dua singa itu dilihat sedang tidur, namun mereka sememangnya kelihatan amat gemuk dan dalam keadaan yang sihat.

https://www.tiktok.com/@syariliza/video/7419940038408031506

Dalam satu video lain yang dikongsikan oleh Sya, dapat dilihat seekor harimau pula sedang sedap berendam di dalam air. Sampai tertutup mata tu!

Menerusi keadaan kedua-dua spesies ‘big cats’ ini, dipercayai bahawa Zoo Johor sememangnya menjaga haiwan-haiwannya dengan baik.

https://www.tiktok.com/@syariliza/video/7420072306900339976

“Singa Kat Zoo Johor Semua Tidur Tak Sopan” – Pengguna TikTok

Di ruangan komen, orang ramai yang pernah berkunjung ke Zoo Johor menceritakan mereka turut berdepan dengan perkara sama apabila tiba di kandang singa.

“Saya pergi dua kali Zoo Johor, semua singa tidur. Makan gaji buta betul,” seloroh seorang pengguna TikTok.

Selain itu, orang ramai turut memuji zoo tersebut kerana memberi makanan yang secukupnya buat singa-singa yang berada di sana. “Binatang kat Zoo Johor semua gemuk sebab makan dan kuat tidur,” kata seorang individu.

Malah, ada juga yang menyamakan kedua-dua ekor singa itu dengan kucing, terutamanya Oyen, yang sering tidur pada sebelah pagi.

Seorang individu dalam pada itu mencadangkan agar Zoo Johor dibuka pada waktu malam atau ‘night safari’. Mungkin kalau datang malam baru kita boleh tengok singa-singa ni aktif!


Singa Haiwan ‘Crepuscular’, Aktif Pada Waktu ‘Twilight’

Orang ramai pasti menganggap bahawa singa merupakan seekor haiwan yang bersifat nokturnal, iaitu aktif di waktu malam. Namun perkara ini sebenarnya tidak berapa tepat.

Menurut Zoo Atlanta, singa sebenarnya merupakan haiwan yang bersifat ‘crepuscular‘ dan aktif pada sebelah petang sebelum matahari terbenam, serta waktu subuh sebelum matahari terbit, atau ‘twilight’.

Namun begitu, singa juga akan memburu pada sebelah siang jika di kawasannya terdapat sumber air yang menarik kedatangan haiwan mangsa.

Di samping itu, haiwan karnivor tersebut banyak tidur kerana pengambilan banyak protein memerlukan usaha yang tinggi untuk dihadamkan.

Sumber gambar: Unsplash

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Pekerja Zoo Selamatkan Anak Kucing Dalam Kandang Harimau Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kerana Sukakan Haiwan, Zoo Negara Raikan Pasangan Pengantin Dengan Meriah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd