“Siap Ajak Rakan Lain” – Doktor Dedah Murid Sekolah Rendah Layan Website Porno
Menurut Dr Shazwanie Azeera, seorang murid sekolah rendah telah menulis pautan laman lucah pada halaman sebuah buku cerita selain mengajak rakan lain untuk melayarinya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Memang tidak dinafikan, zaman kini setiap daripada kita tersedia dengan kemudahan teknologi canggih. Ia bukan sahaja dilihat digunakan oleh golongan dewasa sahaja, malah ramai juga pelajar sekolah sudah terbiasa dengan gajet-gajet ini.
Walaupun ramai di antara mereka menggunakan telefon bimbit untuk tujuan belajar, namun ada juga segelintir yang menyalahgunakannya.
Sebelum ini, pakar motivasi dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi berpendapat bahawa ramai pelajar menggunakan telefon untuk benda yang melalaikan. Sebagai contoh terdedah dengan tarian ‘jedag-jedug’, perkataan kasar serta mencarut, konten lucah dan banyak lagi.
Baca Artikel Berkaitan: “Terdedah Konten Seksual” – Pakar Anggap Telefon Bukan Satu Keperluan Untuk Pelajar Sekolah
Doktor Kongsi Kisah Perangai Anak Murid Sekolah Rendah
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang doktor kecemasan dan trauma, Dr Shazwanie Azeera (@wanieazeera) berkongsi kisah yang dilalui oleh kakak iparnya yang juga seorang guru sekolah.
Menurut kakak ipar Dr Shazwanie, dia mendapati anak murid melakukan sesuatu perkara yang pelik sewaktu dirinya sedang memantau kelas darjah 5 dan 6 di dalam bilik pelajar pemulihan.
Para pelajar tersebut telah diberikan buku cerita agar mereka boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti membaca sewaktu kelas sedang berlangsung.
Cikgu Terkejut Murid Kongsi Pautan Laman Lucah
Apabila para pelajar pulang ke bilik darjah masing-masing, dia mendapati salah seorang murid telah menulis pautan laman mencurigakan pada halaman buku cerita.
“Kakak ipar saya pun kemaslah buku-buku yang bersepah tu. Ada satu buku cerita ni, buku tentang hamster. Bila dia kemas-kemas, dia nampak tulisan dekat situ, ada website dan tulisan, ‘Nanti buka laman web ni sebab ada cerita kartun’,” ujar Dr Shazwanie.
Oleh disebabkan naluri yang kuat dan perasaan tertanya-tanya, si cikgu telah membuka pautan laman itu. Namun lain pula daripada sangkaannya, apabila laman tersebut sebenarnya adalah website pornografi.
“Mereka mengajak pula budak-budak lain untuk jadi macam mereka juga (melayan laman lucah). Dekat mana benda-benda ni bermula? Ibu bapa kena perhatikan apa yang disajikan kepada anak-anak.
“Sekarang ni kan zaman teknologi. Anak-anak dah mula ada gajet dan sebagainya. Takut sebab kadangkala, kita dah jaga anak kita betul-betul tapi anak orang lain yang mengajar. Atau orang lain serta keluarga sendiri yang mengajak.
Di akhir perkongsian, pakar berkenaan turut berharap agar golongan ibu bapa boleh mendidik anak tentang perkara yang betul dan juga salah.
@wanieazeera Antara pekerjaan yang mencabar bagi sy adalah GURU. Kena hadap lebih dari 30 perangai dan background dalam satu hari. Kalau anak murid dh biasa dgn benda aneh, cikgu antara orang yang secara sukarela nak betulkan balik anak2 murid atas dasar tanggungjawab, cikgu juga antara mereka yang pertama dpt detect atau lihat perubahan aneh pd anak murid. Nama pun ANAK murid, kdg2 anggap mcm anak sendiri sebab nak bentuk mereka supaya x hanyut.
♬ original sound – WanieAzeera
Orang Ramai Bimbang Dengan Isu Anak Muda Semakin Terdedah Dengan Perkara Lucah
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat meluahkan kebimbangan mereka dengan masalah anak-anak yang semakin terdedah dengan konten porno.
“Allahuakbar seramnya doktor. Saya belum ada anak dah risau nak didik budak-budak zaman sekarang. Ada adik tingkatan 1 selalu nasihat jangan kawan dengan budak-budak (berkelakuan) tak senonoh,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ramai berpendapat tidak memberikan anak-anak kecil telefon bimbit adalah langkah terbaik bagi membendung masalah ini.
“Sebab itulah saya tak nak bagi anak telefon. Walaupun dia mengadu kawan dia semua ada telefon, tapi saya cakap kalau nak telefon tunggu habis sekolah,” ujar seorang ibu.
Sementara itu, ramai juga berkongsi kisah mereka berdepan dengan kanak-kanak yang semakin terdedah dengan isu sebegitu.
“Betul doktor. Anak saya tadika umur 5 tahun dah pandai tunjuk isyarat jari tengah. Saya marah dia, dia cakap kawan dia ajar. Dia sendiri tak tahu apa maksud tu,” jelas seorang wanita.
Baca Artikel Berkaitan: Perbualan Tidak Senonoh Kanak-Kanak Tahun 4 Di Grup WhatsApp Jadi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Perlu Terbuka Didik Anak Tentang Seks Demi Elak Masalah Ketagihan Pornografi – Pakar
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram