Now Reading
[Video] Kieda Crepe Titip Nasihat Buat Anak Yang Dibuli Di Sekolah Buat Ramai Sebak

[Video] Kieda Crepe Titip Nasihat Buat Anak Yang Dibuli Di Sekolah Buat Ramai Sebak

Menurut usahawan Kieda Crepe, rakan sekelas telah ‘angkat tangan’ dan mengejek anak lelakinya sewaktu berada di sekolah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes melibatkan gejala buli di sekolah dilihat semakin berleluasa tidak kiralah di peringkat sekolah menengah ataupun di sekolah rendah. Kadangkala perbuatan ini boleh terjadi disebabkan oleh perselisihan faham, namun ia boleh juga berlaku akibat pengaruh rakan sebaya yang lain.

Seperti sebelum ini, anak perempuan kepada influencer Norreen memaklumkan bahawa dia telah diejek dan dipanggil dengan gelaran ‘gemuk’ oleh rakannya.

Mendengar luahan hati tersebut, Norreen luluh hati dan rasa kecewa apabila anak perempuan kesayangannya yang baru sahaja berumur 8 tahun pada ketika itu terpaksa mengharungi situasi sedemikian.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Luluh Hati Seorang Ibu” – Influencer Terkilan Anak Luah Pernah Kena Ejek Di Sekolah


Kieda Crepe Bagi Semangat Buat Anak Yang Dibuli Di Sekolah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan usahawan dan influencer Siti Nur Khalieda Yusra atau lebih dikenali sebagai Kieda Crepe (@kiedacrepepenang) sedang menasihati dan memberi kata-kata semangat kepada anak lelakinya, Aqeef kerana dikatakan dibuli di sekolah.

“Terima kasih sebab try hard ganggu mental kami. Cari salah anak kami sedangkan anak tuan puan dulu angkat tangan mengaku buat anak kami,” jelas Kieda di kapsyen perkongsian.

Menerusi klip berkenaan, Kieda memberitahu bahawa anaknya itu ditempatkan di kelas yang baru. Selain itu, wanita tersebut turut mengingatkan si kecil untuk tidak melakukan sebarang keganasan sekiranya rakan sekelas bertindak mengejek dirinya sekali lagi.

“Kalau dia cakap crepe mak kau tak sedap, mak kau tak lawa, hitam ke biarkan je dia. Abang pergi cakap dekat cikgu, abang jangan buat dia.

“Kalau abang buat, dia mengadu dekat mak dia. Mak dia mengadu dalam group (kelas) lepas tu cakap abang buat dia, sedangkan sama-sama sakitkan hati orang,” kata Kieda kepada anaknya.


Kieda Harap Anak Banyak Bersabar Jika Ada Yang Uji

Sementara itu, Kieda juga menasihati anaknya untuk lebih tenang mengendali individu yang banyak menguji kesabaran.

“Tak kisahlah orang buat atau ejek kita, abang tu orang yang baik. Abang pandai kan? Abang jangan buat orang, dengar cakap ibu tahu,” ujar Kieda lagi.

https://www.tiktok.com/@kiedacrepepenang/video/7420236493744016658

Kieda Minta Ibu Bapa Si Pelaku Jangan Libatkan Anak

Dalam hantaran yang lain, Kieda berkata anaknya sudah dipindahkan kelas akibat permasalahan yang berlaku di antara Aqeef dan rakan sekelasnya.

“Tak suka dekat saya jangan babitkan anak. Pengalaman ini bukan sahaja mematangkan Kieda, tapi insya-Allah akan mematangkan juga keadaan mental anak,” ujarnya.

Bahkan Kieda juga bertindak menasihati para ibu bapa agar tidak menyalahkan pihak lain secara melulu jika masalah seperti ini berlaku lagi.

“Saya mohon tuan puan jangan mudah salahkan anak orang. Ajarlah anak tuan puan yang pandai mengejek dan mengganggu mental sampai orang marah. Selepas itu, berlakulah pergaduhan di kalangan kanak-kanak,” kata Kieda dalam satu tangkap layar dari group WhatsApp kelas Aqeef.

https://www.tiktok.com/@kiedacrepepenang/video/7420258893764234503

Ramai Simpati Dengan Nasib Anak Kieda Yang Dibuli Di Sekolah

Menjengah ke ruangan komen, ramai berasa sebak melihat perkongsian ini selain berasa kasihan terhadap perkara yang harus dilalui oleh Aqeef di sekolah.

“Apa salah anak dia sampai anak dia pun nak diusik. Allah, aku pantang betul kalau bab budak-budak ni,” kata seorang individu.

Malah ada yang berkata bahawa masalah buli yang berterusan akan mengganggu anak-anak untuk belajar.

“Bahaya jenis kacau mental budak kecil. Kes ni punca anak malas nak pergi sekolah. Semoga terus kuat Aqeef,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga kecewa dengan sikap segelintir ibu bapa yang mempertahankan si kecil walaupun tahu anak mereka memulakan pergaduhan dulu.

“Ada ya ibu bapa yang sokong anak walaupun anak dia yang salah dan mula dulu. Sedih tahu kalau jumpa mak ayah macam ni. Tak marah cuma sedih, risau anak tu bila besar jadi macam mana,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@kiedacrepepenang)

3 Saluran Disediakan Oleh KPM Untuk Buat Aduan Tentang Kes Buli

Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat atau tahu tentang sebarang gejala buli di sekolah, anda boleh membuat aduan kepada tiga saluran utama yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Berikut adalah tiga saluran khas tersebut:

Baca Artikel Berkaitan: KPM Tambah Warden Asrama Bagi Elak Kes Buli

Baca Artikel Berkaitan: Pengguna Twitter Dakwa ‘Selfie’ Ain Husniza Undang Komen Negatif & Risiko Jadi Mangsa Buli Siber


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd