Now Reading
[Video] Individu Didakwa Berlakon Jadi OKU Untuk Raih Simpati Ketika Berniaga

[Video] Individu Didakwa Berlakon Jadi OKU Untuk Raih Simpati Ketika Berniaga

Apa yang mengejutkan adalah apabila lelaki berkenaan dikatakan hanya berlakon sebagai OKU selepas dilihat boleh berdiri dan menyimpan kerusi roda berkenaan di dalam sebuah kereta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) adalah individu yang perlu dilayan dengan baik kerana mereka mempunyai beberapa kekurangan fizikal.

Apabila melihat kekurangan tersebut, ia membuatkan sesetengah masyarakat berasa kasihan dan berlembut hati untuk membantu mereka dengan cara menghulurkan sedekah.

Namun siapa sangka, segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dikatakan telah mengambil kesempatan atas sifat baik hati rakyat Malaysia dengan melakukan perbuatan tidak sepatutnya.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dikecam Kerana Buat Konten Pura-Pura Cacat Lepas Masuk Tandas OKU [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Atlet Paralimpik Luah Rasa Kesal Tindakan Lelaki Normal Masuk Tandas OKU Untuk Basuh Baju

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pasangan Selamba Parkir Di Tempat OKU, Bagi Alasan Hanya Mahu Guna Sekejap Sahaja


Lelaki Dipercayai Pura-pura Berlakon Seperti Orang Kurang Upaya (OKU)

Menerusi satu video dimuat naik di laman TikTok (@demirakyatchannel), seorang lelaki yang memakai kopiah berwarna putih menjadi perhatian ramai apabila dia didakwa berpura-pura menjadi individu OKU.

Dalam video tersebut, individu berkenaan dilihat sedang duduk pada sebuah kerusi roda yang kebiasaannya digunakan oleh golongan kurang upaya.

Sementara itu, dia turut membawa sebuah troli bersamanya sebagai tempat untuk meletakkan beg di sebelahnya.

Sumber: TikTok @demirakyatchannel

Namun apa yang mengejutkan adalah apabila lelaki berkenaan dikatakan hanya berlakon sebagai OKU selepas dilihat boleh berdiri dan menyimpan sendiri kerusi roda berkenaan di dalam sebuah kereta.

Boleh dikatakan individu tersebut berkemampuan untuk bergerak seperti manusia yang sihat.

Situasi tersebut yang sempat dirakam oleh seorang individu itu telah meraih perhatian orang ramai sehingga meraih 366,100 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.


Masyarakat Beri Pelbagai Reaksi Selepas Lihat Situasi Yang Berlaku

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh orang ramai apabila melihat keadaan sebenar seorang lelaki yang dikatakan berpura-pura menjadi OKU itu.

Situasi berkenaan membuatkan sesetengah masyarakat mula berasa ragu-ragu untuk memberi sedekah kepada golongan tersebut.

Malah, mereka turut memilih untuk menderma kepada geng busker dan persatuan kebajikan haiwan jalanan berbanding mereka yang meminta sedekah sambil duduk di atas kerusi roda.

“Sebab tu aku lebih suka bagi dekat geng busker sebab mereka kerja untuk menghiburkan orang,” kata seorang netizen.

Namun, wujud juga seorang pengguna media sosial yang berpendapat mungkin individu tersebut mempunyai masalah kesihatan seperti yang dialami oleh suaminya.

“Rasa dia tak boleh berdiri lama dan tak boleh berjalan jauh, duduk lama pun tak boleh. Ini keadaan suami saya slip disc, kalau pergi mengundi memang dia kena naik kerusi roda,” kata netizen.

Ada segelintir pengguna TikTok pula berpendapat bahawa tindakan itu tidak salah kerana lelaki tersebut tidak melakukan aktiviti mencuri duit seseorang.

“Biar jelah selagi dia tak mencuri duit rakyat,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Kejadian Seperti Ini Pernah Berlaku

Situasi yang berlaku melibatkan individu yang berpura-pura berlakon seperti golongan OKU ini bukanlah kali pertama berlaku.

Sebelum ini, pernah tular juga beberapa rakaman yang sempat diambil oleh orang awam selepas melihat individu yang kononnya OKU buta penglihatan meminta sedekah berjalan masuk ke dalam sebuah kereta mewah jenis Toyota Alphard.

Malah, ada juga yang pernah ‘kantoi’ mengira wang yang disorok meskipun berlakon sebagai orang buta.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd