Now Reading
Selain Duduk Antara 2 Khutbah, Ini Senarai Syarat Sah Khutbah Jumaat. Wajib Qada Solat Zohor Jika Tertinggal

Selain Duduk Antara 2 Khutbah, Ini Senarai Syarat Sah Khutbah Jumaat. Wajib Qada Solat Zohor Jika Tertinggal

Antara lain-lain syarat sah khutbah Jumaat adalah khatib perlu suci dari hadas dan najis serta membaca rukun khutbah dalam bahasa Arab.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Para Muslimin diwajibkan menunaikan solat Jumaat sebagai salah satu ibadah fardu ain.

Dalam menjalankan solat Jumaat, wajib pula diadakan khutbah Jumaat sebagai salah satu syarat sah solat itu. Jika khutbah tidak sah, maka solat Jumaat juga menjadi tidak sah.

Itulah yang terjadi di sebuah surau di Pulau Pinang baru-baru ini sehingga para jemaah diminta mengqadakan solat Zohor sebagai ganti solat Jumaat yang tidak sah.


Khutbah Jumaat Tak Sah Jika Khatib Tidak Duduk Antara 2 Khutbah

Dalam kejadian di Pulau Pinang itu, solat Jumaat yang dijalankan di sana menjadi tidak sah kerana khatib tidak melakukan salah satu syarat sah khutbah, iaitu duduk berserta tomakninah (berhenti seketika) antara dua khutbah.

Satu video yang dikongsikan oleh Masjid Bandar Seri Putra (BSP) di TikTok menerangkan tentang syarat-syarat sah khutbah Jumaat yang mungkin ramai tidak tahu.

Katanya, ilmu ini wajib diketahui oleh para jemaah agar boleh bersedia dan mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kesilapan yang menyebabkan khutbah tidak sah.

Selain daripada duduk di antara dua khutbah, khatib yang menyampaikan khutbah juga perlu suci daripada hadas dan najis. Begitu juga di kawasan mimbar yang menjadi tempat memberi khutbah.

Sumber gambar: Malay Mail

Baca Rukun Dalam Bahasa Arab Syarat Sah Khutbah Jumaat

Di samping itu, terdapat juga lima rukun khutbah yang perlu dilakukan ketika menyampaikannya pada para jemaah iaitu:

  • Memuji Allah SWT
  • Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  • Pesanan untuk bertakwa
  • Mendoakan orang beriman pada khutbah kedua
  • Membaca satu ayat al-Quran

Menurut Masjid BSP, bacaan rukun-rukun khutbah ini dalam bahasa Arab serta didengari oleh 40 orang yang baligh dan bermastautin merupakan antara syarat sah khutbah Jumaat.

Tambahnya lagi, rukun khutbah pertama, khutbah kedua dan solat Jumaat perlu dilakukan secara mualat, iaitu tiada pemisah yang lama di antara ketiga-tiganya. Ini bermaksud khatib tidak boleh berhenti dengan lama untuk melakukan perkara lain seperti makan.

Merujuk kepada laman web eCentral, syarat-syarat sah khutbah Jumaat yang lain adalah:

  • Telah masuk waktu Zohor.
  • Khutbah disampaikan sebelum solat Jumaat.
  • Khatib seorang lelaki.
  • Khatib hendaklah berdiri jika mampu.
  • Khatib hendaklah menutup aurat.
  • Khutbah hendaklah disampaikan dengan jelas dan terang sehingga dapat didengar dan difahami oleh sekurang-kurangnya 40 orang jemaah.
Sumber gambar: Pexels

Apa Perlu Buat Jika Sedar Khutbah Jumaat Tidak Sah?

Dalam keadaan khutbah Jumaat menjadi tidak sah dan disedari, khutbah tersebut perlulah diulang semula, walaupun setelah menunaikan solat Jumaat. Kegagalan mengulang semula khutbah akan menjadikan solat Jumaat tidak sah.

Namun jika disedari setelah jemaah pulang dari solat Jumaat seperti dalam kes di surau di Pulau Pinang dahulu, mereka perlu menggantikan dengan solat Zohor empat rakaat seperti biasa dan tidak dikira berdosa.

Malah jika perkara itu disedari beberapa hari kemudian dan dimaklumkan kepada jemaah, mereka juga perlu mengqadakan dengan solat Zohor.

@masjidbspofficial

Walaupun kita bukanlah seorang khatib, tetap wajib kita tahu ilmu ini supaya kita boleh bersedia untuk bertindak sekiranya berlaku kesilapan ketika khutbah disampaikan. #khutbahjumaat #solatjumaat #masjidbandarseriputra #rxz_members_official #rxz

♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra – Masjid Bandar Seri Putra

Sunat Pegang Tongkat Ketika Khutbah

Selain daripada syarat sah dan rukun solat Jumaat, Masjid BSP turut menerangkan berkenaan memegang tongkat ketika khatib menyampaikan khutbah. Katanya, ia merupakan salah satu perkara sunat dilakukan dan bukanlah syarat sah.

Tambahnya, jika tongkat khas di mimbar hilang, ia bolehlah digantikan dengan apa-apa barang yang sesuai dijadikan tongkat, termasuklah tripod kamera.

Menurut Pejabat Mufti Negeri Pahang, antara sunat dan adab berkhutbah termasuk:

  • Khatib berdiri di atas mimbar ketika menyampaikan khutbah.
  • Memulakan khutbah dengan memberi salam.
  • Khutbah hendaklah jelas, mudah difahami dan tidak terlalu panjang.
  • Khatib menghadap jemaah ketika berkhutbah.

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Tinggalkan Solat Jumaat Jika Hujan Lebat? Ini Penjelasan UAI [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Perlukah Solat Jumaat Jika Hari Raya Jatuh Pada Hari Jumaat? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd