Now Reading
“Kena Hormat Majlis” – Jurugambar Tegur Tetamu Pakai Selipar Ketika Hadir Kenduri Kahwin

“Kena Hormat Majlis” – Jurugambar Tegur Tetamu Pakai Selipar Ketika Hadir Kenduri Kahwin

Jurugambar ini berpendapat bahawa seseorang lelaki itu tidak perlu memakai sut lengkap ketika mahu menghadiri majlis perkahwinan seseorang, namun sekurang-kurangnya perlulah mengenakan kasut bertutup.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali dijemput ke majlis perkahwinan seseorang, antara perkara yang akan difikirkan adalah pakaian yang mahu dikenakan untuk menghadiri kenduri tersebut.

Bagi golongan wanita, kebiasaannya mereka akan memakai baju kurung, jubah, baju kebaya dan sebagainya untuk tampil ayu serta sopan semasa berjumpa dengan pengantin.

Kalau anda perasan, pemakaian kaum lelaki lebih ringkas dan mudah. Pakai baju kemeja batik dan seluar panjang pun sudah kelihatan segak dan bergaya.


Jurugambar Tegur Pemakaian Kasut Tetamu Lelaki Ke Majlis Kenduri Kahwin

Menerusi satu video dimuat naik di laman TikTok (@zeecoooo), seorang jurugambar membuat teguran mengenai etika pemakaian tetamu yang menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

Perkara itu dibangkitkan selepas melihat semula gambar-gambar pengantin di atas pelamin bersama tetamu yang hadir.

Jurugambar itu meluahkan rasa tidak senang apabila wujud segelintir kaum lelaki yang hanya memakai selipar ketika menghadiri majlis persandingan tersebut.

Katanya, momen yang dirakam itu akan disimpan oleh pengantin sebagai kenangan. Justeru ia akan kelihatan tidak sedap untuk dilihat pada pandangan mata.

“Orang perempuan boleh pakai lawa-lawa, kenapa lelaki kena pakai macam ni eh?” soal jurugambar tersebut.

Gambar sekadar hiasan.

Mengulas tentang etika pemakaian itu, jurugambar ini meluahkan pendapatnya bahawa seseorang lelaki tidak perlu memakai sut lengkap ketika mahu menghadiri majlis perkahwinan seseorang.

Yang penting, kasut yang dipakai adalah jenis yang bertutup dan tidak menampakkan bahagian kaki.

“Bukan korang kena pakai suit ke tuxedo ke, tak payah macam tu. Pakai baju biar kena ikut kesesuaian majlis. Bukan pakai selipar macam nak pergi pasar,” ujar jurugambar berkenaan.

Video tersebut turut dimuat naik semula di laman X (@ricxxxxkiddo) dan meraih perhatian ramai.


Ramai Setuju Dengan Pendapat Jurugambar Tersebut

Rata-rata masyarakat turut meluahkan pandangan yang sama berkenan topik yang diperkatakan dan berpendapat pemakaian selipar serta baju jersi adalah tidak bersesuaian dengan etika bagi sesebuah majlis perkahwinan.

“Aku yang lelaki pun geram tengok lelaki selekeh pakai selipar macam ni pergi wedding,” kata pengguna media sosial.

Sesetengah individu menganggap mereka yang mengenakan pakaian tidak mengikut etika itu sebagai individu yang kurang beradab dan tidak sesuai untuk dibawa ke majlis formal.

“Kita anggap lelaki yang datang majlis formal pakai macam nak pergi kedai mamak ni tak hormat tuan rumah, tak beradab dan tak boleh bawa masuk majlis,” ujar netizen

Pada masa yang sama, masyarakat turut membandingkan etika pemakaian melibatkan golongan yang sudah berumur ketika hadir ke acara formal.

“Aku agak kagum dengan orang yang sudah berumur punya pemakaian. Pergi kenduri pakai baju batik atau baju kemeja. Tak adanya pakai selipar. Punyalah rajin,” kata seorang pengguna X.

Sumber: X

Contoh Outfit Lelaki Untuk Pergi Majlis Perkahwinan

Antara pakaian yang tidak sesuai untuk dipakai oleh golongan lelaki di majlis kenduri kahwin seseorang adalah:

  • Baju dan seluar sukan
  • Jersi bola
  • T-shirt kolar bulat
  • Baju tanpa lengan
  • Seluar pendek
  • Selipar
Gambar sekadar hiasan.

Bagi anda yang tidak tahu untuk cara bergaya dan kurang pandai untuk ‘mix and match’ pakaian bagi menghadiri majlis perkahwinan, jom kami kongsikan beberapa contoh.

Mana tahu contoh-contoh di bawah boleh menjadi sumber inspirasi untuk tampak lebih tampan!

https://www.tiktok.com/@blacklover669_/video/7150940481004883227


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd