Ibu Hamil Tidur Kurang 7 Jam Boleh Sebabkan Anak Lambat Cakap – PHM
Public Health Malaysia (PHM) berkata ibu hamil yang tidur kurang dari 7 jam berisiko melahirkan anak yang lambat berkembang sebagai contoh dari aspek sosial.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Berita bakal menimang cahaya mata baru sudah tentu membuatkan golongan ibu bapa akan berasa gembira. Mana tidaknya, ada di antara mereka yang terpaksa menunggu bertahun-tahun lamanya bagi mendapatkan anak.
Pun begitu, proses kelahiran itu sendiri bukanlah sesuatu perkara yang mudah lebih-lebih lagi buat si ibu yang perlu mengandungkan si anak selama 9 bulan.
Antara cabaran yang perlu dilalui oleh meraka sepanjang menunggu waktu kelahiran anak adalah seperti kekejangan kaki, loya serta muntah, badan bengkak, rasa lesu, kesukaran untuk tidur dan banyak lagi.
Ibu Hamil Tak Cukup Tidur Boleh Mudaratkan Perkembangan Anak
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @health_malaysia) apabila Public Health Malaysia (PHM) berkongsi tentang penjagaan yang perlu dititikberatkan oleh golongan ibu hamil.
Jelas PHM, sudah tentu ramai di kalangan ibu mahu cahaya mata yang dikandung membesar dengan sihat dan celik lebih-lebih lagi bab pelajaran. Bagaimanapun, rutin tidur yang tidak menentu oleh sesetengah wanita mungkin membawa kemudaratan kepada perkembangan si kecil.
Menurut PHM, kurang waktu tidur boleh melambatkan proses anak bertutur. Kajian terbaru yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism mendapati ibu yang tidur kurang dari 7 jam setiap malam berisiko tinggi melahirkan anak yang lambat berkembang dari segi sosial, emosi, dan percakapan.
Kajian yang melibatkan lebih 7,000 ibu dan anak ini mendedahkan bahawa golongan kanak-kanak lelaki lebih terkesan berbanding perempuan.
Faktor Ibu Mengandung Susah Untuk Tidur
Perlu diingatkan bahawa gejala sukar untuk tidur ini bukanlah disengajakan tetapi atas faktor perubahan hormon si ibu yang bertukar sepanjang waktu kehamilan.
Selain itu, ia juga boleh terjadi akibat si ibu yang rasa tidak selesa dan kerap mahu ke tandas.
Memetik Hello Doktor, ibu mengandung akan kerap membuang air kecil kerana tahap hormon progesteron dan human chorionic gonadotropin (hCG) yang meningkat.
Kesan Buruk Lain Ibu Hamil Kurang Waktu Tidur
Bukan sahaja boleh memudaratkan perkembangan fizikal dan emosi si anak, malah ibu yang mengalami Short Sleep Duration (SSD) juga berisiko mengalami diabetes sewaktu hamil, sekaligus boleh menjejaskan perkembangan otak kandungan.
“Data menunjukkan bahawa ibu yang tidur cukup mempunyai anak dengan perkembangan yang lebih baik, terutama dalam kemahiran sosial dan percakapan.
“Untuk mengelakkan risiko ini, ibu hamil disarankan menjaga corak tidur dengan tidur sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam.
Tidur yang mencukupi bukan hanya penting untuk kesihatan ibu, tetapi juga untuk perkembangan optimum anak dalam kandungan,” tambah PHM.
Nak anak pandai dan masuk universiti masa umur 12 tahun. Tapi tidur jam 12 tengah malam bangun 6 pagi.
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) September 29, 2024
Ibu hamil, tahukah anda kurang tidur masa mengandung boleh menyebabkan anak lambat bercakap? pic.twitter.com/X3LbT0Z6W9
9 Tips Tidur Lena Buat Ibu Hamil
Buat mereka yang sedang berada dalam proses kelahiran, sudah tentu anda mengimpikan waktu rehat yang mencukupi. Namun kadangkala, faktor seperti yang dinyatakan sebentar tadi membuatkan anda susah mendapatkan tidur lebih daripada 7 jam pada setiap malam.
Di sini kami kongsi beberapa tips yang anda boleh lakukan bagi mendapatkan tidur yang lena. Antaranya:
- Konsisten dengan waktu tidur yang sama pada setiap hari
- Memilih posisi tidur yang paling selesa
- Letakkan bantal tambahan pada bahagian belakang badan atau di antara kaki
- Lakukan senaman ringan pada waktu siang agar tidur lebih lena
- Kurangkan waktu rehat atau tidur pada siang hari
- Mandi atau berendam dalam air panas sebelum waktu tidur
- Makan dua hingga tiga jam sebelum waktu tidur
- Pentingkan waktu tidur bagi sepanjang dalam proses kehamilan
- Minum segelas ais susu suam sebelum tidur
Baca Artikel Berkaitan: First Time Nak Bersalin? Ini 5 Tips Yang Dikongsikan Oleh Para Ibu
Baca Artikel Berkaitan: 6 Kemahiran Yang Anak Bawah 2 Tahun Perlu Kuasai Sebelum Mereka Mula Bercakap
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Perlu Elak Skincare Yang Ada 6 Bahan Kimia Ini. Bahaya Untuk Kandungan!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram