“Comeback Is Real!” – Lelaki Berjaya Tangkap Ikan Lepas 1 Jam Disakat Rakan Buat Ramai Terhibur
Menerusi video tular, kendegaran rakan-rakan kepada lelaki bernama Aiman itu sedang memerli cara pemakaian selain tertawa dengan nasibnya yang sudah menunggu sejam untuk tangkap ikan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap daripada anda pasti mempunyai hobi tersendiri. Ada hobi yang menenangkan dan ada juga yang mencabar selain memerlukan kemahiran.
Sebagai contoh adalah memancing, senang cerita kalau nak dapatkan hasil sesuatu tangkapan tu memang bergantung kepada nasib masing-masing.
Jika tiada rezeki, memang pulang dengan tangan kosonglah jawabnya. Yang paling penting kena memancing dalam cuaca yang baik selain kena kuat bersabar.
Lelaki ‘Dibahan’ Oleh Rakan Lepas Sejam Tak Dapat Tangkap Ikan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan seorang lelaki dikenali sebagai Aiman (@aimansyazwan._) sedang berkongsi situasi dirinya sedang memancing di sebuah tasik di rumah inap sekitar Ayer Hitam, Alor Setar.
Menerusi video perkongsian, kelihatan Aiman dengan tenang menunggu umpannya dimakan oleh ikan. Namun, hasil menunggu selama 1 jam tidak membuahkan hasil di mana dia tidak berjaya menangkap satu pun hidupan laut tersebut.
Perkara yang mengundang perhatian adalah rakan-rakan yang turut sama berada di situ telah menyakat dan ‘membahan’ Aiman yang sabar menunggu.
“Kasihannya kawan kita seorang di sana. Tak dapat ikan keli, ikannya monyok sekali. Kalau aku jadi kau, aku balik Terengganu Man. Beria memakai topi, tapi ikan tak lekat-lekat lagi.
“Sebab Aiman ber-oufit (bergaya) kot. Ha! Kau tak pakai pakaian kampung, kau pakai seluar jeans. Macam mana ni, kesian kau Aiman,” kata rakan yang sedang tertawa sambil memerli lelaki berkenaan.
Aiman Bangga Lepas Berjaya Dapat Ikan
Tidak sempat si kawan berhenti menyakat, umpan Aiman secara tiba-tiba dimakan dan dia akhirnya berjaya menangkap seekor ikan keli yang besar!
Lebih mencuti hati adalah apabila Aiman menunjukkan reaksi yang tenang dan bangga kepada rakan-rakan yang asyik ‘membuli’.
“Wah! Bapak slay,” ujar si rakan yang tidak menyangka dengan situasi tersebut.
Perkongsian Aiman telah membuatkan ramai pengguna TikTok geli hati ramai yang mana video tersebut meraih jumlah tontonan sehingga 2.5 juta setakat artikel ditulis.
@aimansyazwan._ kena perli sebab 1 jam tak dapat ikan 😭 @AQIEL . . . Homestay : @Tamtehhomestay ♬ original sound – aimansyazwan ʕ•̫͡•ʔ
Ramai Terhibur Lihat Aiman Bangga Lepas Dapat Tangkap Ikan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat situasi berkenaan.
“Dia rileks tapi dalam hati terbakar sikit, tapi sekali dia bagi hasilnya wow!” ujar seorang wanita.
Malah ada yang berseloroh dengan berkata ikan di dalam tasik sedang ‘membantu’ agar Aiman tidak disakat lagi.
“Ikan: Bang aku makanlah umpan kau ni, sedih sangat hidupnya,” kata seorang lelaki.
Sementara itu, ada yang berkata perkara yang dilakukan oleh Aiman merupakan tips sebenar apabila sedang memancing.
“Tips dia sabar walaupun kena bahan,” jelas seorang pengguna TikTok.
Baca Artikel Berkaitan: “Bila Kau Naik Tangga, Tapi Kawan Naik Lif” – Gelagat Nenek Sakat Rakan Cuit Hati Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Baru Puji Dah Jatuh” – Gelagat Wanita Pertama Kali Belajar Naik Motor Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: “Dah Macam YB” – Gelagat Murid Salam Tangan Rakan Untuk Terima Duit Raya Bikin Ramai Terhibur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram