Now Reading
[Video] Wanita Kagum Rakan Muslim Sanggup Cuci Makeup Setiap Kali Berwuduk Untuk Solat

[Video] Wanita Kagum Rakan Muslim Sanggup Cuci Makeup Setiap Kali Berwuduk Untuk Solat

Wanita dikenali sebagai Shelenning itu berkata, dia menyedari ramai rakan-rakan Muslimnya akan membersihkan muka lalu mencuci makeup setiap kali mahu menunaikan solat fardu di tempat kerja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Alat solek cukup sinonim dengan wanita. Meskipun bukan semua, namun mereka yang bersolek akan menggunakannya setiap masa seperti keluar berjalan, majlis makan-makan mahupun bekerja.

Di sesetengah syarikat juga, ada majikan yang meminta pekerjanya memakai makeup sepanjang waktu bertugas terutamanya untuk kedai jenama kosmetik.

Buat wanita Muslim yang memakai makeup dalam rutin harian mereka pula, antara aspek menjadi keutamaan adalah untuk mencuci segala solekan di muka setiap kali mahu mengambil air wuduk.


Wanita Pelik Kenapa Rakan Muslimah Selalu Cuci Makeup Waktu Nak Solat

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan seorang wanita bukan Muslim dikenali sebagai Shelenning (@shelenning) berkongsi pengalamannya bekerja bersama beberapa orang wanita Muslim.

Menurut Shelenning , rakan-rakan sekerjanya akan menghilangkan diri ketika waktu rehat bagi mengerjakan solat. Jelas wanita ini, rakan-rakan tersebut akan bergilir-gilir ke tandas dan mencuci makeup masing-masing.

Dia kemudian tertanya-tanya mengapa mereka melakukan perkara tersebut. Rakan Shelenning kemudiannya menjelaskan bahawa perbuatan itu adalah satu tuntutan buat para Muslim iaitu menyucikan diri terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat.


Shelenning Kagum Dengan Kegigihan Rakan Cuci Makeup

Namun perkara yang membuatkan wanita ini kagum adalah mereka perlu mengerjakan solat berkenaan sebanyak lima kali sehari selain mempercayai rakan sekerjanya harus berbuat demikian (menghilangkan solekan) sekerap itu.

“Kalau awak perlu pakai makeup sepanjang masa macam mana? Sejujurnya saya tak tahu, tapi ‘kudos’ untuk korang,” kata Shelenning.

@shelenning Replying to @jasminezmn ♬ original sound – shelenning

Wajib Tanggalkan Makeup Kalis Air Ketika Nak Berwuduk

Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sekiranya ada mana-mana bahagian anggota wuduk yang tidak disentuh air walaupun sedikit, maka wuduk itu tidak dikira sah kerana tidak menepati rukun ditetapkan.

Rukun wuduk adalah seperti berikut:

  1. Niat
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku
  4. Menyapu sebahagian kepala
  5. Membasuh kedua belah kaki hingga buku lali
  6. Tertib 

Oleh disebabkan terdapat sesetengah bahan kosmetik yang bersifat kalis air (waterproof) sehingga menghalang air sampai ke kulit ketika berwuduk, maka diwajibkan untuk menanggalkannya dengan sempurna terlebih dahulu.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels/Info Muslim

Ramai Muslimah Rasa Segar Lepas Cuci Makeup & Berwuduk

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan reaksi yang positif kepada hantaran Shelenning.

Ada juga seorang individu yang menerangkan bahawa kebiasaannya para Muslimah ini hanya akan solat dua waktu sahaja ketika sedang bekerja iaitu Zohor dan Asar.

“Kita ada lima solat dalam sehari tetapi selalunya kami hanya sembahyang sekali atau dua kali sahaja (Zohor dan Asar) semasa waktu kerja. (Solat) selebihnya adalah pada waktu malam atau awal pagi.

“Jika kita masih dalam keadaan berwuduk, kami masih boleh guna wuduk yang sama untuk solat seterusnya,” ujar seorang wanita.

Malah, ramai wanita Muslim menekankan bahawa mereka tidak rasa dipaksa untuk melakukan ibadah ini.

“Walaupun sembahyang adalah tuntutan dalam Islam, tapi kami tak mengerjakannya disebabkan oleh ‘terpaksa’ tetapi kami tahu impak positif jika solat,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, segelintir berpendapat mengambil wuduk sekerap yang mungkin membuatkan wajah lebih segar.

“Segar bila basuh muka untuk berwuduk. Rasa bersih terutamanya waktu tengahari dan rasa lebih baik selepas solat. Alhamdulillah, semua puji bagi Allah,” kata seorang warganet.

Sumber: TikTok (@shelenning)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Wuduk Punca Umat Islam Jarang Dijangkiti Penyakit” – Saintis Dari Amerika Syarikat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd