Now Reading
“Mata Masuk Habuk” – Isteri Terjemah Tazkirah Dalam Bahasa Isyarat Buat Suami OKU Undang Sebak

“Mata Masuk Habuk” – Isteri Terjemah Tazkirah Dalam Bahasa Isyarat Buat Suami OKU Undang Sebak

Menerusi video tular, kelihatan wanita itu sedang dengan tenang menterjemahkan sesi tazkirah disampaikan oleh seorang ustaz kepada suaminya yang menghidap cacat pendengaran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, bukan semua di kalangan masyarakat dilahirkan atau dibesarkan dalam keadaan yang sempurna. Sebagai contoh, ramai juga rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Buat individu OKU, sudah tentu terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dilakukan seperti manusia normal yang lain sebagai contoh halangan bersukan, menyertai aktivti lasak di taman rekreasi dan sebagainya bergantung kepada keadaan masing-masing.

Pun begitu, kekurangan pada fizikal seseorang itu tidak menjadi penghalang buat OKU Muslim untuk mengejar pahala sama seperti insan yang lain.


Isteri Terjemah Tazkirah Guna Bahasa Isyarat Untuk Suami OKU

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Pyandoa (@pyandoa) berkongsi suasana sesi tazkirah di sebuah surau.

Menerusi video perkongsian, kelihatan para jemaah sedang fokus mendengar perkara yang disampaikan oleh seorang ustaz di rumah Allah itu.

Namun perkara yang mengundang perhatian apabila seorang isteri di bahagian saf wanita sedang menterjemah tazkirah disampaikan dalam bentuk bahasa isyarat buat si suami OKU dikenali sebagai Pok Zan yang berada di sebelahnya.

Pok Zan dipercayai mengalami kecacatan pendengaran yang mana dia memerlukan bantuan pasangannya untuk menterjemahkan sesi majlis ilmu tersebut.

“Tengok pasangan Pok Zan dan isteri, gigih mendalami majlis ilmu walau kekurangan. Semoga kita semua menjadi saksi untuk para Malaikat mencatat kebaikan untuk ditimbang kelak. Kita yang sempurna, jangan sibuk mencari alasan!” ujar Pyandoa.

@pyandoa Terselinap memerhati aksi psgan ni..wlau aku kurg paham..alih bhsanya..Masuk habuk mata.🥹😭😭.tengok psangan pok zan n isteri..gigih mendalami majlis ilmu wlau kekurangan…semoga kite semua menjadi saksi utk para Malaikat mencatat kebajikan bakal di timbang kelak…Kite yg sempurna..jgan sibuk mencari alasan….!! #Alihbahasa #Majlis ilmu #OKU ♬ original sound – 🎧 Lirik Pendek ✅ – caciu11

Ramai Sebak Lihat Si Isteri Gigih Berbahasa Isyarat Untuk Suami

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai sebak melihat isteri yang gigih menterjemah segala yang terkandung dalam sesi majlis ilmu tersebut.

“Saling melengkapi, percayalah salah seorang pergi nanti mesti lagi sorang separuh jiwanya pun pergi,” kata seorang individu.

Malah ada yang berharap agar pasangan itu boleh mendengar suara masing-masing semasa berada di alam akhirat nanti.

“Dekat syurga nanti sembang puas-puas. Gelak sama-sama. Semoga bahagia sampai syurga pakcik dan makcik,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga mendoakan agar kedua-dua suami isteri ini sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.

Sumber: TikTok (@pyandoa)

Anak Lelaki Pernah Tular Kerana Lakukan Perkara Sama Untuk Ibu Bapa OKU

Kalau anda nak tahu, satu kisah lebih kurang sama turut tular sebelum ini. Seorang pemuda yang juga anak kepada pasangan OKU telah menarik perhatian ramai kerana kegigihannya membantu ibu bapa sewaktu berada di majlis ilmu.

Kelihatan lelaki itu, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dan menterjemahkan setiap ilmu yang didengarinya ketika berada di ceramah berkenaan.

Apa yang mencuri tumpuan lagi, turut kelihatan kedua ibu bapanya sedang fokus kepada pemuda tersebut sepanjang dia menterjemahkan ilmu itu dalam bahasa isyarat. Besar ganjaran pahala untuk adik ni, insya-Allah.

Sumber: TikTok (@Nabilnazirol)

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Gigih Terjemah Bahasa Isyarat Pada Ibu Bapa OKU Ketika Hadiri Ceramah Agama [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Abang Askar Dipuji Lepas Bantu Pasangan OKU Lintas Jalan Ketika Raptai Hari Merdeka

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Rakan Tolong Pegang Makanan Murid OKU Di Sekolah Bikin Ramai Terharu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd