Now Reading
Berjaya Miliki Rumah RM700 Ribu, Pasangan Ini Simpan 20% Dari Gaji Selama 5 Tahun

Berjaya Miliki Rumah RM700 Ribu, Pasangan Ini Simpan 20% Dari Gaji Selama 5 Tahun

Pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga selama lima tahun itu telah berjaya membeli rumah jenis teres dua tingkat di Mambau, Negeri Sembilan dengan harga RM700,000.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila seseorang itu sudah meningkat dewasa, sudah tentu pelbagai benda yang diimpikan sebagai contoh memiliki aset yang banyak seperti kereta dan rumah.

Namun ia bukanlah satu perkara yang mudah bagi merealisasikan keinginan tersebut. Buat sesetengah individu yang hidup secara bersederhana, mereka harus bekerja keras untuk mengumpul duit dan menabung bagi mendapat jumlah sasaran untuk harta benda itu.

Walaupun ia mungkin ‘makan’ masa dan perjalanan agak lama, namun ia bukan sesuatu yang mustahil berlaku.


Beli Rumah Nilai RM700 Ribu Lepas 5 Tahun Berkahwin

Baru-baru ini, sepasang suami isteri menunjukkan bahawa usaha tidak henti bagi mendapatkan kediaman idaman jenis teres dua tingkat telah membuahkan hasil.

Mohd Sollehi Arshad, 31, dan isterinya, Munirah Mahmud, 30 telah membeli rumah tersebut di Mambau, Negeri Sembilan dengan harga bernilai hampir RM700,000! Memetik Harian Metro, mereka berjaya mengumpul duit bersama selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Berbicara tentang proses membeli rumah, Mohd Sollehi berkata dia bersama isteri pada awalnya melihat replika rumah berkenaan di pameran jualan rumah sewaktu sedang membeli-belah.

“Apabila melihat kepada lokasi dan ciri kediaman itu, kami merasakan ia sesuai untuk dimiliki. Saya dan isteri memang merancang membeli rumah sendiri kerana sebelum ini kami tinggal di rumah yang diberikan keluarga. Namun, tidaklah begitu serius dengan membuat tinjauan dan sebagainya.

“Namun, apabila mengunjungi pameran jualan itu dan penerangan jurujual, kami tertarik dengan konsep kediaman, lokasi dan paling penting ia berada berdekatan dengan rumah ibu bapa kami,” ujarnya.


Simpan 20% Daripada Pendapatan Untuk Beli Rumah Idaman!

Tambah si suami, segala proses untuk membeli kediaman pertama mereka berjalan dengan lancar dan mengambil masa singkat selepas ia diuruskan dengan baik oleh jurujual bertugas.

Perkara yang mengudang perhatian adalah pasangan itu dikatakan melakukan tabungan bersama iaitu menyimpan kira-kira 20% daripada pendapatan bulanan masing-masing.

“Pada saya, perkara paling penting untuk membeli rumah ini adalah dengan adanya simpanan yang baik dan ia membolehkan pihak bank yang ingin memberikan pembiayaan yakin dengan kemampuan kita.

“Setiap bulan saya dan isteri memang membuat tabungan bersama sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kami dikhaskan untuk tabungan dan digunakan untuk membeli perkara yang penting antaranya persediaan untuk membeli rumah,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Turut Agihkan Simpanan Untuk Kos Ubah Suai

Selain memastikan mereka mempunyai tabungan simpanan yang baik, si isteri juga mengambil berat tentang aspek kewangan semasa kerana rumah baru itu juga memerlukan perbelanjaan tambahan.

“Apabila kita sudah membeli rumah, bakal terdapat kos tambahan dari segi untuk pengubahsuaian dan juga hiasan dalaman supaya saya dan isteri dapat tinggal dengan selesa di dalam kediaman ini.

“Jadi, kami juga mempunyai simpanan supaya perbelanjaan selepas mendapat kunci kediaman dapat dilakukan dengan baik. Namun, ia harus dilakukan dengan mengikut kemampuan peribadi,” ujar Mohd Sollehi.


Beli Rumah Baru Di Kawasan Membangun

Pasangan berkenaan bukan sekadar membeli tempat tinggal baharu, mereka juga melabur bagi mendapatkan kawasan perumahan yang sedang membangun. Sekolah, kedai dan pusat perubatan semuanya kini dalam perancangan dan bakal tersedia di sana.

“Perkara ini penting supaya pada masa depan, sebagai penduduk memberi kemudahan untuk kami mendapatkan kemudahan berkenaan. Selain itu, kawasan ini juga berdekatan dengan laluan lebuh raya,” tambah si suami.

Lima tahun menyimpan untuk keselesaan seumur hidup? Memang berbaloi!


Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Beli Rumah Baru

Sebelum ini, seorang pengguna X pernah berkongsi beberapa faktor yang harus dititikberatkan sebelum membeli kediaman baru. Buat mereka yang sedang ‘house hunting’ mungkin tips ini berguna. Antaranya:

  • Jika beli rumah yang murah tetapi jauh dari tempat kerja, anda masih perlu menghabiskan duit untuk bayar petrol, penyelenggaraan kereta dan banyak lagi
  • Alamat rumah di tempat baru mungkin akan menentukan anak anda sekolah di kawasan mana
  • Mencari sebanyak mungkin ‘boosters’ yang berada di kawasan perumahan bagi memudahkan urusan harian. Contoh boosters adalah seperti pusat beli-belah, akses pengangkutan awam, hospital, taman rekreasi, sekolah dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Beli Rumah & Baru Dapat Kunci? Ini ‘Next Step’ Yang Anda Perlu Lakukan

Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Beli Rumah? Ini Tips Penting Beli Kediaman Yang Sesuai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd