[Video] “Persis Hotel Mewah!” – Penduduk PPR Bekerjasama Ubah Suai Kawasan Lif Jadi Lebih Cantik
Penduduk PPR Lembah Subang Jaya ini dipercayai berganding bahu sesama sendiri untuk menghias tingkat 6 bangunan perumahan tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui kawasan kediaman seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) merupakan salah satu rumah yang dibina oleh kerajaan dengan harga mampu milik.
Setiap kali ke PPR pasti ramai yang dapat mengambarkan bagaimanakah keadaan bangunan tersebut apabila ada yang dilihat kurang menarik dan ia sangat berbeza dengan perumahan strata seperti kondominium dan sebagainya.
Hal ini mungkin kerana PPR tidak mempunyai unit atau jabatan tertentu untuk melakukan kerja pembersihan dan ia bergantung kepada penduduk setempat. Malah bayaran untuk yuran pentadbiran teknikal juga jauh lebih murah berbanding perumahan strata yang lain.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Terus Jadi Kondo”- Penduduk PPR Bersatu Cantikkan Kediaman Raih Pujian
Rumah PPR persis hotel mewah
Namun berbeza dengan PPR di Lembah Subang Jaya ini apabila mereka tampil untuk menghias bangunan perumahan dengan lebih cantik dan setanding hotel mewah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Sulieza Sulaiman di TikTok, awalnya kelihatan bahagian lif di tingkat 6 blok D kurang memuaskan.
Malah jika dilihat pada dinding pada tingkat tersebut kelihatan terdapat kesan-kesan hitam dan baju disangkut pada hadapan rumah.
Bergotong-royong sesama jiran untuk dekorasi bahagian lif
Akan tetapi semuanya berubah menjadi mewah selepas penduduk di aras berkenaan bergotong-royong untuk mencantikkan bahagian lif berkenaan.
Dalam video kelihatan, mereka telah memperbaharui cat dinding agar ia kelihatan lebih segar dan cantik.
Manakala pada bahagian lantai pula, mereka telah menukarnya dengan memasang mozek bercorak marble dengan warna eksklusif iaitu hitam putih.
Siap letak lampu mewah seperti mini chandelier
Bukan hanya itu, di kawasan berkenaan mereka turut meletakkan lampu mewah seperti mini chandelier, serta kipas.
Di bahagian tangga pula, mereka turut menghiasinya dengan pokok serta meletakkan cermin untuk menaikkan seri pada bahagian tersebut.
Malah dinding pada anak tangga turut dihiasi dengan pelbagai bingkai gambar.
Dekorasi yang dihasilkan oleh penduduk di tingkat berkenaan secara tidak langsung telah memberikan nafas baharu kepada kawasan tersebut.
Ramai teruja dan puji rumah PPR macam kondominium
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut memuji penduduk di tingkat tersebut kerana ia persis kondo dan hotel mewah.
Malah ada yang mengatakan meskipun luaran kelihatan setinggan namun dalamannya seperti kondominium.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan semangat yang ditunjukkan oleh penduduk merupakan sesuatu yang sukar untuk dimiliki.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram