Now Reading
[Video] Cikgu Ajar Bahasa Inggeris Dengan Aktiviti Buat Puding Awan Di Kelas. Siap Guna Bahan Premium!

[Video] Cikgu Ajar Bahasa Inggeris Dengan Aktiviti Buat Puding Awan Di Kelas. Siap Guna Bahan Premium!

Cikgu tersebut berkata murid-murid kemudiannya diminta untuk membentangkan mengenai puding tersebut dalam Bahasa Inggeris.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi sesetengah orang, menyediakan hidangan buat orang sekeliling menjadi salah satu cara mereka menunjukkan rasa kasih sayang.

Seorang influencer di TikTok menjadi bualan ramai kerana gemar menghasilkan pencuci mulut buat ahli keluarga, jiran tetangga dan anak-anak muridnya.

Bukan itu sahaja, malah dia juga menggunakan bahan-bahan masakan yang berkualiti tinggi dan mahal dalam menghasilkan ‘dessert’ seperti kek batik.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Cikgu Buat Kek Batik Untuk Murid Guna Coklat Patchi Raih Perhatian Ramai


Aktiviti Hasilkan ‘Puding Awan’ Untuk Didik Bahasa Inggeris

Baru-baru ini, cikgu yang digelar Mr Ali itu menceritakan bahawa dia mengadakan aktiviti membuat ‘puding awan’ bersama anak-anak muridnya di dalam kelas Tahun 5.

Yang menariknya, aktiviti itu bukan dilakukan sekadar untuk bersuka-ria, tapi demi mendidik anak-anak muridnya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Oleh itu, dia membiasakan anak murid dengan bertutur dalam Bahasa Inggeris ketika melakukan aktiviti tersebut.

Tambahnya, dia menggunakan bahan-bahan semula jadi, termasuklah bunga telang dan buah naga bagi menghasilkan warna. Bukan sahaja ada awan, namun ada juga puding berbentuk kapal terbang yang kelihatan seperti sedang terbang di langit!


Murid Perlu Bentangkan Hasil Yang Dicipta Dalam Bahasa Inggeris

Menurut Ali, dia telah menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diikuti oleh anak muridnya untuk menyediakan puding tersebut. Para murid juga turut diberi peluang untuk memasak sendiri campuran santan dan menuangnya ke dalam acuan berbentuk awan.

“Alhamdulillah mereka sangat happy dan enjoy the process. Macam-macam mereka dapat melalui aktiviti ini. Sangat-sangat excited sampai tanya boleh makan awal ke,” tambahnya.

Ali berkata selepas murid-muridnya menyiapkan puding awan itu, mereka diminta untuk membentangkan tentang ‘dessert’ yang dicipta tersebut bagi meningkatkan keyakinan diri bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Sumber gambar: @this_is_mr.ali/ TikTok

Lakukan Aktiviti Dalam Tempoh 1 Jam Setengah Kelas

Menurut Ali lagi, aktiviti tersebut boleh diletakkan sebagai ‘in-class activity’ di bawah program Highly Immersive Program (HIP).

Dia menerangkan bahawa aktiviti tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh satu jam setengah sewaktu kelas Bahasa Inggeris. Tambahnya lagi, dia akan melakukan lebih banyak aktiviti sedemikian bersama anak-anak muridnya sebagai persediaan bagi peperiksaan Bahasa Inggeris.

https://www.tiktok.com/@this_is_mr.ali/video/7418522832675638536

“Uish Pakai Air Evian!” – Pengguna TikTok

Seperti mana-mana video yang dihasilkan oleh Ali, ia pasti akan mendapat perhatian orang ramai kerana bahan-bahan yang digunakan olehnya.

Melihat pada ruangan komen, orang ramai tertarik pada air mineral jenama Evian yang digunakan bagi menghasilkan puding awan tersebut.

Bukan sahaja air mineral itu yang menjadi tarikan, malah ada juga individu yang mengenal pasti mesin pengisar berjenama SMEG yang digunakan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd