Now Reading
“Nak Balik Rumah Pun Kena Beratur” – Barisan Panjang Masuk Pangsapuri Cetus Perdebatan

“Nak Balik Rumah Pun Kena Beratur” – Barisan Panjang Masuk Pangsapuri Cetus Perdebatan

Dakwa seorang individu dipercayai penghuni pangsapuri itu, orang ramai perlu mendaftar nama masing-masing di pondok pengawal sekiranya mereka tidak mempunyai kad akses.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang tinggal di kawasan perumahan jenis pangsapuri, sudah tentu anda mengharapkan sistem yang lancar sebagai contoh pengawalan baik oleh pihak pengurusan dan sebagainya.

Namun, kadangkala ada sahaja masalah yang timbul di sesetengah tempat hingga menyusahkan para penghuni rumah.

Itulah yang terjadi kepada pangsapuri Mentari Court di Petaling Jaya baru-baru ini sehingga ia menimbulkan pelbagai reaksi dari orang ramai.


Penduduk Beratur Panjang Untuk Masuk Kawasan Pangsapuri

Tular satu hantaran di laman TikTok (@akugabuthmm) apabila seorang individu menunjukkan suasana sibuk menjelang waktu malam di pangsapuri tersebut.

Menerusi video perkongsian, kelihatan orang ramai dipercayai penduduk pangsapuri berkenaan sedang beratur dalam barisan yang panjang untuk melepasi pondok pengawal.

Di ruangan komen, ada yang mendakwa bahawa para penduduk perlu memberikan maklumat diri mereka seperti menulis nama masing-masing di pondok pengawal bagi memasuki kawasan perumahan itu.

Sumber: TikTok (@akugabuthmm)

Dakwa individu lain, langkah tersebut perlu dilakukan sekiranya mereka tidak mempunyai akses kad. Namun perkara yang mendapat perhatian adalah apabila ia mengambil masa terlalu lama untuk ke semua penghuni masuk ke sana.

Difahamkan, hanya terdapat satu pondok pengawal yang menjaga laluan masuk penduduk hingga menyebabkan proses itu mengambil masa lama.

@akugabuthmm

teberak kat jln kalau macam nih antri panjang betol😂

♬ original sound TIKTOK SHOP – MAN

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Penduduk Beratur Panjang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai ‘garu kepala’ melihat penduduk yang terpaksa menunggu lama untuk masuk ke rumah masing-masing.

“Fuh dah penat-penat kerja lepas tu balik nak beratur lagi memang mengundang kemakian,” kata seorang lelaki.

Malah ada yang berpendapat sistem yang kurang terurus itu akan menyusahkan banyak pihak.

“Cuba bayangkan penat-penat kerja bersesak naik MRT apa semua sampai-sampai rumah kena beratur pula,” kata seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ada yang mendakwa bahawa sistem tersebut dilakukan bagi mengelakkan sebarang jenayah daripada berlaku.

“Menyusahkan, padahal jenayah ada dalam tu je (pangsapuri) bukan dekat luar. Konon nak ketatkan (pengawalan) siapa masuk untuk keselamatan,” dakwa seorang individu.

Seorang individu yang dipercayai penduduk di sana turut mendakwa, golongan warga emas dan kanak-kanak juga perlu beratur panjang walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Sumber: TikTok (@akugabuthmm)

Baca Artikel Berkaitan: Penduduk Pasang Bumbung Depan Rumah Flat, Siap Cop Parkir Undang Pertikaian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd