Now Reading
[Video] Reaksi Sultan Pahang Terima Hadiah Potret Lukisan Dari Si Kecil Jadi Tumpuan

[Video] Reaksi Sultan Pahang Terima Hadiah Potret Lukisan Dari Si Kecil Jadi Tumpuan

Menerusi video tular, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah telah menerima hadiah lukisan potret dan beramah mesra dengan rakyat ketika dalam perjalanan menuju ke Bera.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama si isteri Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dikenali ramai dengan sikap mereka yang berjiwa rakyat.

Seperti sebelum ini, baginda berdua telah berjaya menambat hati penduduk Sabah ketika berlangsungnya Kembara Kenali Borneo pada September tahun lalu. Difahamkan, ada yang sanggup berlari sambil mendukung anak kecil semata-mata untuk bersalaman dengan Tunku Azizah.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga dikatakan tidak berasa kekok selain mempunyai sikap yang merendah diri bersama rakyat jelata.

Baca Artikel Berkaitan: “Kami Sabahan Sayang Tuanku” – Di Sebalik Telatah Lucu Bersama Agong, Luahan Lelaki Ini Buat Ramai Sebak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Terhibur Dengan Rambut Palsu, Netizen Puji Agong Tak Kekok Bergurau Dengan Rakyat


Kanak-kanak Lukis Potret Gambar Sultan Pahang

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@aisyahhamzah0) apabila seorang ibu dikenali sebagai Aisyah berkongsi suasana ketika Al-Sultan Abdullah beramah mesra dengan penduduk sekitar Pahang.

Menerusi video perkongsian, kelihatan Aisyah bersama anak perempuannya dikenali sebagai Aira sedang menyapa baginda yang sedang berada di dalam kereta bagi menuju ke Bera, Pahang.

Aisyah kemudian menghulurkan potret Al-Sultan Abdullah yang dilukis oleh Aira sementara menunggu ketibaan baginda di sana. Baginda dilihat terkejut dan memuji Aira atas seni lukisan yang cantik itu.

Sumber: TikTok (@aisyahhamzah0)

Al-Sultan Abdullah Ramah Mesra Dengan Penduduk Pahang

Bukan itu sahaja, baginda juga telah bertindak turun daripada kereta lalu menyapa anak beranak berkenaan serta penduduk lain yang turut sama berada di kawasan tersebut.

Tidak melepaskan peluang itu, para penduduk dilihat bersalaman dengan baginda dan mengambil gambar bersama-sama. Tuanku juga dilihat memaparkan sekali lukisan potret oleh Aira.

Pembantu baginda turut dilihat menghulurkan duit poket untuk golongan kanak-kanak. Bukan senang ya nak jumpa dengan Tuanku depan mata, sudah tentu Aira rasa bangga potret yang dilukis dipuji oleh sultan kebanggaan Pahang itu sendiri.

“Raja Berjiwa Rakyat. Kebetulan Sultan Pahang nak lalu nak ke arah Bera. Kakak (anak) punya semangat bangun pergi lukis gambar siap cakap nak bagi Sultan Pahang.

“Tunggu la tepi jalan sekali Tuanku singgah, tercapailah hajat kakak,” kata si ibu.

@aisyahhamzah0 Raja Berjiwa Rakyat…kebetulan Raja lalu nak ke bera kakak punya semangat bangun pg lukis gambar siap ckp nak bg Sultan Pahang tunggu la tepi jalan sekali Tuanku singgah tercapai lah hajat kakak @aira_roblox22 #fyp #fypシ #fypシ #berandatiktok #CapCut #sultanpahang #negeripahang#temerloh ♬ Anggerik desa cover by alun tradisi – AlunTradisi

Ramai Puji Sikap Rahmah Sultan Pahang Bersama Rakyat Jelata

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji sikap Al-Sultan Abdullah kerana melayan para penduduk yang menunggu ketibaan baginda.

“Tidak menghampakan rakyat, turun juga (dari kereta) untuk menyantuni rakyat dan berjiwa rakyat. Itulah Sultan Pahang negeri Darul Makmur, Daulat Tuanku,” ujar seorang wanita.

Malah, pengguna media sosial juga tidak terlepas memuji lukisan cantik oleh Aira buat Tuanku.

Sementara itu, ramai individu turut menitipkan doa buat baginda serta ahli keluarga.

“Daulat Tuanku, payung negara. Semoga Allah permudahkan urusan keluarga Diraja Pahang dunia dan akhirat,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@aisyahhamzah0)

Baca Artikel Berkaitan: “Bestnya Dapat Jumpa Tuanku” – Ramai Teruja Lihat Agong Bawa Keluarga Ke KFC Untuk Santapan Tengah Hari [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Raja Permaisuri Sebak, Rakyat Di Tawau Sabah Sanggup Bersalaman Sambil Dukung Bayi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd