Now Reading
[Video] Pemandu Selamba ‘Reverse’ Kereta Di Jalan Raya Hanya Kerana Terlepas Simpang

[Video] Pemandu Selamba ‘Reverse’ Kereta Di Jalan Raya Hanya Kerana Terlepas Simpang

Selepas berjaya mengundurkan keretanya, pemandu itu cuba untuk memasuki semula persimpangan di sebelah kanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pernah tak anda jumpa individu yang mementingkan diri di jalan raya? Boleh dikatakan setiap kali memandu, kalau tak jumpa pemandu yang tak buat hal memang tak sah.

Sebagai contoh, pengguna jalan raya yang tidak memberi lampu isyarat sebelum menukar laluan atau memasuki simpang.

Kadangkala, sikap cuai sesetengah pemandu inilah yang menjadi punca kepada berlakunya kemalangan meskipun kita sudah sedaya upaya berhati-hati semasa di lalu lintas.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Tidak Ditahan Polis Selepas Terlebih ‘Reverse’ Hingga Langgar Budak 5 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gara-gara Tak Tarik Handbrake Hingga Habis, 2 Motosikal Rempuh Ativa Di Balakong

Baca Artikel Berkaitan: “The Real Dominic Toretto” – Pemandu Bawa Myvi Secara ‘Reverse’ Bikin Ramai Terbeliak Mata


Pemandu Undur Kereta Di Jalan Raya Kerana Terlepas Simpang

Menerusi sebuah video dimuat naik di laman X (@ricxxxxkiddo), tindakan seorang pemandu telah menjadi perhatian selepas melakukan aksi berbahaya di jalan raya.

Pemandu berkenaan yang dilihat berada pada pembahagi simpang selamba mengundurkan kenderaannya tanpa menghiraukan keadaan jalan raya yang sesak dengan kenderaan lain.

Selepas melakukan aksi itu, pemandu kereta tersebut perlahan-lahan cuba untuk memasuki semula persimpangan di sebelah kanannya.

Difahamkan, kejadian itu sempat dirakam oleh seorang penunggang motosikal yang berada di atas jambatan berhampiran lokasi terbabit.


Orang Ramai Bengang Lihat Aksi Pemandu Selamba ‘Reverse’ Kereta

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat mengutuk perbuatan pemandu itu yang sesuka hati mengundurkan kenderaannya hanya kerana tersalah masuk simpang.

Segelintir pengguna media sosial turut mempertikaikan keputusan pemandu berkenaan yang tidak hanya meneruskan perjalanan meskipun sudah terlepas persimpangan sepatutnya.

“Kalau terus keluar exit satu lagi masih boleh sampai destinasi, bukannya kalau terus sampai exit depan tu tiba-tiba masuk Thailand,” ujar netizen.

Pada masa yang sama, orang ramai menganggap aksi tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana boleh mendatangkan bahaya seperti kemalangan kepada pengguna lain.

“Jenis-jenis macam ni dia punca tapi dia selamat. Yang tanggung akibatnya orang lain,” komen netizen.

Susulan itu, masyarakat meminta agar pihak polis mengambil tindakan terhadap pemandu berkenaan.

Sumber: X

Apa Perlu Buat Kalau Terjumpa Pemandu Seperti Ini?

Sekiranya anda melihat mana-mana pemandu yang melakukan aksi berbahaya di jalan raya, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan melaporkannya kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ).

Laporan itu boleh dilakukan menerusi aplikasi e-Aduan@JPJ seperti langkah-langkah berikut:

  • Dapatkan ID awam di laman sesawang jpj.gov.my sebelum mendaftar di aplikasi.
  • Aktifkan sistem kedudukan global (GPS) terlebih dahulu bagi memudahkan pengesanan lokasi.
  • Muat naik gambar serta video kesalahan, lokasi dan waktu kejadian berlaku.

Sebagai masyarakat yang beretika, marilah kita menjadi pengguna jalan raya yang berhemah bagi memastikan keselamatan diri dan orang lain.

Panduan untuk buat laporan kepada JPJ.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd