Now Reading
[Video] Dakwa Ramai Kutuk, Lelaki Tegur Pihak Guna Lagu Parodi ‘Abuya’ Di TikTok

[Video] Dakwa Ramai Kutuk, Lelaki Tegur Pihak Guna Lagu Parodi ‘Abuya’ Di TikTok

Menurut lelaki dikenali sebagai Syahir Norhisham itu, perbuatan segelintir individu yang menggunakan lagu parodi ‘Abuya’ dengan niat untuk mengutuk adalah tidak wajar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, orang ramai mula kecoh tentang kes organisasi dan syarikat GISB Holdings Sdn. Bhd atau dikenali sebagai Global Ikhwan yang didakwa membawa ajaran sesat.

Sejak kes ini mula disiasat pihak berkuasa, segelintir golongan masyarakat telah bertindak mengecam serta menyindir kumpulan berkenaan. Tidak terhenti di situ sahaja, banyak pula lagu organisasi tersebut mula dijadikan parodi di platform media sosial.

Antara lagu parodi yang mula digunakan orang ramai adalah ‘Pasar Ikhwan Di Putrajaya’ dan ‘Abuya Seorang Yang Teliti’.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Serbu Premis Rumah Amal GISB, Kanak-Kanak Diajar Meliwat & Diliwat

Baca Artikel Berkaitan: KPN Dedah Ada Ahli GISBH Miliki 34 Anak, Tetapi Hanya 2 Orang Tinggal Bersama


Lelaki Dakwa Segelintir Individu Kutuk Guna Lagu Parodi Abuya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Syahir Norhisham (@syahir_norhisham) menegur segelintir individu yang didakwa mengutuk kumpulan GISBH menggunakan lagu parodi ‘Abuya Seorang Yang Teliti’.

Menurutnya lagu tersebut telah kerap kali muncul di FYP (For You Page) TikTok pada minggu ini. Jelas Syahir yang selalu memuat naik perkongsian tentang dakwah, perkara tersebut adalah tidak lucu.

“Bila post nampak macam kelakar tapi dalam kita tak sedar, kita telah mengutuk dan membuat dosa secara beramai-ramai. Sama ada orang tu salah ke, sesat ke, apa ke kita serah dekat pihak berkuasa.

“Bukan kita ambil kesempatan untuk mengutuk orang seolah-olah kita lupa yang kita ni pun pendosa juga yang banyak sangat buat dosa. Di antara (tanda) akhir zaman juga kita kena ingat orang berebut-rebut untuk muat naik benda dosa. Kalau benda pahala ni berat jari tu nak tekan butang kongsi (share),” ulas Syahir.


Selawat Ke Atas Nabi SAW Sempena Bulan Maulidur Rasul Ini Lebih Banyak Manfaat

Tambah Syahir lagi, segelintir individu yang berulang kali menggunakan lagu tersebut untuk tujuan mengutuk sudah lupa bahawa bulan ini adalah bulan istimewa buat umat Islam iaitu Maulidur Rasul.

“Patutnya kita banyak berselawat, tapi tak kita asyik guna lagu ‘Abuya’ tak habis-habis. Apa yang kita dapat? Rugi je masa kita berlalu macam itu sahaja tentang kita ambil pengetahuan tentang Nabi Muhammad SAW,” kata Syahir lagi.

Di akhir perkongsian, lelaki berkenaan turut mengajak orang ramai untuk berselawat ke atas junjungan Nabi SAW.

@syahir_norhisham Nak buat dosa senang😭Nak buat pahala cukup payah🥹#syahirnorhisham ♬ suara asli – Allginanjar

MCMC Pantau Pihak Buat Parodi Guna Lagu GISBH

Untuk pengetahuan semua, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang menjalankan pemantauan terhadap kandungan media sosial yang menggunakan lagu membabitkan GISBH.

Memetik laporan Berita Harian, pemantauan itu turut dilakukan terhadap video parodi yang dilihat dilakukan oleh segelintir pengguna media sosial sebagai bahan jenaka.

Jelas Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, tindakan yang boleh dikenakan terhadap pelaku adalah dengan menurunkan hantaran parodi dimuat naik.

Baca Artikel Berkaitan: MCMC Pantau Pihak Buat Parodi Guna Lagu GISBH, Ambil Tindakan Jika Ada Laporan


Ramai Setuju Dengan Nasihat Syahir Tentang Parodi Lagu Abuya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan dan nasihat diberikan oleh pemuda itu.

“Betul. Jangan menambah dosa yang memang tak mampu dah kita pikul,” ujar seorang individu.

Malah ada individu yang berkata bahawa ramai tidak cakna mengenai isu ini.

“Ramai yang tidak sedar dan tidak boleh ditegur,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@syahir_norhisham)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd