[Video] 2 Penunggang Motosikal Selamba Ceroboh Laluan Kereta Hingga Palang Tol Beralih
Menerusi video tular, kelihatan dua penunggang motosikal itu telah melalui lorong Touch ‘n Go khas buat laluan kereta di sebuah plaza tol dipercayai sekitar Pulau Pinang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, pelbagai peraturan jalan telah ditetapkan. Pun begitu, sesetengah pengguna jalan raya masih bertindak melanggarnya dan membuat onar hingga menyusahkan individu lain.
Seperti sebelum ini, sekumpulan penunggang motosikal telah bertindak melalui lorong tol yang memerlukan pengguna menggunakan Smart Tag. Mereka kemudian secara tiba-tiba merempuh palang berkenaan sehingga patah dan rosak.
Papan tanda digital terbabit juga menunjukkan ‘Tiada Smart Tag’ ketika penunggang-penunggang motosikal itu keluar dari tol.
Baca Artikel Berkaitan: “Sengaja Cari Pasal” – Sekumpulan Rider Didakwa Patahkan Palang Tol Bikin Netizen ‘Panas Hati’
Palang Tol Beralih Akibat Penunggang Motosikal Lalu Di Lorong Kereta
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@adamhafidzz) menyaksikan perbuatan tidak bertanggungjawab dua penunggang motosikal di sebuah plaza tol dipercayai sekitar Pulau Pinang.
Menerusi video rakaman dashcam, kedua-dua penunggang motosikal itu bertindak melalui lorong tol Touch ‘n Go untuk kereta walhal laluan khas buat kenderaan dua roda tersebut telah pun disediakan.
Kedua-dua penunggang dilihat tidak sempat brek bagi melepasi tol berkenaan menyebabkan mereka terlanggar lalu palang itu beralih dari kedudukan asal.
Tidak lama kemudian, seorang petugas tol wanita keluar dari pondok di sebelah dan membantu membetulkan kedudukan palang itu bagi memastikan setiap kereta yang melalui kawasan tersebut adalah selamat.
Perkongsian ini telah mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman Facebook Penang Press.
“Laluan motor ada, nak masuk juga laluan kereta. Tak habis-habis menyusahkan pengguna jalan yang lain,” ujar pengendali akaun Facebook itu.
Ramai Bengang Dengan Sikap Tak Bertanggungjawab Penunggang Motosikal
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat berang dengan tindakan penunggang motosikal yang tidak bertamadun.
“Aku hairan mana penunggang-penunggang motor ni letak akal mereka. Hidup suka menyusahkan orang ni tak pergi ke mana pun. Satu hari nanti menyesal tak sudah. Kita pun dulu naik motor jugak tapi tak lupa bawa akal sekali,” kata seorang lelaki.
Malah, ada yang berpendapat penunggang motosikal sebegitu harus ditarik lesennya.
“Geng-geng b*doh ni gantung lesen saja. Orang bagi laluan percuma, mereka tak mahu. Bila nanti kerajaan umum motor juga dikenakan tol baru la nak berguling atas jalan,” jelas seorang pengguna Facebook.
Sementara itu, ada juga individu menyarankan agar tol ini menggunakan palang yang lebih panjang supaya penunggang motosikal tidak dapat melepasinya sama sekali.
“Kat tol ni buat palang panjang sikit, jangan bagi motor lepas. Dekat Lebuhraya Shah Alam pun sama biar palang tu panjang sikit. Sibuk motor-motor nak menyelit, lorong motor ada tapi tak nak guna,” ujar individu berkenaan.
Untuk pengetahuan semua, perbuatan mereka ini boleh dikenakan hukuman undang-undang Kanun Keseksaan (Akta 574) Seksyen 425 kerana perbuatan khianat.
Pelaku dengan niat mahu menyebabkan kerugian kepada orang awam dan mengakibatkan kebinasaan harta benda boleh dikenakan hukuman penjara tiga bulan, denda atau kedua-duanya sekali.
Baca Artikel Berkaitan: “Yang Salah Tu Kau” – Lelaki Hina Petugas Selepas Sangkut Di Tol Undang Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penunggang Motosikal Tersekat Di Laluan Tol Buat Netizen Bengang
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram