[Video] Ramai Boleh Relate Cikgu Kongsi POV ‘Free Rider’ Meroyan Nama Dibuang Dari Tugasan Kumpulan
Menerusi video sudut pandang (POV) itu, kelihatan ‘free rider’ tersebut tidak berpuas hati dan menyindir ahli-ahli lain yang membuang namanya dari tugasan berkumpulan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat mereka yang bergelar seorang pelajar tidak kiralah di alam persekolahan atau pengajian tinggi, sudah tentu bermacam-macam ragam individu yang anda jumpa.
Ada yang bersikap rajin dan pandai menguruskan masa mereka untuk menyiapkan tugasan berkumpulan, namun ada juga sebaliknya hingga menyusahkan rakan sekelas yang lain.
Dalam sesetengah kes, ada di kalangan pelajar yang tidak bersalah diberikan gred rendah atau gagal akibat ahli kumpulan yang tidak memberikan kerjasama baik sepanjang proses tugasan berlangsung.
Cikgu Beri POV ‘Free Rider’ Meroyan Nama Dibuang Dalam Tugasan Kumpulan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan seorang guru sekolah dikenali sebagai Syamir Syazani (@syamirsyazani) berkongsi satu video sudut pandang (POV) seorang ‘free rider’ yang meluahkan rasa tidak puas hati selepas namanya dibuang daripada tugasan berkumpulan.
Untuk info, free rider adalah gelaran diberikan kepada individu yang menerima faedah daripada menjadi ahli sesuatu kumpulan tetapi tidak menyumbang sebarang manfaat atau kebaikan untuk kumpulan tersebut.
Lebih membuatkan ahli-ahli berasa geram adalah individu sebegini mengharapkan diberi markah yang tinggi sama seperti yang lain atas alasan mereka adalah satu kumpulan.
Menerusi video itu, individu berkenaan memarahi ahli kumpulan yang lain kerana membuang namanya tanpa berbincang terlebih dahulu. Dia juga berasa berang apabila perbuatannya yang tidak melakukan sebarang kerja diberitahu kepada pensyarah.
“Kenapa kau bagi tahu pensyarah yang aku tak buat kerja itu, kerja ni. Cakap dengan aku dulu kot elok-elok. Kita satu group kot dari semester lepas lagi,” kata lelaki tersebut.
Tuding Jari Kepada Orang Lain Atas Kesalahan Sendiri
Bagi meluahkan rasa kecewanya, si free rider ini turut menyindir rakan-rakan yang dikatakan ‘berlagak’ pandai.
“Acah pandailah. Ingat terpaling baguslah, bahagian hang (kau) pun banyak salah tahu. Sikit je bahagian aku, pendahuluan, metod dan kesimpulan itu pun kau nak mengadu dekat pensyarah yang aku tak buat kerja langsung?
“Lepas itu aku akan gagal subjek ni? Sukalah tengok aku gagal,” lakon cikgu berkenaan seolah-olah dia adalah seorang free rider.
@syamirsyazani Tak baik tau delete nama member dalam assignment..kesian dia. #content #xybcafyp #xybca #relateable #berandatiktok #pov #fypシ゚viral #studentlife #university #students #umisone #upu #fypage ♬ Melody of Memories – Joelmusicbox
Ramai Boleh ‘Relate’ Dengan POV Ahli Kumpulan Meroyan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dapat mengaitkan perkongsian tersebut dengan pengalaman mereka berdepan dengan sikap free rider semasa sedang belajar.
“Dulu aku pernah hadap free rider. Bila ajak berjumpa untuk bincang serta buat kerja, asyik sibuk dan hilangkan diri. Masa pembentangan dan penyerahan kerja tu aku buang nama dia. Lepas tu aku cakap ‘aku akan bentang bahagian kau’. Puas aku,” jelas seorang wanita.
Malah ada seorang gadis berkata dia memberi peringatan awal kepada ahli kumpulan agar tidak curi tulang.
“Setiap kali kerja berkumpulan, benda pertama yang akan aku buat sebelum mula berbincang adalah beri amaran siap-siap untuk free rider. Untuk yang suka lihat mesej tanpa balas dan kalau tak beri kerjasama memang nama akan terus dibuang,” kata gadis tersebut.
Sementara itu, ramai juga berkongsi pengalaman mereka dicop sebagai free rider gara-gara ahli kumpulan tidak berkomunikasi dengan baik.
“Aku pernah kena macam ni. Aku dah tanya awal-awal ada apa yang aku kena buat. Dia orang (ahli kumpulan) cakap tak ada, biar kami je buat. Aku okay je lah. Masa pembentangan tak letak nama aku. Mengamuk aku, seorang-seorang aku ‘debik’ (marah),” ujar seorang pengguna TikTok.
Ingat semua, jangan pernah sesekali menyusahkan hidup orang lain. Insya-Allah urusan anda juga akan dipermudahkan oleh-Nya.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram