Now Reading
[Video] “Belum Ada Pekerja Resign” – Khairul Aming Kongsi Tips Bina ‘Team’ Yang Bersatu Padu

[Video] “Belum Ada Pekerja Resign” – Khairul Aming Kongsi Tips Bina ‘Team’ Yang Bersatu Padu

Khairul Aming menjelaskan setiap pekerja tanpa mengira jawatan diberikan layanan istimewa seperti diberikan bonus, dibawa bercuti dan membeli-belah itu diberikan secara sama rata.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain dikenali dengan produk Sambal Nyet dan Dendeng Nyet, cef selebriti Khairul Aming juga dikenali sebagai bos yang baik kepada pekerja-pekerjanya.

Boleh dikatakan setiap tahun pasti influencer ini akan menutup operasi kilang selama beberapa hari dan membawa kesemua pekerjanya bercuti. Siap dapat bonus lagi ya!

Melihat layanan Khairul Aming kepada para pekerjanya itu secara tidak langsung membuatkan ramai rakyat Malaysia berasa cemburu kerana katanya mereka pun nak bos yang baik seperti influencer berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Bawa 100 Staf Nikmati Percutian Mewah Di Pulau Pinang Raih Perhatian Ramai


Khairul Aming Dedah Budaya Yang Diamalkan Sebagai Bos Yang Baik

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di TikTok (@drismailsalleh), Khairul Aming dilihat telah dijemput sebagai tetamu jemputan dalam sebuah program anjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di MAEPS, Serdang.

Dalam program pada 19 September lalu, antara perkongsian yang menarik perhatian ramai adalah apabila usahawan berkongsi ‘rahsia’ di sebalik sikap bersatu padu dalam pasukannya.

Sumber: TikTok @khairulaming

Jelas Khairul Aming, dia pernah memasang impian untuk memiliki bos ‘idaman’ selepas enam tahun bekerja dalam bidang korporat.

“Saya dulu bekerja juga dengan orang. Jadi enam tahun dalam dunia korporat tu, bila saya duduk dalam position sebagai pekerja, saya dah meletakkan impian bos macam mana yang saya nak,” ujarnya.

Tambahnya, kini dia pula sudah bergelar bos dan perlu bertukar pemikiran di mana dirinya sebagai majikan perlu menjadi bos yang digemari oleh para pekerja.

“Jadi bila kita yang jadi bos, kita kena tukarlah, kena jadi bos yang pekerja kita nak,” kata Khairul Aming.

Sumber: TikTok @khairulaming

Salah satu budaya yang turut diterapkan dalam syarikat influencer ini adalah dengan tidak mengajar para pekerja untuk menjadi toksik dan bersaing antara satu sama lain.

Malah, setiap layanan istimewa seperti diberikan bonus, dibawa bercuti dan membeli-belah itu diberikan secara sama rata kepada semua pekerja tanpa mengira jawatan.

“Dari segi bonus, bawa pergi travel, shopping ke, duit poket, semua orang dapat sama rata tak kisah jawatan,” jelas usahawan ini.

Bukan itu sahaja, sikap bersatu padu dalam pasukannya itu juga terbentuk apabila Khairul Aming mengajar bahawa sikap bekerjasama.

“Kita nak ajar semua orang yang kalau kita buat sama-sama, kita semua dapat lebih. Bukan aku buat lebih, kau dapat kurang,” ujarnya lagi.

Oleh kerana budaya positif yang diamalkan ini, Khairul Aming mendedahkan bahawa belum ada pekerjanya setakat ini yang berhenti kerja (resign).


Ramai Puji Cara Khairul Aming Jadi Bos

Menjengah ke ruanga komen, rata-rata masyarkat memuji bagaimana Khairul Aming menjadi seorang majikan yang baik kepada para pekerjanya dengan mengajar tentang nilai-nilai murni.

Malah, sikap positif usahawan itu membuatkan sesetengah netizen menganggap Khairul Aming bukanlah seorang bos tetapi seorang ketua yang memimpin pasukannya.

“Dia tak letak diri dia sebagai bos tapi dia anggap dirinya sebagai leader yang sama-sama bekerja untuk majukan syarikat yang pekerja juga dapat hasil yang lebih jika berusaha,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, seorang lagi pengguna media sosial pula berpendapat Khairul Aming layak untuk mendapat gelaran Datuk daripada kerajaan Kelantan atas jasanya.

Disebabkan teruja melihat bagaimana Khairul Aming menguruskan pasukannya, siap ada yang kononnya mahu ‘resign’ dari pekerjaan semasa dan sanggup berpindah ke Kelantan untuk bekerja dengan influencer berkenaan.

“KA saya nak apply jawatan HR ada tak, saya sanggup pindah Kelantan,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok @drismailsalleh

Siapa Sebenarnya Khairul Aming Ini?

Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman dilahirkan pada 25 September 1992 dan kini berusia 31 tahun.

Beliau juga merupakan pengasas kepada perniagaan Sambal Nyet yang mula diusahakan bermula pada tahun 6 Januari 2021 sebelum mengeluarkan satu lagi produk iaitu Dendeng Nyet.

Sumber: Instagram @sambalnyet

Khairul Aming memulakan kerjayanya sebagai ‘content creator’ sejak berumur 26 tahun dengan mewujudkan laman Facebook Rasapop.

Selepas mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupannya, cef selebriti ini gigih untuk bangkit semula dalam menghasilkan konten masakan serta membuka perniagaan.

Sumber: Astro Awani

Hasil titik peluh membuat video masakan akhirnya memberikan hasil yang cukup membanggakan apabila Khairul Aming turut dinobatkan sebagai pemenang pertama bagi kategori Creator of The Year dalam Anugerah TikTok Awards 2023.

Baca Artikel Berkaitan: “Habiskan Pembelajaran” – Khairul Aming Nasihati Anak Muda Yang Mahu Jadi ‘Content Creator’

Baca Artikel Berkaitan: PM New Zealand Jumpa Khairul Aming, Tanda Hargai Rakam Video Masakan Di Negaranya

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming & Pinn Yang Berganding Bahu Bantu Jual Produk Lokal Di TikTok


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd