Now Reading
Tular Video Kononnya Tanah Mendap Di Jalan Sultan Ismail, Ini Penjelasan Dari DBKL

Tular Video Kononnya Tanah Mendap Di Jalan Sultan Ismail, Ini Penjelasan Dari DBKL

Difahamkan, jalan raya yang dilihat mendap itu adalah laluan dari Bukit Bintang ke arah PV Wisma Coway, Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak berlaku beberapa kes tanah mendap di sekitar Kuala Lumpur, masyarakat mula berasa risau dengan tahap keselamatan mereka.

Lebih membimbangkan lagi apabila kejadian seperti yang berlaku di Jalan Masjid India yang mengorbankan seorang wanita warga India telah terjadi tanpa sebarang petanda.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Jatuh Dalam Lubang Benam Di Masjid India, Suami Sempat Dengar Jeritan Isteri Sebelum Senyap [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Takut Tapi Kena Lawan” – Anggota Bomba Kongsi Pengalaman Terlibat Operasi SAR Mangsa Tanah Jerlus

Susulan kes itu, orang ramai lebih berhati-hati dan segera membuat laporan apabila melihat keadaan tanah yang meragukan.

Baca Artikel Berkaitan: Punca Tanah Jerlus Di Kampung Kerinchi Bukan Disebabkan Oleh Paip Pembetungan Awam – IWK 


Video Tanah Mendap Berhampiran Jalan Sultan Ismail Tular Di Media Sosial

Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di laman X (@update1111) telah tular di media sosial selepas ia memperlihatkan keadaan jalan di Jalan Sultan Ismail yang rosak dan ditutup kepada orang ramai dengan pita kuning.

Difahamkan, anggota bomba turut dilihat di kawasan terbabit sambil membuat pemantauan di lokasi.

Menurut pengguna X itu, laluan tersebut adalah dari Bukit Bintang ke arah Wisma Cosway, Kuala Lumpur.


DBKL Tampil Beri Penjelasan

Selepas tular kejadian tersebut, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tampil memberikan penjelasan menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook mereka semalam (23 September).

Pihak DBKL menjelaskan ianya bukan insiden tanah mendap sebaliknya kejadian saluran paip milik Air Selangor yang pecah dan mengakibatkan kerosakan pada permukaan jalan berkenaan.

Susulan itu, kerja-kerja membaik pulih giat dijalankan oleh pihak Air Selangor.

“Bagi kerja-kerja baikpulih jalan yang tidak rata akibat tekanan daripada air, ianya akan bermula pada jam 8 malam (23 September) dan dijangka siap sepenuhnya pada jam 5 pagi keesokan harinya (24 September),” jelas DBKL.

Perkara sama turut dijelaskan Datuk Bandaraya, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif yang menyangkal dakwaan berlakunya tanah mendap sebaliknya terdapat kebocoran akibat paip pecah di jalan berkenaan.

“Menurut laporan Air Selangor, terdapat kebocoran paip air dan kerja pembaikan sedang dilakukan. Ia bukan tanah mendap,” katanya, dipetik NST.


Kuala Lumpur Masih Selamat Untuk Diduduki

Sebagai info, insiden tanah jerlus di Masjid India sebelum ini menyebabkan segelintir masyarakat mula gusar dengan keselamatan di bandar Kuala Lumpur.

Susulan itu, satu pasukan terdiri daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) telah ditubuhkan bagi mengkaji struktur tanah di sekitar kawasan Masjid India.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, kajian awal pihak JMG mengesahkan tanah di lokasi insiden adalah selamat dan sesuai untuk aktiviti pembangunan.

Sumber: Facebook DBKL

Jelas Dr Maimunah lagi, dakwaan yang tular di media sosial yang mengatakan Kuala Lumpur adalah tidak selamat dan berpotensi berlaku ‘giant sinkhole’ perlulah disertakan bukti dan disokong kajian terperinci.

“Saya berpendapat Kuala Lumpur ini sudah lama dibina dan selama ini ia selamat. Oleh itu kalau nak mengatakan tidak selamat mestilah menunjukkan bukti dan kajian yang terperinci,” jelas beliau.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Wanita Terjerlus Di Masjid India: Datuk Bandar Nafi Dakwaan KL Tak Selamat

Baca Artikel Berkaitan: “Kandungan Adalah Palsu” – UM Nafi Artikel ‘Gua Kosong Bawah KL’, Tiada Ahli Geologi Nama Dr Sarah Jamal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd