Now Reading
“Risiko Tercekik” – Tular Video Ibu Suap Bayi ‘Newborn’ Bubur Pisang, Dr Say Tampil Beri Teguran

“Risiko Tercekik” – Tular Video Ibu Suap Bayi ‘Newborn’ Bubur Pisang, Dr Say Tampil Beri Teguran

Menerusi video tular, kelihatan si ibu dengan selamba memberi bayinya yang berusia kurang dari sebulan makan bubur pisang menggunakan sudu besi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ibu bapa yang baru pertama kali menimang cahaya mata perlu mendalami ilmu-ilmu berkenaan dengan si kecil. Ini termasuklah dari segi penjagaan, pemakanan dan sebagainya.

Jika tersilap langkah, anda boleh memudaratkan kesihatan si bayi. Seperti sebelum ini, seorang bayi telah menjadi lumpuh gara-gara diberi makan madu.

Bayi yang masih disusukan oleh si ibu pada awalnya bertukar menjadi seorang yang tidak aktif selepas makan madu berkenaan. Doktor kemudian mengesahkan bayi tersebut mengalami Hypotonia (otot lemah) dan dia kemudian dimasukkan ke hospital.

Selepas itu, otot kanak-kanak dilaporkan menjadi paralisis sehingga tidak boleh bergerak dan menjadi lemah.

Baca Artikel Berkaitan: Rupanya Ini Sebab Mengapa Bayi Tidak Boleh Makan Madu


Dr Say Tegur Ibu Beri Bayi Umur Kurang Sebulan Makan Bubur Pisang

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila doktor selebriti Dr Say Shazril (@say_shazril) memberi pandangannya dan memberi teguran kepada ibu bapa yang memberikan bayi mereka jenis makanan yang tidak bersesuaian dengan umur.

Sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan seorang ibu menyuapkan bubur pisang kepada bayinya yang berusia kurang sebulan. Menerusi video tersebut, si ibu dengan tenang menyuap bayi itu bubur menggunakan sudu.

Cakna dengan klip yang tular, Dr Say berkata perbuatan sebegitu adalah amat berbahaya kepada kesihatan si kecil. Menurutnya, terdapat banyak faktor mengapa pakar menegaskan bahawa bayi hanya boleh makan makanan pepejal selepas umur 6 bulan.


Faktor Bayi Disarankan Cuba Makanan Pepejal Selepas Umur 6 Bulan

Antara faktornya adalah kerana sistem penghadaman bayi belum matang jika dibandingkan dengan golongan kanak-kanak yang lebih tua.

“Enzim yang bertanggungjawab untuk menghadam makanan macam Amilase belum ada dalam kuantiti yang mencukupi sehingga kira-kira bayi berusia 6 bulan,” katanya.

Faktor kedua yang ditegaskan adalah fungsi buah pinggang bayi masih belum matang. Oleh disebabkan itu mereka tidak mampu mengawal kesan sampingan daripada makanan tinggi dengan kandungan protein yang boleh membawa beban yang banyak pada organ tersebut.

Seterusnya adalah meningkatkan risiko bayi tercekik. Jelas Dr Say, bayi kurang daripada 6 bulan mempunyai kemahiran yang rendah untuk mengunyah dan menelan makanan pepejal.

Mereka tak ada kawalan yang cekap pada lidah dan otot tekak yang sekaligus mendorong bayi untuk tercekik.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Tanda-Tanda Bezakan Bayi Tercekik Atau Alami Refleks Gag. Ibu Bapa Wajib Tahu!


Risau Orang Lain Terikut Dengan Perbuatan Ini

Dr Say juga tidak bersetuju dengan ayat si ibu yang mengatakan, “Insya-Allah, tiada apa yang terjadi.”

“Macam mana kalau satu hari nanti ada apa-apa? Macam mana kalau ada orang lain gatal tangan untuk cuba dekat anak sendiri atau anak jagaan lepas itu ‘ada apa-apa (terjadi)’,” jelas Dr Say.


Perlu Dapatkan Nasihat Pakar Jika Beri Makan Makanan Pepejal Seawal 4 Bulan

Pun begitu, doktor tersebut berkata dalam sesetengah kes, ada juga pakar yang membenarkan si bayi untuk mula makan makanan pepejal seawal umur 4 bulan. Contoh terdekat adalah anaknya sendiri.

Namun, si bayi perlulah mempunyai ciri-ciri atau kriteria ini. Antaranya:

  • Anak boleh duduk dengan keadaan stabil
  • Boleh mengawal kepala sendiri dengan stabil
  • Koordinasi mata, mulut dan tangan anak sudah baik
  • Bayi mampu menelan makanan tersebut
Sumber: Pexels

Walaupun anak anda memiliki kriteria disebutkan, adalah penting bagi golongan ibu bapa bagi mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan.

Atau sebaliknya, anda boleh kekal memberikan anak susu badan atau susu formula sepanjang 6 bulan hidupnya.

“Ia (susu) adalah paling selamat dan memiliki nutrien yang mencukupi. Pelik-pelik dunia sekarang ni, esok mungkin mak bayi bagi makan Musang King hendaknya,” ujar Dr Say di akhir perkongsian.

@say_shazril0

Yes, mungkin anaknya terselamat but what if ada apa-apa berlaku? What if orang lain “terpengaruh” dengan tindakannya ada apa-apa berlaku kepada anak mereka? Patut KKM amik tindakan orang2 macam ni sebab risiko sangat tinggi buat kat baby macam ni. What is happening to the world nowadays peeps?

♬ original sound – say_shazril

Ramai Kongsi Pengalaman Bayi Baru Lahir Disuap Makanan Pepejal

Menjengah ke ruangan komen, seorang individu telah berkongsi keadaan dirinya sekarang selepas diberi makan pisang sewaktu bayi.

“Saya lah tu yang diberi makan pisang bermula umur 2 bulan. Dah besar ni perut cepat sensitif. Kadangkala makan benda yang sama dengan suami, tapi saya seorang je yang sakit perut,” ujar individu itu.

Malah ada yang berkata isu memberi bayi makanan pepejal sebelum umur 6 bulan selalu berlaku di kalangan masyarakat.

“Benda ni biasa. Arwah nenek saya bidan kampung. Bayi umur 7 hari dah bagi pisang bakar. Saya tak pasti banyak mana, siap suap air kanji nasi. Dulu mana ada susu formula. Bagi je lah apa yang ada untuk ikhtiar,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga meluahkan rasa simpati terhadap bayi yang disuap makanan pepejal seawal usia berkenaan.

Sumber: TikTok (@say_shazril)

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd