Pengguna Dedah Instagram Padam & ‘Freeze’ Video Di Archive, Ini Cara Muat Turun Fail Ke Peranti
Menurut beberapa pengguna Instagram, banyak video di arkib IGS bagi tahun 2018 dan sebelumnya yang terkesan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Instagram merupakan salah satu platform utama yang digunakan bagi memuat naik gambar dan video.
Malah dengan kemudahan IG Story (IGS), pengguna boleh memuat naik gambar atau video secara terus yang akan kekal selama 24 jam bagi tatapan pengikut.
Selepas tempoh waktu ini, fail yang dimuat naik itu akan diarkibkan (archived) dan hanya boleh ditonton semula oleh pemilik akaun.
Oleh itu, sesetengah pengguna menggunakan IGS sebagai storan menyimpan memori yang boleh diakses kembali dengan mudah.
Pengguna Dedah Ada Video Di Arkib IGS Yang Dipadam/ Rosak
Namun begitu, sejak kebelakangan ini, beberapa pengguna mendedahkan bahawa sesetengah video di arkib IGS mereka telah dipadam tanpa disedari.
Selain itu, banyak video lama di arkib IGS juga didapati tidak lagi bergerak (freeze). Malah ada yang berkata stories yang diletakkan di bahagian ‘highlight’ turut mengalami nasib sama.
Menurut beberapa pengguna Instagram, banyak video di arkib IGS bagi tahun 2018 dan sebelumnya yang terkesan.
Instagram memaklumkan bahawa terdapat isu teknikal yang menjejaskan beberapa stories di arkib sehingga hilang.
Walaupun isu tersebut telah diperbaiki, namun stories yang terjejas tidak dapat dipulihkan dan akan dipadam secara automatik pada Julai 2025.
Lakukan Langkah Ini Untuk Muat Turun Fail Arkib IGS
Dalam pada itu, orang ramai mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan merakam secara ‘screen record’ video yang terdapat di arkib. Namun, ada perkara yang lebih mudah boleh dilakukan iaitu dengan memuat turun kesemua fail video tersebut.
Instagram telah menyediakan kemudahan ini yang boleh dilakukan menerusi platform itu sendiri.
#1. Pergi ke ‘settings’ dan pilih ‘Your activity’
Pertama, pergi ke ‘settings’ Instagram dengan menekan pada butang tiga garis di ruangan profile. Tekan pada ‘Your activity’.
#2. Tatal ke bawah dan pilih ‘Download Your Information’
Skrol sehingga ke bawah dan pilih ‘Download Your Information’. Ia akan membawa anda ke Accounts Center di mana anda perlu menekan butang ‘Your information and permissions’.
Kemudian, tekan ‘Download your information’ sekali lagi dan pilih ‘Download or transfer information’. Klik pada kotak semak bagi akaun Instagram dan tekan ‘Next’.
#3. Pilih ‘All available information’
Pilih ‘All available information’ untuk lebih mudah. Menurut Instagram, jumlah simpanan bagi data seorang pengguna kebiasaannya adalah sekitar 2.5GB. Pastikan telefon pintar anda mempunyai ruang simpanan yang mencukupi.
Anda boleh pilih untuk memuat turun kesemua data ke peranti atau hantar data ke Google Drive/ Dropbox.
#4. Ubah tarikh linkungan dan kualiti media
Jika memilih untuk memuat turun data ke peranti, anda akan dibawa ke skrin di bawah. Ubah ‘date range’ kepada ‘all time’ dan kualiti media menjadi tinggi. Pastikan akaun emel yang tertera adalah benar sebelum menekan butang ‘Create files’.
Boleh Juga Muat Turun Data Instagram Di Komputer
Instagram akan memaklumkan kepada anda apabila kesemua fail telah tersedia untuk dimuat turun. Ia akan mengambil masa sehingga 48 jam bergantung kepada jumlah data.
Atas tujuan keselamatan, anda akan diberi masa empat hari sahaja untuk memuat turun fail tersebut.
Anda juga boleh memilih untuk memuat turun kesemua data Instagram ke komputer dengan melakukan langkah-langkah di atas menerusi ‘desktop site’.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.